Tindakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkongsi gambar beliau sedang mengisi minyak kereta di sebuah stesen minyak Petronas mengundang teguran syarikat pengeluar minyak nasional itu.

Menerusi foto yang dikongsikan di media sosial Twitter #TeamSaddiq ia memaparkan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) itu sedang bersandar di kereta miliknya sambil mengisi minyak.

Gambar itu menarik perhatian Petronas Brands yang mengeluarkan nasihat supaya tidak menggunakan telefon bimbit sewaktu berdekatan dengan pam.

Sumber:mStar

Melalui gambar yang dimuat naik itu, Syed Saddiq dipercayai dalam perjalanan ke Cameron Highlands bagi membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) yang sedang berlangsung.

Sumber:mStar

 

Netizen Bersetuju Dengan Teguran Petronas

Teguran Petronas Brands itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan teguran berkenaan dan menyifatkannya sebagai mengundang bahaya.

Ada segelintir netizen yang turut memuat naik gambar papan tanda larangan penggunaan telefon sebagai respon terhadap teguran Petronas Brands itu.

Sumber:DEPA KATA

Mereka merasakan tindakan menteri itu adalah tidak wajar dan boleh mengundang ancaman keselamatan buat orang lain yang berada disekeliling kawasan pam minyak itu.

Untuk rekod, seorang wanita pernah melecur 60 peratus di bahagian badan akibat disambar api berikutan tindakannya mengisi minyak dan cuba menjawab telefon bimbitnya

:Sumber:Astro Awani

Menerusi laporan mStar Online pada 1 Julai 2016, wanita itu dipercayai membuka pintu belakang sebelah kiri keretanya untuk mengambil telefon bimbitnya yang sedang berdering, sambil tangannya memegang muncung minyak petrol.

Dalam laporan sama, Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Telekomunikasi, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Dr Kamaludin Mohamad Yusof berkata insiden itu mungkin berpunca daripada gelombang Electro Magnetic Field (EMF) yang dihasilkan melalui hubungan dibuat melalui ‘signal’ telefon bimbit mangsa dan sistem pemancar atau pencawang telekomunikasi.

 

Gambar Diambil Menggunakan Kamera Bukan Telefon Bimbit

Setelah foto dan nasihat itu tular, @teamsaddiq membalas tweet nasihat daripada syarikat pengeluar minyak nasional itu dengan memaklumkan gambar tersebut dirakam menggunakan kamera bukannya telefon bimbit seperti dianggap.

Sumber:mStar

Untuk pengetahuan umum, setakat ini tiada lagi rekod mengambil gambar menggunakan kamera biasa memberi kesan kepada pam minyak kecuali telefon bimbit yang sedang digunakan.

Bukan untuk menyebelahi sesiapa, tetapi diharap siasat terlebih dahulu samaada menteri berkenaan menyalahi undang-undang ataupun tidak.

Tidak salah menegur secara nasihat tetapi ia mengundang pelbagai reaksi netizen.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah tindakan Syed Saddiq mengambil gambar di pam minyak?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN