Seorang anak muda mengenengahkan idea baru dalam perniagaan. Muhammad Nor Faiz Baharom, 22, berasal dari Lorong Gong Penaga, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu memilih untuk berpakaian kostum adiwira ‘Ultraman’ sebagai langkah tarikan pelanggan.

Sumber: Oh My Media

Dianggap Idea Mengarut

Pada awalnya, ramai rakan yang menganggap idea yang dibawa beliau mengarut dan tidak sesuai dengan pekerjaan. Namun beliau membuktikan langkah tersebut dengan langkah kanan.  

Berdasarkan laporan myMetro, beliau yang kini menjalankan perniagaan mencuci kenderaan sanggup melaburkan kira-kira RM1,800 untuk membeli satu set kostum adiwira di Johor Bahru bagi dipakai dalam perkidmatannya mencuci kenderaan. Kedai cuci kenderaan beliau beroperasi dari jam 11 pagi sehingga 11 malam setiap hari dan ditutup pada hari Jumaat.

Dapat Sambutan Menggalakkan

Sejak memakai kostum adiwira, beliau mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelanggan walaupun perniagaannya masih baru beroperasi penghujung bulan lepas. Malah, mengenakan bayaran standard iaitu RM14 untuk cucian luar dan dalam kereta manakala RM 5 untuk motosikal.

Sumber: Oh My Media

Walau bagaimanapun, beliau hanya memakai kostum adiwira pada setiap hari Isnin dari jam 11 pagi hingga 12 tengah hari memandangkan cuaca yang panas membataskan dirinya berikutan kostum fabric yang tebal dan panas sekiranya dipakai terlalu lama.

Pernah Memasak Dengan Memakai Kostum

Ia bukan suatu perkara baru bagi Faiz, sebelum ini beliau juga pernah tular memasak dan menghantar pesanan pelanggan dengan memakai kostum tersebut. Ketika permulaan kedai makan dibuka, beliau kurang mendapat sambutan dari kalangan pelanggan dan penduduk setempat.

Sumber: Harian Metro

Namun, permulaan penampilan beliau dengan memakai kostum adiwira berjaya menarik pelanggan khususnya di kalangan kanak-kanak. Dalam masa seminggu beliau mengenakan pakaian terbabit, sambutan pelanggan amat menggalakkan.

Selain berniaga, kostum itu juga digunakan untuk persembahan bagi program jemputan di sekolah selain majlis perkahwinan.

Penjaja Di Jepun Lama Praktikkan

Pemakain kostum mungkin sesuatu yang baru di Malaysia, namun di Jepun, ia sudah lama dipraktikkan. Dalam satu video, dapat dilihat peniaga keledek yang menjaja di tepi jalan memakai kostum kucing. Kecomelan kostum tersebut berjaya menarik hati pelanggan untuk membelinya.

Di Malaysia pemakaian kostum mungkin sesuatu yang menjanggalkan bagi peniaga-peniaga kecil memandangkan kostum tersebut tidak ada kena mengena dengan perniagaan yang dijalankan ditambah dengan cuaca panas di Malaysia yang membataskan pergerakan seseorang.

Tetapi, Faiz telah membuktikan bahawa langkah yang beliau lakukan memberi impak positif terhadap perniagaan yang dijalankan di samping menjadi tular di laman sosial. Dalam dunia perniagaan hari ini, kretiviti amatlah penting dalam usaha menarik pelanggan untuk merasai kelainan perkhidmatan yang dibawa.

KATA ORANG

KATA ANDA

Sekiranya anda ditempat beliau, sanggupkah anda melakukannya?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN