Kecoh di laman sosial apabila sebuah keluarga dari Jitra, Kedah terkejut apabila dikenakan harga “cekik darah” iaitu RM50 bagi semangkuk ‘maggi ketam’ di sebuah gerai di persisiran Pantai Cahaya Bulan, Kelantan baru-baru ini.

Sumber: Klick.my

Difahamkan seramai 29 termasuk kanak-kanak datang ke Kelantan sempena majlis pertunangan salah seorang ahli keluarga dengan seorang gadis di Pengkalan Chepa.

Ketika ingin menjelaskan bil, mereka dikenakan bayaran RM413 bagi kesemua makanan itu menyebabkan pelanggan tergamam sebelum bertanyakan harga mi segera yang dimasak bersama ketam berkenaan.

Dikatakan air minuman dikenakan bayaran RM101; celup tepung RM109 dan masakan panas RM203 termasuk dua maggi mengandungi seekor ketam nipah dalam setiap mangkuk hidangan itu.

 

Sebab Apa Mahal?

Sumber: Holidaygogogo

Berdasarkan pengalaman penulis yang juga berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu, fenomena “cekik darah” ini berlaku bila musim perayaan, cuti sekolah atau hari minggu. Rata-rata peniaga pasti akan mengenakan harga yang mahal, bukan sahaja di Kelantan, mana-mana negeri pun sama.

Tambahan pula, Pantai Cahaya Bulan ini sangat popular dan dikenali ramai, ramai pengunjung pada satu masa, ia salah satu tempat peranginan yang dekat dengan bandar Kota Bharu, dan itu juga faktor kenapa setiap harga makanan mahal.

Sumber: Trip Advisor

Sumber: Mahu Mahu

Sumber: Rubi Suriati

 

 

 

 

 

Harga Ketam

Namun, disebalik kita mempersoalkan mengenai harga yang ditetapkan kedai tersebut, pernahkah kita tahu berapa harga ketam yang dijual di pasaran? Harga yang biasa dijual di pasaran mampu mencecah RM40-RM60 sekilogram bergantung kepada saiz ketam dan musim.

Seekor ketam mungkin boleh mencecah sehingga sekilogram kerana ketam mempunyai cengkerang yang berat. Jadi tidak mustahil peniaga kedai makan menjual dengan harga ‘cekik darah’ kerana mereka mengambil kira kos bahan lain dan tenaga.
Untuk pengetahuan, mencari ketam nipah juga agak sukar kerana keadaan ia hidup di kawasan paya bakau dan di dalam lumpur dan memang memerlukan kemahiran tinggi.

 

Peranan Pihak Berkuasa Pula, Bagaimana?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ada di setiap negeri, jadi kita sebagai pengguna dan pelanggan boleh melaporkan perkara ini jika kita merasakan harga yang dikenakan itu tidak masuk akal.

Sumber: Tempat Menarik

Pihak berkuasa berperanan untuk turun padang meninjau, bukan sekadar berpandukan pada aduan pengguna sahaja. Jika terdapat peniaga yang melanggar peraturan dalam meletakkan harga makanan, jangan berkompromi, ambil tindakan tegas.

Disebabkan seorang peniaga yang meletakkan harga tinggi, kesian peniaga lain di sekitar itu yang akan kena tempias, orang ramai akan anggap semua kedai makanan harganya sama sahaja, padahal ada sahaja yang menjual makanan mengikut standard harga sebenar.

Di persisiran pantai berkenaan sebenarnya banyak pilihan gerai makanan berasaskan makanan laut. Sepatutnya, setiap pelanggan yang masuk ke kedai pilihan mereka lebih baik bertanyakan harga terlebih dahulu.
Setiap kedai menawarkan harga makanan yang mungkin berbeza, jadi itulah peranan kita untuk menilik dan meninjau dulu kedai mana yang dirasakan berbaloi.

KATA ORANG

Lagi lagi kalau gi PCB makan maggi ketam hahaha twitter.com/pedoqpop/statu…

This is so true. Klau korang nak makan kat kelatan especially yg ade seafood bagai tu, tanye dulu harga brape. Jgn main sedap telan mulut, last2 baru nak bayar. Nnt kan ade je yg kene bayar maggi ketam RM 90 semangkuk twitter.com/pedoqpop/statu…

@AdamCrazies @aizulfitri9 Hahahaha maggi kaya kena letak ketam

KATA ANDA

Berbaloi makan ketam semangkuk RM50?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN