Sumber : Pesona Pengantin ( Gambar Hiasan )

Isu kahwin muda rancak diperdebatkan sekarang kerana ramai anak muda melihat ia sebagai perkara yang sedang ‘trending’ sehinggakan ramai yang membuat keputusan untuk berkahwin di usia muda tanpa memikirkan semua aspek dengan waras dan teliti.

Kegilaan mereka untuk mengejar populariti semasa seperti ‘relationship goal’ dan bergelar ibu muda ada kalanya mengundang padah kerana realiti sebenar kehidupan berkahwin tidaklah seperti yang anda lihat di kaca televisyen mahupun media sosial.

Semua yang ditayangkan di sosial media langsung tidak boleh dipercayai kerana semuanya boleh direka-reka dan ditokok tambah sehinggakan ianya jauh dari realiti sebenar.

Banyak hubungan perkahwinan yang terputus ditengah jalan hanya kerana salah faham dan tidak dapat memahami dan mencari keserasian antara suami isteri.

Ada yang bercerai hanya kerana cara memicit ubat gigi yang berbeza sehingga mencetus pergaduhan. Bunyi seperti lucu bukan, tapi memang pernah berlaku.

Siapa Patut Jaga Anak Selepas Bercerai?

Dan satu aspek yang menjadi kerisauan ialah apabila pasangan-pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai selepas mereka mempunyai cahaya mata.

Kerana sudah tentu kita sedia maklum akan kesan jangka panjang yang akan mempengaruhi kehidupan anak tersebut.

Lebih-lebih lagi jika ibu bapanya tidak ‘sebulu’ dan tidak mahu memberi kerjasama demi kebaikan anak mereka.

Tiada siapa yang boleh menghalang perceraian daripada berlaku, walaupun ianya perbuatan yang dibenci Allah namun ianya dibolehkan jika hubungan perkahwinan tersebut lebih membawa keburukan daripada kebaikan kepada seseorang.

Namun, mungkin anda pernah tertanya siapa yang lebih berhak dan layak untuk menjaga anak hasil dari perkahwinan tersebut?

Ibu ataupun bapa? Dan bagaimana pihak makhamah membuat keputusan?

 

Ibu Lebih Layak Dapat Hak Penjagaan Anak

Sumber : Bumbumcak.my

Mengikut Akta 303, Akta Undang-undang Keluarga Islam sudah termaktub bahawa hak penjagaan anak-anak adalah lebih berpihak kepada si ibu walaupun si ibu ini tidak bekerja sebelumnya dan tidak mempunyai punca pendapatan tetap.

Namun terdapat beberapa syarat lain yang perlu dipatuhi jika si ibu ingin mendapatkan hak tersebut, iaitu ibu mestilah Islam, sempurna berakal dan berkelakuan baik.

Hak tersebut sepenuhnya boleh dimiliki si ibu dari usia anak baru lahir hinggalah 7 tahun atau pun mummayiz. Selepas itu anak-anak akan diberi pilihan untuk tinggal dengan si bapa mahupun ibu mengikut kemahuan mereka.

Namun si ibu juga boleh hilang hak penjagaan tersebut jika dia berkahwin dengan suami baru yang berkelakukan buruk ataupun jatuh murtad.

 

Anak-anak Ditahan Dari Ke Luar Negara

Sumber : Facebook Asiah Abd Jalil

Terbaru, seoarang peguam berkongsi tentang nasib 3 orang anak yang ditahan di KLIA dan tidak dibenarkan untuk terbang ke Riyadh kepada ibunya kerana si bapa telah membuat tuntutan dan telah mendapat arahan sekatan ke luar negara oleh pihak Imigresen.

Walaupun si ibu telah mendapat hak penjagaan Hadhanah yang membolehkan dia untuk membawa anak-anak kemana sahaja mengikut keperluan namun ianya disekat tanpa sebab yang munasabah.

Malah si bapa yang kononnya membuat permohonan sekatan tersebut tidak telus dalam menjalankan tanggungjawabnya dari segi pembayaran nafkah selepas mereka bercerai dan mempunyai tunggakan nafkah bernilai puluhan ribu ringgit.

Macam mana nak jaga anak kalau nafkah pun tidak mampu dibayar? Lepas tu sibuk nak buat tuntutan hak penjagaan pula.

Sebelum ini juga pernah viral isu suami gila talak yang sering bertindak menganggu bekas isteriya  dan pernah mengugut untuk membunuh anak-anak mereka kerana si isteri enggan merujuk semula.

Malah si suami pernah cuba membawa anak-anak lari ke luar negara kerana kononnya mahu membuat si ibu menderita.

Namun siapa yang mahu hidup dengan lelaki yang kaki pukul dan sering mengambil benda-benda terlarang.

Dalam menguruskan isu-isu penceraian ini, ramai yang kurang berpuas hati dengan ketetapan yang dikeluarkan oleh makhamah malah dikalangan peguam sendiri ada yang kurang berpuas hati apabila anak-anak guaman mereka yang jelasnya layak mendapat hak penjagaan anak-anak tidak dibela dengan baik.

 

Kesan Terhadap Anak-anak

Tiada anak yang patut menjadi mangsa apabila ibu bapa mereka bercerai. Suka atau tidak, ibu bapa walau macam mana pun perlu belajar untuk mengekalkan hubungan yang baik sesama sendiri agar kepentingan anak-anak tetap dapat dijaga baik walaupun ibu bapa mereka sudah tidak tinggal sebumbung lagi.

Siapa pun yang mendapat hak penjagaan, janganlah melarikan diri dan membawa anak-anak jauh dari ibu ataupun bapa kandung mereka.

Bayangkan jika anda berada di tempat anak-anak, apa yang akan anda rasa? Lebih-lebih lagi jika anak-anak masih kecil dan belum boleh memahami apa itu penceraian.

Ada dakwaan yang menyatakan kononya anak-anak yang membesar di dalam keluarga yang berpecah belah akan membesar menjadi individu yang agresif dan memberontak.

Malah, ramai anak-anak yang ibu bapanya bercerai sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan.

Jadi sebagai ibu bapa, ia adalah tanggungjawab anda dalam memastikan anak-anak dapat membesar dan menjalani kehidupan mereka sehabis baik.

Hanya kerana kisah cinta anda sudah musnah, jangan musnahkan juga kehidupan anak-anak yang masih panjang.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang isu ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN