Kini sudah berada dipenghujung bulan Syawal, kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa dengan penganjuran rumah terbuka sama ada di pejabat kerajaan, swasta mahupun kenalan rapat.

sumber: the star

Penganjuran jamuan raya ataupun rumah terbuka di pejabat kerajaan terutamanya diihat seperti acara wajib pada setiap tahun.

Namun, baru-baru ini, timbul pertikaian daripada mufti Perlis , Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri (Dr. MAZA) berkenaan dengan penganjuran jamuan sambutan hari raya dalam kalangan penjawat awam dan beliau juga menggesa supaya kerajaan mengkaji semula apa keperluannya setiap kali tiba bulan syawal.

 

Jimat Masa Dan Wang

Walaupun jamuan raya dianjurkan pada waktu pejabat, tetap ada kakitangan yang bertugas secara bergilir-gilir untuk memastikan kelancaran perkhidmatan mereka.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah berpendapat bahawa penganjuran jamuan raya pada waktu pejabat bagi kakitangan kerajaan itu menjimat masa dan juga wang.

 

Jika dilihat, isu ini bukanlah isu baharu kerana setiap tahun memang akan diadakan jamuan raya di setiap jabatan masing-masing, tetapi mengapa sekarang timbul pertikaian berkenaan hal ini? 

 

Tak Ada Dana, Tak Perlu Buat- KPN

Disebalik kemeriahan jamuan raya atau rumah terbuka yang dianjurkan, timbul juga rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan.

Perbuatan memaksa mengutip dana daripada kakitangan, tidak dilihat untuk meraikan mereka sebaliknya seperti memaksa mereka untuk mengadakan jamuan raya tersebut.

Isu ini berlaku juga di dalam kalangan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di mana pegawai atau Ketua Polis Daerah mengerahkan anggotanya untuk keluar mencari dana bagi membiayai jamuan raya ataupun rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang tidak senang dengan rungutan yang dibuat oleh anggotanya berkenaan hal ini, terus mengeluarkan arahan supaya tidak menganjurkan jamuan raya jika tiada dana atau kemampuan, disertakan dengan amaran keras yang dituju kepada mana-mana pegawai yang masih berdegil.

Arahan yang cukup jelas ini sedikit sebanyak membuka mata semua penjawat awam bahawa penganjuran rumah terbuka ini bukanlah satu benda yang wajib dan tiada rusuhan dibuat oleh orang ramai jika mereka tidak menganjurkannya.

 

Erat Silturrahim Atau Untuk Bermegah?

Jamuan raya yang diadakan setahun cuma sekali ini sebenarnya bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara kakitangan dan penganjurannya itu bukanlah dibuat dari pagi sehingga petang. 

Adakah benar semua jabatan kerajaan berbuat sedemikian rupa? Mengapa jamuan tidak diadakan pada hujung minggu? Mengapa perlu buat secara besar-besaran? Ini mungkin persoalan yang timbul daripada kakitangan dan juga orang awam.

Namun, bergantung juga kepada sesetengah jabatan bagaimana mereka menguruskannya sehingga tidak menggangu kelancaran perkhidmatan seperti persoalan yang ditimbulkan oleh Dr Maza di mana rakyat yang datang ke jabatan untuk sesuatu urusan, terpaksa pulang dengan rasa hampa kerana kakitangan di jabatan tersebut sibuk menghadiri jamuan raya. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Berikutan dengan isu ini, adakah anda bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr MAZA berkenaan dengan jamuan raya yang diadakan pada waktu pejabat ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN