Menurut Aktivis Sosial, Tan Sri Lee Lam Thye, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang baru perlu memperluas jaringan sosial bagi melindungi lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan terutamanya golongan berpendapatan pertengahan (M40) yang mempunyai bilangan tanggungan besar dan tidak hanya kepada golongan berpendapatan rendah (B40).
Golongan M40 boleh ditakrifkan kepada kumpulan isi rumah pertengahan yang berpendapatan purata bulanan antara RM3,860.00 sehingga RM8,319.00. Manakala golongan B40 adalah mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,860.00.
Kos Sara Hidup Semakin Meningkat
Kos sara hidup yang semakin meningkat tinggi hari ini seperti makanan menyebabkan bantuan kepada golongan M40 khususnya kepada mereka yang mempunyai bilangan tanggungan yang besar perlu diberi tumpuan berbanding golongan B40 dengan jumlah tanggungan isi rumah yang sedikit. Bayangkan sahaja membesarkan anak-anak yang ramai dalam suasana bandar dengan segala-galanya memerlukan wang.
Sebagai contoh, Indeks harga pengguna (IHP) Jun 2018 telah menunjukkan peningkatan 0.8% berbanding tempoh sama tahun lalu. Bermakna, kenaikan tarif elektrik pada bulan Julai dan pengenalan semula SST pada bulan September terus melonjakkan bebanan hidup rakyat.
Bantuan yang dipohon bukanlah bermaksud menagih simpati daripada kerajaan, namun tujuan utama bagi memastikan golongan M40 dapat meneruskan kehidupan yang sedikit selesa dengan tanggungan yang besar terutamanya bagi mereka yang bekerja di sektor swasta.
Golongan Terbesar Jana Ekonomi Negara
Menurut pemerhati ekonomi, golongan M40 merupakan golongan yang terbesar menjana ekonomi negara termasuklah sebagai pembayar cukai terbesar. Tahun kebelakangan ini sebahagian besar syarikat swasta mengambil langkah berjimat-cermat khususnya berkaitan pembayaran gaji, tuntutan kerja lebih masa, tuntutan perbelanjaan perubatan disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Golongan M40 Paling Tertekan
Hakikat yang perlu diterima, Golongan M40 tidak layak memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR), Bantuan Sara Hidup (BSH) juga tidak layak memohon rumah mesra rakyat. Dengan kenaikan trend harga rumah tidak selari dengan kenaikan gaji, kemampuan membeli rumah untuk mereka terlalu tipis. Ditambah pula dengan peluang membeli rumah mampu milik yang jumlahnya terlalu terhad.
Malah, langkah kerajaan Selangor mengekalkan program air percuma hanya kepada golongan berpendapatan B40 sahaja adalah tidak wajar. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berpandangan, golongan M40 perlu diberikan bantuan terutama mereka yang tinggal di bandar kerana apabila tinggal di kawasan bandar status mereka dikategorikan sebagai miskin bandar.
Nasib golongan M40 terus ditekan apabila kerajaan melaksanakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 khusus kepada kumpulan miskin tegar bermula 1 Januari 2019. Program yang diperkenalkan kerajaan ini telah menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Perlaksanaan program ini telah menyebabkan banyak pengguna khususnya golongan M40 tidak lagi mendapat Rebat Bil Elektrik RM20. Manakala golongan B40 dan miskin tegar terus mendapat manfaat yang lebih besar.
Begitu juga dengan penawaran Skim Perlindungan Nasional B40 yang memberikan perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma bermula 1 Januari. Skim tersebut menyediakan perlindungan kesihatan untuk 36 jenis penyakit kritikal dan mendapat bayaran sehingga RM8,000. Sungguh beruntung nasib golongan B40 dengan pelbagai inisiatif yang diberikan oleh kerajaan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan ramai golongan B40 ‘dipayungi’ pelbagai manfaat oleh kerajaan sebenarnya hidup lebih selesa berbanding M40 yang dibebani tanggungan besar dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Maka amat malanglah nasib golongan M40 pada masa kini!
KATA ORANG
Menteri mengatakan golongan M40 'BELUM TERDESAK' utk memiliki rumah??? Sepatutnya kerajaan bantu selesaikan masalah mereka seawal yg boleh. pic.twitter.com/GCCq05Dmtp
— Mohd Fauzi Zulkifli (@fauzipemudaklg) January 30, 2019
Ini bukan hal cantas mencantas atau apa, ini hal melibatkan hak rakyat! Jangan perjudikan nasib rakyat sesuka hati.. M40 juga sepatutnya diberi hak yg adil.. Lain lah pada mereka yg gaji lebih 10k tu..
— Orenji オレンジ (@OrenjiRenOren) November 27, 2018
Jangan lupa dari mana kita bangkit, dan siapa bersama kita dahulu..
Ini lah nasib M40.. yg realitinya nak merasa sedikit apa yg kami sumbangkan... tp sering di ambil mudah.. Ingatlah @AmirudinShari @AzminAli .... Modal air percuma nilah yg dijaja dlm kempen pru 13/pru 14 diseluruh negara nak bg contoh kebaikan negeri s'ngor kpd pengundi negeri BN
— shahramo (@oms309) November 26, 2018
i-Suri bela nasib wanita - sepatutnya lebih tumpuan kpd keluarga M40 & B40 ke bawah. Data e-Kasih relevan ke pada masa sekarang ni..? Ada update data terbaru ke? @drwanazizah https://t.co/eaesoRkAS2
— Ja'a® (@jaagrafik) August 17, 2018
Kerajaan yang hanya fokus kepada pengundi muda & B40.
— Shahril Rani (@ShahrilRani) May 2, 2018
Bagaimana nasib kepada golongan M40, diabaikan? Subsidi ditarik, penyumbang cukai pendapatan dan GST kepada Negara. Kumpulan M40 tiada pembelaan? #mandat #PRU14 #TV3