Baru-baru ini, timbul isu mengenai peniaga yang dikatakan sering menukar air Milo kepada serbuk Coklat tanpa disedari pelanggan.

Sumber: SAYS.com

Sudah lah menipu pelanggan dengan cara menukarkan air minuman kepada serbuk Coklat, kemudian kenakan pula harga yang tinggi walhal kualitinya amat berbeza sekali.

Ya, apabila bercakap mengenai selok-belok perniagaan, sudah menjadi kebiasaan bagi peniaga untuk mengutip keuntungan dalam setiap perniagaan yang dijalankan oleh mereka.

Malah, Islam juga tidak melarang umatnya untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi dalam setiap aktiviti jual beli selagi mereka patuh akan garis panduan atau syariat yang ditetapkan.

Sumber: Siakap Keli

Sedar atau tidak, setiap barangan mahupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga, mereka pastinya sudah meletakkan berapa keuntungan yang bakal diraih daripada aktiviti jualan mereka.

Namun, perlu diingat, dalam pada mereka mengejar untuk mencari keuntungan, mereka tidak boleh mengambil kesempatan ke atas setiap pelanggan sama ada dengan cara menipu tanpa disedari atau pelbagai cara lain tanpa disedari.

 

Peniaga Perlu Jujur Dan Tidak Menipu Dalam Berniaga

Memang tidak dinafikan kenaikan harga barang adalah disebabkan berlakunya kenaikan kos sara hidup terutama bagi mereka yang menetap di kawasan bandar.

Sumber: Utusan Online

Maka tidak hairanlah, peniaga juga turut sama mengaut keuntungan disebabkan pelbagai faktor seperti kos membeli, menghantar dan sebagainya.

Tidak kiralah suatu perniagaan itu kecil atau besar, peniaga pastinya tidak mahu rugi bukan?

Namun, peniaga juga perlu diingat bahawa dalam berniaga, apa yang menjadi keutamaan adalah soal halal.

Halal, dalam soal ini bukan hanya disebabkan oleh sesuatu makanan atau minuman yang ditawarkan itu tetapi soal berlaku jujur dan mengikut etika perniagaan.

 

Ketahui Syarat Sah Jual Beli

Sumber: Akademi Bisnis Paytren

Mungkin sebahagian besar dari kita sudah terkena dengan jerat peniaga yang menukar air milo kepada serbuk coklat baik di restoran mahupun di gerai tepi jalan sehingga mendapat perhatian dari Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurut Dr Zulkifli, hukum perbuatan menukarkan serbuk milo dengan serbuk coklat yang lebih murah tanpa pengetahuan pelanggan adalah dilarang dan berdosa!

Walaupun isu ini nampak kecil, namun sebenarnya perilaku tersebut adalah salah sama sekali.

Ini kerana dengan perbuatan tersebut, akan terdapat unsur penindasan dan kezaliman terhadap hak yang sepatutnya diterima oleh pembeli terhadap harga pembelian yang dibayar itu.

Sumber: SAYS.com

Selain itu, syarat sah jual beli adalah mengetahui secara jelas barang yang diniagakan tanpa menyembunyikan apa-apa ‘aib’ yang terdapat pada barangan yang diniagakan.

Oleh itu, sekiranya perkara-perkara seperti ini berlaku, maka penjual secara tidak langsung telah menipu dan akad pembelian tersebut jatuh kepada tidak sah.

Jadi, sebagai peniaga, anda janganlah sekadar berfikir tentang untung sahaja ketika berniaga. Fikir juga tentang keberkatan yang bakal diterima.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah peniaga yang menukar air Milo kepada serbuk Coklat tanpa pengetahuan pengguna perlu dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa?
2 votes · 2 answers
Vote

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN