Sumber: Free Malaysia Today

Peningkatan graduan menganggur saban tahun merupakan satu masalah serius yang melanda negara. Pengangguran yang berlaku disebabkan tiada peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang mereka ceburi, lantas menyebabkan berlakunya pembaziran modal insan buat negara.

Kesudahannya menyebabkan ramai yang mempersoalkan kebolehpasaran graduan lepasan universiti. Dalam kalangan rakyat Malaysia, ramai yang tertanya-tanya berbaloi lagikah melanjutkan pengajian ke universiti hari ini?

Kerisauan Ibu Bapa Masa Depan Anak-Anak

Ibu bapa hari ini kelihatan lebih berhati-hati dalam menentukan hala tuju dan masa depan anak-anak. Mereka lebih cenderung meletakkan Institut Pendidikan sebagai pilihan utama kerana mempunyai elaun dan jaminan kerja sebagai pendidik di sektor awam.

Ibu bapa turut meletakkan anak mereka di bidang kemahiran seperti politeknik, kolej-kolej kemahiran yang lebih menjanjikan peluang pekerjaan.

Bagi keluarga yang berkemampuan, mereka akan hantar anak-anak ke universiti swasta yang mempunyai hubungan terus kepada syarikat yang sudah tentu menjamin peluang pekerjaan.  

Sumber: MSN

Ratusan Ribu Graduan Menganggur Saban Tahun

Berdasarkan EduAdvisor.my, setiap tahun, negara menghasilkan 200,000 graduan. Daripada jumlah itu hanya 50,000 graduan bekerja selepas enam bulan tamat belajar. Malah, sebanyak 6 dari 10 orang yang menganggur merupakan graduan yang berusia di bawah umur 24 tahun.

Bagi yang mengambil pinjaman, sama ada Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi nasional (PTPTN), pinjaman kerajaan negeri dan lain-lain, pengangguran selepas tamat belajar amat memeritkan.

Bagaimana untuk kita memikirkan, harapan yang tinggi bagi setiap anak muda meminjam untuk melanjutkan pelajaran dengan harapan mampu mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik tetapi akhirnya, tiada pekerjaan untuk mereka.

Terpaksa Kerja Lulusan SPM

Sudahlah tiada kerja, dalam masa yang sama perlu melunaskan hutang pula! Sekiranya ada pun pekerjaan, pekerjaan tersebut hanyalah setaraf lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam situasi sebegini, terpaksa juga menerima kerja lepasan SPM. Maka, adalah sia-sia bagi mereka melanjutkan pelajaran selama ini.

Bukan bermakna graduan memilih kerja, namun persoalannya, adakah itu kesudahannya? Bagi mereka yang lepasan SPM, ramai dari kalangan mereka membuat perbandingan dengan rakan-rakan yang sudah setahun dua menamatkan pelajaran di universiti.

Sumber: After School

Majikan Lebih Pandang Pengalaman

Pendapatan mereka dan jawatan mereka lebih baik jika dibandingkan dengan lepasan universiti, memandangkan syarikat lebih mengutamakan pengalaman kerja berbanding kelayakan. Sama ada anda dari universiti terbaik negara sekalipun, kritiria utama syarikat adalah pengalaman. Adakah graduan kita tidak berkualiti?

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Jobstreet mendapati, 59 peratus graduan menganggur kerana mempunyai kelakuan atau karakter yang lemah, 60 peratus graduan mempunyai komunikasi yang teruk, dan kebanyakan graduan tidak mampu melakukan pelbagai tugas serta gagal menyelesaikan masalah.

Universiti Bermasalah?

Sekiranya benar, ini bermakna ada yang tidak kena dengan sistem di universiti hari ini. Sama ada universiti hanyalah sekadar tempat untuk belajar sehingga mengesampingkan kemahiran-kemahiran lain atau sememangnya graduan yang bermasalah.

Begitu juga dengan tawaran kursus pengajian yang dilihat tidak seiring dengan permintaan pasaran kerja semasa. Apalah gunanya menawarkan kursus pengajian sekiranya tidak berpotensi memberi peluang pekerjaan masa kini.

Maka ibu bapa tidak lagi melihat universiti sebagai pilihan terbaik kepada anakl-anak. Jika dahulu graduan lepasan universiti dipandang tinggi kerana kebolehpasaran yang tinggi, tetapi hari ini tidak lagi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda berkenaan isu ini?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN