Sumber: Wikipedia

Sebut sahaja Tik Tok mesti ramai yang memandang serong tentang aplikasi media sosial tersebut. Mana tidaknya, tatkala membuka aplikasi tersebut terlihat bermacam-macam video pendek yang ‘entah apa-apa’ dihasilkan oleh pengguna bagi menarik perhatian. Kebanyakan yang menjadi pengguna pula adalah dalam kalangan anak muda.

Bagi mereka yang sudah berumah tangga tetapi masih menggunakan aplikasi Tik Tok, masyarakat akan memandang serong terhadap mereka. Ini kerana penggunaan aplikasi Tik Tok sering disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik. Natijahnya, terdapat pasangan suami dan isteri yang bercerai-berai disebabkan ingin mencari ‘kawan’.

Sumber: Hipwee

Sering Disalah Guna

Sebenarnya, aplikasi tersebut tidak salah. Tetapi, cara dan tujuan penggunaannya itu yang sering disalah guna oleh pengguna khususnya bagi mereka yang sudah berumah tangga. Situasi sama bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi turut berlaku juga di luar negara. Di Indonesia misalnya, aplikasi ini telah pun disekat oleh Kementerian Komunikasi kerana mempunyai video berunsur negatif.

Pun begitu, baru-baru ini di Tamil Nadu, India, Tik Tok berjaya menyatukan semula hubungan kekeluargaan antara suami dan isteri yang sudah tiga tahun terpisah.

Berdasarkan laporan The Vocket yang diubahsuai, kisahnya bermula tatkala si isteri, Jayapradha menjumpai sebuah video di Tik Tok yang mempunyai iras wajah seakan-akan suaminya, Suresh.

Disebabkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, Jayapradha memaklumkan kepada pihak keluarganya seterusnya pihak keluarga meminta bantuan polis untuk menjejaki lokasi lelaki tersebut.

Bagi kita yang mendirikan rumah tangga, untuk berpisah seketika pun sudah dilamun rindu, apatah pula bagi mereka yang bertahun-tahun. Disebabkan sudah tiga tahun tidak bertemu, perjumpaan ini sangat penting bagi Jayapradha. Menurut laporan, polis berjaya menjejaki Suresh.

Sumber: The Vocket

Hubungan Keluarga Di India Berjaya Ditautkan

Dengan bantuan beberapa persatuan, polis menemui Suresh di Hosur, sebuah bandar di selatan Tamil Nadu yang berjarak 200 kilometer dari tempat tinggal isterinya di wilayah Viluppuram. Pada asalnya mereka mendapati Suresh mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarga kerana mempunyai masalah di rumah.

Namun selepas sesi kaunseling yang dilakukan oleh pihak polis, Suresh akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan keluarga bersama isteri dan anak-anaknya. Kehilangan Suresh sebelum ini dipercayai akibat melarikan diri setelah menjalinkan hubungan dengan seorang transgender.

Menjadi Bukti Penting Tidak Perlu Diharamkan 

Bagi peminat Tik Tok di India, kejadian ini sudah pasti bakal menjadi bukti penting untuk mempertahankan penggunaan aplikasi di negara tersebut. Ini kerana pada bulan April lalu, sebuah mahkamah di Tamil Nadu telah memerintahkan penggantungan aplikasi Tik Tok kerana khuatir akan disalahguna untuk penyebaran pornografi. Sungguhpun begitu, larangan tersebut telah ditarik balik seminggu kemudian.

Sumber: Wikipedia

Aplikasi Tik Tok di India mempunyai lebih daripada 120 juta pengguna, tetapi sering mendapat kritikan kerana kandungannya yang tidak sesuai.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda berkenaan Tik Tok
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN