Soal kemampuan diri bagi golongan yang sanggup berhabiskan wang bagaikan jatuh nombor dua. Kata mereka, biarlah papa asal bergaya dan โ€˜up-to-dateโ€™. Biar poket nipis asalkan bahagia. Realitinya, berapa ramai yang sanggup habiskan wang puluhan ribu ringgit demi basikal?

Ada yang minat menyolek basikal, kereta dan motor. Dan umum tahu bahawa solek menyolek kenderaan ini hanya kaum lelaki yang obses berbuat demikian, berlainan pula bagi kaum wanita apabila lebih obses menyolek diri mereka untuk tampil lawa dan bergaya.

Kepuasan diraih sukar hendak digambarkan dengan kata-kata, apalagi jika memang aktif dalam sukan berbasikal.

 

Minat Atau Hobi?

Sumber: Eye Em

Pada dasarnya, berbasikal ini untuk tujuan rekreasi atau bersukan sahaja. Tetapi sudah ramai yang mula meminati dunia sukan berbasikal, bukan sahaja kaum lelaki bahkan kaum wanita juga mula menunjukkan minat berbasikal.

Malah ada golongan profesional yang bergaji RM10,000 sebulan pun gila main basikal, bukan sebab tiada duit, tetapi sebab minat dalam dunia berbasikal.

Sumber: Foro Tuning

Dan jangan terkejut ada basikal yang mencecah ratusan ribu ringgit, boleh membeli dua biji kereta Myvi. Dikatakan harga menjadi mahal adalah kerana komponen basikal yang digunakan seperti frasme ada yang mencecah sehingga lebih RM40,000, set gear pula mencecah lebih RM20,000, rim (whleset) pula mampu cecah RM30,000, yang mereka kejar adalah keringanan ketika mengayuh dan juga arodinamik.

Sumber: Geeky Gadgets

Antara jenis basikal yang menarik minat orang ramai adalah Dahon Vybe D7 Folding Bike, Raleigh Ugo Folding Bike, dan banyak lagi.

Basikal juga bukan semua tempat boleh ditunggang, ia mengikut kesesuaian tempat juga, iaitu ada basikal ride bike, mountain bike, touring bike.

Jadi ingin pesan mereka diluar sana yang baru ingin menceburi bidang ni supaya memilih basikal yang betul. Sekiranya minat onroad jadi beli lah Road Bike. Kalau minat onroad dan offroad belilah Mountain Bike. Kalau minat melancong dan memerlukan ruang beg atas bakasi jadi belilah Touring Bike.

 

Impak Berbasikal Pada Kesihatan

Sumber: iStock

Bersukan apa sahaja pastinya memberi impak positif pada kesihatan, seperti berbasikal.

Sistem imun bertindak untuk melindungi badan daripada jangkitan dan pelbagai penyakit sistemik. Kajian menunjukkan bahawa aktiviti yang sederhana, seperti berbasikal, menguatkan sistem imun dan dengan itu menyumbang kepada kehidupan yang sihat. Ia juga boleh meningkatkan aktiviti terhadap sel-sel tumor, membantu pencegahan penyakit-penyakit yang berkaitan.

Bagi mereka yang menghidapi pentakit kanser ini, akktiviti fizikal yang kerap telah terbukti untuk mengurangkan risiko kanser kolon, payudara, prostat dan pankreas, dan mungkin paru-paru dan kanser endometrium.

Berbasikal sederhana boleh menghalang, atau sekurang-kurangnya mengurangkan, tekanan darah tinggi dan seterusnya membantu untuk mengelakkan strok atau kerosakan kepada organ-organ. Tekanan darah juga dikurangkan oleh kadar denyutan jantung yang lebih rendah, yang merupakan hasil daripada berbasikal biasa.

Berbasikal ini sangat sihat dan banyak sumber mengatakan aktiviti ini dapat menyihatkan tubuh banda anda.

KATA ORANG

KATA ANDAย 

Wajarkah aktiviti berbasikal ini dihabiskan dengan ribuan ringgit demi keseronokkan dan kepuasan penunggang itu sendiri.
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN