Cahaya mata merupakan perkara yang diidam-idamkan oleh setiap pasangan yang berkahwin kerana ianya pasti akan mengeratkan lagi sebuah hubungan perkahwinan yang dibina.

Kehadiran si cilik pastinya akan membawa kegembiraan dan semestinya pembawa rezeki kepada kedua ibu bapanya.

Namun begitu, mempunyai zuriat bukanlah perkara yang mudah, ada pasangan yang dimudahkan urusan mereka untuk memiliki zuriat namun ada juga megambil masa sebelum mereka berjaya menimang cahaya mata sendiri.

Dalam masa yang sama, isu anak ini juga ada kala mampu membuatkan sesebuah pasangan itu berasa tertekan kerana sikap orang sekeliling seperti tidak peka dengan nasib mereka.

Terlalu ramai yang mengadu apabila diri mereka dianggap mandul dan cacat hanya kerana belum dikurniakan rezeki seorang anak.

Baru-baru ini kisah seorang wanita yang dikenali sebagai Raihana Kadir dikurniakan cahaya mata kembar tiga menjadi pembakar semangat untuk suami isteri yang sedang cuba mempunyai zuriat untuk lebih bersabar dan tidak berhenti mencuba.

Puan Raihana turut berkongsi tentang perjalanan #ttc yang hampir mencecah 5 tahun, dan semuanya menjadi kenyataan dipercayai kerana berkat doa seorang makcik yang dijumpai ketika berada di Mekah.

Makcik tersebut menegur dan berbual mesra ketika mereka bertemu di sana secara spontan mendoakan si ibu supaya dikurniakan zuriat kembar tiga oleh Allah.

Yang ajaibnya, pada Oktober 2018 Puan Raihan benar-benar disahkan megandung kembar tiga selepas begitu lama menunggu dan mencuba untuk melahirkan zuriat  yang diidam-idamkan.

Tanpa bantuan teknologi moden, Puan Raihan percaya ini adalah berkat doa makcik tersebut yang ikhlas mendoakannya walaupun tidak pernah mengenali sesama sendiri secara mendalam.

 

Cari Kumpulan Sokongan Yang Betul

Melalui proses #ttc bukanlah satu fasa yang mudah dan menyenangkan. Pelbagai benda harus dibuat samada dari aspek pemakanan dan diet kita supaya dapat meransang hormon-hormon badan kita untuk meransang kehamilan.

Makanan-makanan sunnah seperti kurma, minyak kelapa dara dan kekacang sangat digalakkan untuk diambil ibu-ibu yang cuba untuk hamil.

Dari aspek emosi pula, adalah penting untuk si ibu mencari kumpulan sokongan yang mampu membantu mereka melalui fasa #ttc ini dengan baik dan positif.

Di Facebook sahaja, ada pelbagai jenis kumpulan sokongan dari dalam dan luar negara yang mampu memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada si ibu dengan lebih teliti dan menyeluruh.

Malah ramai ibu-ibu yang sudah berjaya hamil sering berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan hati yang terbuka.

Malah di Malaysia sendiri, sudah ada pelbagai jenis kaedah kehamilan yang diaplikasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meningkatkan lagi peluang untuk ibu-ibu berjaya hamil.

Harga yang dicaj juga murah dan mampu ditanggung bagi pasangan yang kurang berkemampuan malah jika anda mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan ianya percuma sahaja.

 

Ramai Yang Impikan Cahaya Mata Namun Ramai Juga Yang Membuang Bayi

Dalam ramai yang mencuba untuk mempunyai anak malangnya ramai juga ibu-ibu yang mampu untuk hamil dengan mudah sanggup membuang malah ada yang membunuh anak mereka tanpa belas kasihan.

Jika benar mereka tidak mampu ataupun anak tersebut merupakan anak tidak sah taraf, ada banyak pilihan lain yang boleh dibuat dan salah satunya adalah dengan memberi anak tersebut kepada badan-badan kebajikan ataupun sebagai anak angkat kepada keluarga lain.

Sungguh sedih mengenangkan nasib anak-anak syurga ini yang nyawa mereka begitu murah sehingga diperlakukan begitu oleh ibu yang mengandung mereka.

Sedangkan haiwan pun sayangkan anak, mengapa bukan kita manusia yang diberi akal dan fikiran yang cukup untuk membuat sesuatu keputusan?

Adakah kerana hukuman dan denda berat yang diberikan kepada pesalah hamil luar nikah menjadikan ibu-ibu ini lebih rela membuang anak sendiri dari menggunakan saluran yang betul untuk meminta bantuan?

Apa-apa pun, bagi yang sedang mencuba untuk memiliki zuriat jangan pernah berhenti mencuba dan sentiasa percaya akan perancangan yang Maha Esa.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah kerana undang-undang Malaysia menyebabkan ibu bapa membuang anak tidak sah taraf mereka?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN