Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, seluruh umat Islam pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai perayaan tersebut.

Di saat ini, pasti ramai yang akan memuat naik gambar atau video sembelihan korban di media sosial atau sebagai bukti bahawa mereka telah menyertai ataupun melaksanakan ibadah korban tersebut. 

Sumber: http://muis.ismamesir.net

Namun, adakah kita sedar akan akibat menyiarkan gambar mahupun video sembelihan itu di media sosial yang menjadi tatapan umum di mana ia begitu sensitif kepada sesetengah penganut agama lain di negara kita ini.

Sebagai umat Islam, adakah wajar untuk kita berkongsi gambar mahupun video sembelihan korban di media sosial setiap kali mengerjakan ibadah ini?

 

Mufti Ingatkan Orang Ramai Supaya Berpada-Pada

Berikutan isu ini, Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut dengan menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak wajar untuk dipertontonkan kepada umum.

Mana tidaknya, sebagian besar dari kita memasukkan gambar sembelihan atau video sembelihan yang menunjukkan betapa seksanya haiwan itu disembelih.

 

Lebih teruk lagi, ada yang menunjukkan cara ia ditumbangkan, diikat malah ada yang bertindak mencampak binatang sembelihan ke dalam sungai tanpa rasa belas kasihan.

Perbuatan ini sedikit sebanyak boleh memberi tanggapan buruk masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam itu sendiri.

Apa yang dikatakan oleh Dr Asri itu ada betulnya kerana Islam perlu melakukan sembelihan haiwan korban mengikut adab dan sunnah malah tindakan menyebar gambar dan video sembelihan yang menggambarkan cara salah dan tidak ihsan pada haiwan sama sekali perlu dielakkan.

 

Bagaimanapun, pandangan tersebut berbeza dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tidak melihat perkara itu sebagai suatu kesalahan untuk berkongsi gambar dan video penyembelihan binatang korban, dengan syarat berniat untuk meninggikan syiar Islam.

Jika hendak dibandingan dengan cara penganut agama lain menyembelih binatang, cara mereka melakukan penyembelihan jauh lebih kejam dan teruk berbanding Islam yang lebih berperikemanusiaan.

 

Silap Cara, Boleh Burukkan Imej Islam

Sumber: mStar

Pada zaman sekarang ini, kalau boleh semua benda hendak dikongsi di media sosial. Walaupun ada sesetengah pihak merasakan tindakan menyebarkan gambar sembelihan itu sebagai suatu perkara ‘biasa’ namun ia mungkin boleh menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Bagi mereka yang bukan Islam, mereka juga perlu faham bahawa itulah cara sembelihan yang sebenarnya dilakukan oleh umat Islam.

Adalah menjadi perkara sunat yang dilakukan kepada haiwan yang hendak dikorbankan dengan menambatnya menjelang hari nahar (10 Zulhijah).

Ketika hendak menyembelih, sudah menjadi kemestian untuk membaringkan dan menghadapkan rusuk kiri haiwan ke arah kiblat dan kepalanya diangkatkan sedikit kemudian direbahkan menggunakan tali.

Sebelum menyembelih, seseorang itu perlu membaca selawat, bertakbir tiga kali sebelum dan selepas dengan meletakkan pisau di leher binatang untuk memutuskan halkum, urat merih dan dua urat di leher kiri dan kanan haiwan tersebut.

Sesi penyembelihan juga hendaklah dilakukan dengan kadar yang segera bagi mengelak haiwan yang hendak disembelih meronta-ronta.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai perbuatan menyiarkan gambar mahupun video sembelihan di media sosial?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN