Setiap orang pasti pernah merasai pengalaman bercinta, tetapi tidak semua perhubungan yang dicipta itu akan berakhir dengan kebahagiaan.

sumber: pesona pengantin

Perasaan sedih sudah pasti akan menyelubungi diri sehingga mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk pulih kerana bukan mudah untuk seseorang itu melupakannya.

Bukan itu sahaja, jika seseorang itu terlalu ‘melayan’ perasaan sedih itu, ia mungkin akan menjadikan dirinya untuk terus membenci dan tidak terlalu berharap dengan cinta manusia.

 

Patung Tidak Akan Curang

Lelaki yang normal selalunya akan cuba mencari wanita untuk dijadikan isteri mahupun peneman hidup. Namun, bagi sesetengah lelaki yang mungkin sudah kecewa dengan cinta manusia, mereka lebih gemar memilih sebuah patung silikon yang menyerupai ciri fizikal seorang wanita yang sempurna.

sumber: dhia.com

Memetik maklumat daripada laman mstar.com, seorang lelaki yang dikenali sebagai John, berasal dari Chicago itu telah menjadikan sebuah patung silikon sebagai isterinya. Baginya, patung yang diberi nama Jackie itu dipercayai tidak akan sama sekali berlaku curang kepadanya.

sumber: samurai biru

Bukan John sahaja yang bercinta dengan patung silikon ini, tetapi Davecat yang bekerja sebagai pegawai professional kemasukan data di pinggir bandar Detroit juga telah mengambil keputusan yang sama apabila sudah berputus asa dalam bercinta.

Mungkin bagi mereka, bercinta dengan patung silikon ini mampu merawat luka dihati mereka dan tidak perlu lagi runsing memikirkan kejujuran pasangan dalam menjalinkan hubungan percintaan.

 

Pilih Patung Untuk Hilang Rasa Sunyi

Satu kisah lagi yang agak unik terjadi di Jepun di mana seorang wanita Jepun, Riho Ozaki kecewa apabila melihat suami yang dicintainya itu, Masayuki telah membawa pulang sebuah patung silikon ke rumah mereka.

sumber: my.theasianparent

Menurut sumber daripada laman my.theasianparent.com, Masayuki mengatakan semuanya bermula selepas anak tunggal mereka dilahirkan. Dia berbuat demikian kerana mahu melepaskan rasa kesunyiannya itu pada sebuah patung dan akhirnya dia telah jatuh cinta.

Masayuki boleh dikatakan beruntung kerana bertemu dengan isteri yang begitu baik walaupun terpaksa menahan rasa kecewa. Isterinya itu tidak pernah lupa akan tugasnya sebagai isteri di mana dia tetap akan melakukan kerja seperti mengemas rumah, mencuci baju dan juga memasak.

 

Cara Untuk Move On

Sumber daripada astroawani.com, pakar perhubungan, Ammanda Major seperti yang dipetik portal ‘The Independent” telah mengemukakan beberapa cara untuk meneruskan hidup atau lebih mudah disebut sebagai ‘move on’.

Yang pertama sekali ialah, memberi sedikit masa untuk diri meratapi rasa sedih. Cara ini akan memberi peluang untuk anda mengkaji semula apa yang baik dan buruk dalam sesuatu hubungan itu.

sumber: jurnal cowok

Kemudian, cari semula pendirian dengan melakukan sesuatu yang anda suka. Anda akan dapat menumpukan perhatian kepada diri sendiri dan tidak terlalu tergesa-gesa untuk menjalinkan hubungan seterusnya.

Secara tidak sedar bahawa kesedihan yang anda rasai itu tidak berkekalan dan akan berkurang dari masa ke masa. Jadi untuk move on ini sememangya mengambil masa dan tidak mudah kerana jika seseorang itu tidak mampu mengawalnya, ia boleh mengakibatkan masalah kemurungan yang boleh memudaratkan diri sendiri.

Tidak semua orang bernasib baik apabila mengharungi dunia percintaan dan sudah pasti tidak mahu dikecewakan lagi atau ditinggalkan pasangan. Setiap orang sudah pasti berbeza-beza cara untuk menghadapinya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda pernah rasa kecewa dengan percintaan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN