Penyelidikan terkini Greenpeace Malaysia mendedahkan, negara ini telah menjadi tapak lambakan baru untuk kitar semula plastik dari lebih 19 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Sumber: The Star

Jurucakapnya, Heng Kiah Chun berkata, laporan Greenpeace Malaysia jelas menunjukkan pelanggaran peraturan secara terang-terangan dalam pelupusan sisa ini, termasuk pembuangan sampah dan pembakaran secara terbuka.

Sehingga kini, kemasukan sisa plastik dari luar negara katanya, tidak dikawal dan tidak diproses dengan cara yang mampan dan selamat.

Sumber: Eco-Business.com

Malaysia telah menjadi tong sampah dunia.Media melaporkan bahawa sejak tahun lalu, jumlah kilang kitar semula plastik di Kuala Langat semakin meningkat.

Dianggarkan untuk tahun ini sahaja terdapat hampir 40 buah kilang kitar semula plastik di tanah Kuala Langat.

 

Penguatkuasaan Lemah Punca Sampah Sarah Susah Dilupuskan

Dengan tahap penguatkuasaan yang lemah, kilang yang beroperasi dipercayai milik peniaga dari China yang semakin bermaharajalela.

Sumber: Selangorkini

Walaupun ada tindakan keras Kerajaan menutup 114 kilang haram memproses sisa plastik sekitar Julai tahun ini, siasatan Greenpeace mendedahkan kilang berkenaan masih mempunyai sejumlah besar sisa plastik yang diimport yang dibuang di bangunan terbengkalai atau dibiarkan membusuk di tempat terbuka.

 

Sumber: Viral Malaysia

Melalui pengumuman Pengerusi Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru iaitu YB Ng Sze Han, beliau mengatakan proses kitar semula yang melibatkan 17,000 tan metrik plastik ibarat keluasan empat padang bola sepak pastinya akan menelan belanja yang tinggi untuk melupuskan sisa-sisa tersebut.

Perbelanjaan yang melibatkan berjuta-juta ringgit ini secara tidak langsung pastinya akan membebankan pembayar cukai.

 

Hentikan Terus Import Sisa Plastik

Kesan daripada aktiviti memproses sisa plastik dalam tempoh kira-kira dua tahun kebelakangan ini menyebabkan penduduk di daerah Kuala Langat yang berjumlah sekitar 300,000 orang kini berdepan dengan masalah kesihatan termasuk risiko menghidap kanser.

Sumber: The Level MY

Kerajaan Persekutuan perlu mengharamkan sepenuhnya kemasukan sisa plastik ke negara ini khususnya ke Selangor.

Kepada kerajaan Persekutuan, janganlah seperti ketam mengajar anak berjalan. Rakyat disuruh tidak guna straw dan beg plastik malah sampai mengenakan denda tetapi dalam masa sama mencari keuntungan mudah dengan mengenakan levi bagi sisa plastik yang diimport ke kilang haram.

Sumber: Dr. Mercola

Daripada diimport sisa plastik negara lain, baik kumpul plastik yang ada dalam negara sahaja. Dapat juga rakyat mencari rezeki tambahan dengan mengutip plastik buangan.

 

Tan Sampah Yang Diimport

Daripada Januari hingga Ogos 2018, UK mengeksport keluar 88,000 tan sampah plastik ke negara kita – hampir suku daripada jumlah keseluruhan sampah plastik di sana. Itu baru UK, belum dicampurkan dengan sampah dari negara lain. Untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2018 sahaja, negara kita menjadi tuan rumah kepada 150,000 tan sampah dari Amerika Syarikat.

 

Banyak Kilang Haram Beroperasi

Tidak dapat dipastikan kenapa sampah yang sepatutnya diproses di UK boleh sampai ke Malaysia. Majoriti pihak yang didakwa menafikan perkara ini berlaku malahan menyalahkan sistem kitar semula yang dikatakan kompleks, sehingga mampu menyebabkan penyelewengan berlaku pada peringkat kontraktor yang dilantik kerajaan UK.

Sumber: The Vocket

Dengan menggunakan dron untuk memantau tapak-tapak yang terlibat di Jenjarom, tinjauan mendapati wujud hampir 54 buah tapak pelupusan sampah dalam kawasan seluas 3 km persegi di Jenjarom sahaja. Daripada 54 yang ada, dianggarkan hanya 13 mempunyai kelulusan beroperasi.

Ini juga salah satu punca kenapa Malaysia menjadi tempat pengumpulan sampah plastik, sedangkan Malaysia sendiri banyak sampah yang masih tidak dapat dilupuskan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, berkata caj levi sebanyak RM15 kepada pengusaha yang akan memohon permit import (AP) bagi sisa plastik berkuat kuasa Oktober 2018.

Adakah ini cara paling berkesan untuk melupuskan sampah dan menggelakkan Malaysia sebagai ‘tong sampah’ negara luar?

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah import sampah secara haram dapat 'bersihkan' Malaysia dan kempen kurangkan penggunaan plastik berkesan?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN