Semalam, Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa dalam masa sehari dua ini, kerajaan dijangka mengumumkan berita gembira berkaitan tol lebuh raya. 

Katanya, perkara tersebut juga telah dibincangkan di Kabinet yang mana kini, pihaknya hanya menunggu pengumuman tersebut untuk diumumkan oleh Menteri yang berkaitan.

Sumber: Free Malaysia Today

Walaupun sebelum ini kerajaan mengatakan bahawa penghapusan tol di seluruh negara amat sukar untuk dilaksana, namun kini secara tiba-tiba, ada pula berita gembira mengenainya. 

Adakah pengumuman berita ‘gembira’ itu bersangkut paut sebagai ‘gula-gula politik’ semata-mata untuk meraih undi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih kelak? Atau untuk mengotakan janji mereka dalam manifesto seperti yang dijanjikan sebelum ini? 

 

Salah Satu Manifesto Yang Belum Ditunaikan

Sumber: themalaysiantimes.com.my

Isu mengenai tol pasti tidak asing lagi dalam pendengaran politik di Malaysia.

Malah, penghapusan kutipan tol ini juga merupakan antara 10 janji besar yang terkandung di dalam manifesto PH untuk ditunaikan sekiranya mereka berjaya mengambil alih tampuk kerajaan.

Sekarang ini, selepas lebih lapan bulan menjadi kerajaan, apa yang dijanjikan oleh mereka masih lagi tidak dapat ditunaikan memandangkan keadaan fiskal negara kini meruncing dan amat sukar untuk dilaksana ketika ini. 

Sehingga ke hari ini, rakyat secara keseluruhannya dilihat tidak putus-putus memberi tekanan terhadap kerajaan dengan mendesak mereka supaya mengotakan janji sepertimana yang dijanjikan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Sumber: Kosmo

Besar harapan mereka terhadap kerajaan baharu ini yang mana sekiranya kutipan tol dihapuskan, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban sara hidup yang perlu ditanggung rakyat setiap hari. 

 

 

Silap Kerajaan Letak ‘Angan-Angan’ Terlalu Tinggi

Sumber: Kosmo

Sepertimana di negara lain, sebahagian besar rakyat kita memahami tujuan kutipan tol oleh syarikat konsesi adalah untuk menampung kos-kos operasi dan penyenggaraan di lebuh raya masing-masing demi memastikan keselamatan dan keselesaan pemanduan yang optimum.

Selain faktor lain yang membabitkan kos operasi, unjuran trafik serta kos pembiayaan kewangan atau ‘loan repayment’ kepada syarikat konsesi tersebut.

Sekiranya tiada kutipan tol, mana lagi sumber yang mereka boleh ambil untuk meningkatkan jumlah kewangan negara.

Difahamkan setiap tahun, kerajaan perlu membayar pampasan penangguhan kenaikan kadar tol sebanyak RM580 juta kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kadar tol tidak dinaikkan.

Sumber: yadim.com.my

Dengan hanya kutipan cukai sahaja, memang tidak mencukupi untuk kerajaan membayar pampasan tersebut selain dengan cara kutipan kadar tol.

Walaupun apa sahaja keputusan yang dibuat kerajaan, tidak dapat memenuhi hati rakyat, mereka telah lakukan yang terbaik dan berusaha gigih untuk memulihkan semula negara.

Pun begitu, kita lihat dan tunggu sahaja keputusan yang bakal diumumkan itu dan menerimanya dengan hati yang terbuka yang mana berita gembira itu, pastinya akan mengambil kira kos sara hidup rakyat secara keseluruhannya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah perlu kutipan tol di seluruh negara perlu dihapuskan sepertimana yang dijanjikan oleh kerajaan dalam manifesto mereka?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN