Pengalaman mengandung dan melahirkan zuriat pastinya pengalaman yang indah dan dinantikan setiap pasangan yang telah berkahwin. Peluang merasakan bayi yang dikandung selamat lahir ke dunia pastinya akan merubah kehidupan ibu bapa secara menyeluruh.

Sumber : says.com

Yang pastinya, selepas penat melahirkan setiap wanita akan berganjak ke fasa berpantang dimana ianya berfungsi untuk memulihkan kembali badan mereka yang keletihan sepanjang fasa mengandung dan menyembuhkan luka-luka yang ada ketika bersalin.

Pengalaman berpantang pastinya berbeza-beza kerana ada yang melalui dengan mudah kerana dikelilingi ahli keluarga yang rajin membantu dan menjaga, namun ada juga yang mempunyai pengalaman pantang yang kurang manis dek kerana berbeza pendapat dan kurang mendapat bantuan dan sokongan dari orang terdekat.

Lihat saja cerita-cerita sebelum ini, ramai wanita yang berkongsikan pengalaman mereka berpantang dijaga oleh keluarga mertua.

Terbaru, seorang wanita berkongsikan pengalaman pantangnya yang pertama selepas 4 tahun menunggu ketibaan zuriat yang diidam-idamkan. Wanita tersebut menceritakan pengalaman pahitnya dijaga ibu mertua dimana seolah-olah tiada istilah pantang baginya.

Gambar Hiasan

Makanan yang dihidang adalah makanan yang tidak sesuai seperti bersambal dan berminyak, malah dia juga tidak berurut dan bertungku seperti orang lain dengan alasan tiada orang yang boleh datang berurut. Paling meyedihkan, bayinya yang masih dalam hari diberi minum ubat batuk orang dewasa ketika ditinggalkan sebentar bersama ibu mertuanya.

Ekoran dari itu, dari menantu yang sopan dan mengikut kata, dia bertindak memaksa suaminya membawa dia pulang ke rumah ibunya sendiri dan memarahi ibu mertuanya diatas tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh membahayakan nyawa bayinya itu.

 

Ibu Mertua Zalim, ‘Pagar’ Anak Sendiri

Di zaman sekarang ini, bermacam-macam kisah mertua dan menantu yang boleh kita dengar di pelbagai platform sosial media. Rata-rata ibu mertua mempunyai menantu perempuan akan jadi lebih ‘zalim’ kerana kononya ingin melindungi anak lelaki mereka dari dikongkong isteri dan sebagainya.

Malahan, yang menyukarkan keadaan apabila rata-rata ibu mertua sering masuk campur dalam urusan anak-anak dan menantu dan tidak mahu melepaskan anak mereka yang sudah berkahwin. Ada juga yang memaksa anak mereka untuk terus duduk bersama walaupun kurang dipersetujui oleh pihak menantu.

Kata-kata ‘lebih makan garam’ sering digunakan bagi menunjukkan kononya mereka lebih tahu semua perkara dan anak menantu perlu mendengar serta ikut cakap mereka. Contohnya dari segi penjagaan ibu yang baru bersalin dan penjagaan bayi yang baru lahir.

Ada ibu mertua yang memaksa supaya bayi yang baru lahir diberi susu formula kerana asyik menangis seolah-olah tidak kenyang dengan hanya meminum susu ibu. Ada juga yang mencadangkn supaya bayi-bayi ini diberikan nestum supaya lebih kenyang dan cepat besar sedangkan arahan kerajaan dan pihak kesihatan sudah dikeluarkan bahawa bayi hanya boleh makan apabila sudah mencapai umur 6 bulan.

 

Jangan Campur Urusan Anak

Tidak dinafikan pasti sukar untuk ibu-ibu melepaskan anak yang dijaga dari kecil sehingga dewasa untuk memulakan kehidupan baru bersama pasangan mereka. Ada juga anak-anak yang terpaksa tinggal berjauhan dengan ibu bapa mereka apabila sudah mendirikan rumahtangga.

Mungkin kerana itu, ada sesetengah ibu bapa yang berkelakuan pelik dari segi layanan terhadap menantu-menantu mereka kerana menganggap menantulah punca anak-anak mereka meninggalkan mereka.

Disebalik cerita-cerita buruk tentang pengalaman berpantang dengan keluarga mertua, ada juga yang mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga mertua mereka dan dijaga baik seperti anak sendiri malah ada yang lebih baik dari keluarga sendiri.

Ada juga ibu dan menantu yang sungguh erat ikatan mereka seperti kawan baik dan saling memahami antara satu sama lain. Apa yang penting, kedua-dua pihak kena bijak dalam menjaga batas dan adab terhadap satu sama lain supaya hubungan antara mereka dapat dijaga baik.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Jika diberi pilihan, dimanakah anda ingin berpantang selepas bersalin?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN