Animasi Naruto menjadi kegilaan anak-anak muda di seluruh dunia dan merupakan salah satu siri animasi terkenal dari Jepun sehingga ke hari ini.

sumber: animation world network

Di dalam siri animasi tersebut, peminat dapat melihat pelbagai jenis teknik yang digunakan oleh seorang ninja dalam menjalankan misi yang diberikan dan juga ketika di dalam pertempuran.

Namun, terdapat satu perkara yang menjadi tarikan umum sehingga ia menjadi ikutan ramai iaitu gaya berlari yang digunakan oleh watak animasi Naruto.

 

Teknik Larian Yang Betul

Menerusi maklumat daripada siaran Youtube Asian Boss, mereka telah bertemu dengan Kawakami Jinichi yang merupakan ninja terakhir yang tinggal di Jepun.

 

 

Setelah Kawakami Jinichi melihat klip video dari animasi Naruto yang menunjukkan gaya mereka berlari, dia sangat teruja kerana seorang ninja sememangnya melakukan gaya berlari seperti itu namun posisi tangan tidak sebegitu.

Kawakami Jinichi mengatakan bahawa dengan gaya berlari seperti itu, seorang ninja mampu berlari dengan lebih pantas dengan menggunakan sedikit stamina. Gaya berlari tersebut memerlukan seorang ninja itu mencondongkan sedikit badannya ke depan dan langkah kaki yang betul.

Bukan itu sahaja, menurut maklumat yang diperolehi daripada indopress.id, ia juga turut dibuktikan dengan kajian saintifik yang dilakukan oleh penyelidik dari University of Michigan. Kajian tersebut mendapati, berlari dengan keadaan tangan lurus ke belakang dan badan condong ke hadapan benar-benar mampu menambahkan kelajuan ketika berlari.

 

Apa Kaitannya Dengan Area 51?

Sebelum ini, telah tular sebuah video di mana seorang lelaki sedang berlatih berlari dengan gaya Naruto di Area 51. Menurut orang ramai di Amerika Syarikat, Area 51 merupakan lokasi di mana makhluk asing  disembunyikan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

 

 

Area 51 yang terletak di padang pasir Nevada, Amerika Syarikat telah menjadi perhatian dunia gara-gara hampr 1.4 juta pengguna Facebook telah ‘menandatangani’ persetujuan untuk menyerbu kawasan berkenaan yang dikatakan telah menempatkan makhluk asing.

Dalam video tersebut, seorang wartawan sedang melaporkan situasi perkembangan terkini di sekitar Kota Rachel. Ketika sedang melaporkan, muncul kelibat seorang lelaki berlari dengan gaya ninja dalam animasi Naruto di belakang wartawan tersebut.

Berlari dengan gaya tersebut adalah satu cara yang akan digunakan oleh para pemburu makhluk asing untuk masuk ke kawasan Area 51 yang sudah diklasifikasikan oleh kerajaan Amerika sebagai pangkalan arahsia yang menempatkan kemudahan tentera udara Amerika Syarikat.

 

Ninja Tidak Sesuai Hidup Di Zaman Moden

Memetik maklumat yang diperolehi dariada laman iluminasi.com, Jinichi Kawakami merupakan seorang bekas jurutera yang berasal dari Jepun dan dikatakan sebagai ninja terakhir di dalam dunia yang masih hidup.

sumber: flickr

Bukan itu sahaja, beliau merupakan pemimpin ke-21 suku Ban tetapi tidak gemar menggelarkan dirinya sebagai ninja terakhir kerana tidak mahu orang ramai ragu-ragu atau memanggil sebagai seorang penipu.

Dia telah memulakan satu penyelidikan di Mie University iaitu mengkaji sejarah ninja dan dia tidak begitu berminat untuk mencari penggantinya untuk menjadi pemimpin suku ban yang ke-22. Baginya, ninja tidak lagi sesuai untuk hidup dalam zaman moden.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN