Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah hidup seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) yang dilihat gigih mengambil serta menghantar makanan kepada pelanggan melalui aplikasi Grab Food.

Kisah wanita yang dikenali sebagai Sumaiyah Ghazali ini menjadi tular apabila ada pelanggan yang berkongsi beberapa keping gambar yang memperlihatkan Sumaiyah sedang menghantar makanan menggunakan kerusi roda.

Dalam perkongsian tersebut, pelanggan itu memuji kesungguhan Sumaiyah dalam mencari rezeki biarpun OKU, berjaya menarik perhatian netizen.

Sehingga kisah hidupnya itu dirungkai menerusi satu video khas oleh Berita Harian Singapura yang sememangnya membuatkan ramai sayu.

 

Tetap Cari Rezeki Walau OKU

Sumber: Online News

Melihat kepada keadaan ekonomi semasa, diakui bukan mudah untuk kita mendapatkan pekerjaan, lebih-lebih lagi bagi golongan OKU.

Apa yang dilakukan Sumaiyah ini jelas sekali membuktikan bahawa kekurangan diri itu bukanlah satu alasan untuk tidak bekerja.

Apa yang dilakukan oleh Sumaiyah ini jelas sekali memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai kecekalan hidup.

Biarpun kudrat fizikalnya sedikit terbatas, namun golongan ini tetap cekal dalam bekerja biarpun perlu menggunakan pengangkutan awam untuk menghantar makanan kepada pelanggan sambil meredah panas, hujan untuk mencari rezeki yang halal.

 

Tidak Boleh Ketepikan Golongan OKU

Dalam hal ini, kebanyakan netizen di media sosial memuji tindakan GrabFood yang membenarkan golongan ini untuk bekerja.

Sebagai majikan, apa yang dilakukan oleh mereka sememangnya wajar diikuti oleh majikan lain baik dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Sumber: The Independent Singapore

Walaupun kudrat mereka sedikit terbatas, golongan ini merupakan sebahagian daripada masyarakat yang tidak boleh diketepikan yang mana mereka tetap perlu diberikan hak serta peluang yang sama rata untuk menjalani kehidupan sama seperti anggota masyarakat yang lain.

Sebab itu perumpamaan ada mengatakan hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Biarpun insan yang terdiri dari golongan OKU sekalipun boleh berusaha mencari rezeki sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain, apatah lagi kita yang dikurniakan tahap kesihatan badan yang baik dalam mencari rezeki.

Kelebihan Pekerja OKU

Disebalik kekurangan yang mereka ada, terdapat juga kelebihan mengambil mereka ini bekerja. Beberapa tinjauan telah mendapati bahawa majikan menilai prestasi pekerja kurang upaya mereka sangat tinggi.Malah, pekerja kurang upaya mempunyai rekod kehadiran yang lebih kuat dan kadar pengekalan yang lebih baik.

Ini mungkin disebabkan mereka sedar bahawa untuk mencari pekerjaan bagi golongon seperti mereka ini susah dan menggunakan peluang yang ada dengan berkerja bersungguh-sungguh. 

Statistik Majikan Yang Mengambil Pekerja OKU

Difahamkan 4,000 jawatan diisi di pelbagai peringkat sektor awam berjaya diisi oleh calon dari golongan OKU.

Setakat ini, sektor awam dilihat lebih terbuka dalam menerima pekerja OKU dengan turut sama menyediakan pelbagai jenis bantuan kewangan kepada mereka.

Secara puratanya, sektor awam dilihat lebih terjamin dalam usaha membantu pekerja OKU berbanding sektor swasta masih di belakang.

Sumber: Oh Bulan

Apa-apa pun, ada beberapa syarikat swasta seperti restoran makanan segera yang lain sudah pun menerima pekerja OKU untuk bekerja di mana tugas mereka sama seperti pekerja yang lain termasuk dalam kes Sumaiyah ini.

Hal ini sekaligus berjaya membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil dalam mencari rezeki yang halal walaupun bergelar insan kurang upaya.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, perlukah kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada Sumaiyah di sektor awam berbanding menjadi penghantar makanan GrabFood?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN