Kesal rasanya apabila kita sudah berbuat baik kepada seseorang, tetapi dibalas pula dengan penampar.

Sumber: Sinar Harian

Semalam, seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak semena-mena ditampar seorang lelaki ketika cuba meleraikan kekecohan yang berlaku di kawasan hospital.

Difahamkan, pembantu perubatan itu ditampar oleh lelaki berkenaan selepas didakwa cuba melengah-lengahkan mangsa kemalangan dengan memberi rawatan primer dan sekunder di tepi jalan terlebih dahulu sebelum dibawa ke hospital selepas melihat keadaan mangsa yang kritikal. 

Namun, apa yang dilakukan oleh pembantu perubatan itu mungkin tidak dapat diterima sesetengah individu yang menganggapnya sebagai satu tindakan tidak wajar hingga  berlaku salah faham yang timbul pergaduhan yang menyebabkan PPP itu dikasari sedemikian rupa.

 

Perlu Fahami Tugas Penjawat Awam

Gambar sekadar hiasan

Bekerja di dalam sektor perubatan ini bukanlah semudah yang disangka. Setiap detik dan masa itu pasti ada sahaja tekanan dan cabaran yang terpaksa dilalui mereka dalam mengendali dan merawat pesakit.

Dalam keadaan tegang sebegini, apa yang dilakukan oleh pembantu perubatan itu adalah betul dan tidak salah sama sekali. 

Yang salahnya, apabila ada orang luar yang tidak arif dengan selok-belok dunia perubatan, menganggu dan mempertikai tugas mereka dalam memberi rawatan kecemasan terlebih dahulu  terhadap mangsa kemalangan.

Jika lihat SOP, apabila berlaku kemalangan, memang sudah menjadi tanggungjawab pegawai perubatan itu sendiri untuk memberi arahan dan bantuan segera kepada mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada mereka yang bertauliah di hospital.

 

Kasari Penjawat Awam Satu Kesalahan!

Kurangnya fahaman mengenai tugas penjawat awam menyebabkan ramai keliru dan akhirnya menimbulkan salah faham sehingga ada yang berani naik tangan mengasari penjawat awam ini tanpa usul periksa.

Dalam kes sebegini, mana-mana individu yang didapati menganggu dan mencederakan penjawat awam sama sekali boleh dipenjara sehingga tiga tahun beserta denda di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan.

Sumber: US daily news

Bagi yang menyebabkan kecederaan serius seperti patah tulang atau membahayakan nyawa penjawat awam yang sedang menjalankan tugas mereka, mereka sama sekali boleh dipenjara hingga tujuh tahun beserta denda di bawah Seksyen 333 Kanun Keseksaan.

Dalam situasi seperti ini, perlu diingat bahawa kekerasan itu bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana sekiranya anda silap langkah, kelak diri sendiri pula yang rugi. 

Jadi, fikir-fikirkanlah.. 

 

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Perkhidmatan Ambulans

Ambulans merupakan satu medium perantara yang digunakan untuk membawa pesakit ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. 

Secara amnya, perkhidmatan ambulans yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah bagi tujuan “Pre-Hospital Care” (PHC) dan “transport team”.

Istilah “transport team” itu merujuk kepada perkhidmatan menghantar pesakit ke hospital yang lain bagi tujuan rawatan lanjut manakala PHC merujuk kepada satu perkhidmatan perubatan kecemasan dalam memberikan rawatan awal kepada mangsa yang di respon daripada panggilan MERS 999. 

Dalam perkhidmatan “transport team”, staff yang terlibat terdiri dari pemandu, Pegawai Perubatan, Jururawat atau Penolong Pegawai Perubatan (PPP) serta Pembantu Perawat Kesihatan (PPK).

Manakala dalam konteks PHC, hanya pemandu, PPP dan PPK sahaja yang akan terlibat dalam merespon kes itu. Manakala jika kekangan terhadap kakitangan, hanya Pemandu dan PPP sahaja yang terlibat.

Jadi, adalah penting untuk orang awam mengetahui fakta mengenai perkhidmatan ambulans yang disediakan KKM bagi mengelak salah faham seperti ini daripada berlaku: 

  1. Perkhidmatan ambulans hanya boleh merespon kes kecemasan sahaja. Kes-kes ringan adalah tidak dibenarkan kecuali atas arahan Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma.
  2. Perkhidmatan ambulans tidak menerima kes penghantaran pesakit daripada rumah ke premis kesihatan (kecuali kecemasan).
  3. Ambulans tidak boleh melanggar lampu isyarat.
  4. Ambulans yang sedang membawa pesakit ke hospital tidak boleh berhenti bagi melakukan proses menyelamat lain (jika dalam perjalanan terdapat kecelakaan lain) namun ia bergantung pada arahan PPP dan tahap kritikal pesakit yang dibawa.
  5. Ambulans tidak boleh membawa jenazah (mayat), jika sudah di sahkan “no sign of life” , jenazah akan di uruskan oleh pihak polis.
  6. Ambulans yang sedang bergerak dengan lampu “hazard” tetapi tidak membunyikan siren menandakan ia sedang membawa pesakit yang tidak kritikal.
  7. Apabila berhadapan dengan ambulans daripada arah hadapan, sila ke kiri bahu jalan bagi memberi laluan kepada ambulans.
  8. Apabila berhadapan dengan ambulans daripada arah belakang, sila ke kanan jalan kerana ambulans akan melalui dari arah kiri bahu jalan (laluan kecemasan) mengikut keadaan semasa.
  9. Apabila sedang menunggu ambulans untuk datang ke lokasi, pastikan anda menunggu di laluan jalan utama bagi memudahkan pasukan PHC mencari kediaman mangsa.
  10. Orang awam dan waris tidak dibenarkan menaiki ambulans bagi menemani pesakit kecuali atas arahan PPP yang mana anda perlu mengisi borang kebenaran.
  11. Jika berlaku kemalangan ke atas ambulans, waris yang tercedara tidak boleh melakukan apa apa tuntutan.
  12. Sekiranya ambulans tidak mencukupi, ambulans pinjaman akan diguna pakai daripada agensi lain dalam membantu merespon kes.
  13. Tidak semua premis kesihatan seperti klinik kesihatan mempunyai perkhidmatan ambulans.
  14. Penghantaran pesakit ke hospital lain (“transport team”) adalah atas arahan dan kebenaran Pengarah Hospital.
  15. Sama seperti kenderaan lain, ambulans juga perlu di selanggara dari masa ke semasa. 
  16. Ambulans KKM perlu berwarna “cream” dan terdapat pelekat KKM, nama hospital/klinik kesihatan.
  17. Semasa musim perayaan ataupun “peak moment” akan ada ambulans yang “standby” di tepi lebuhraya atau kawasan yang kerap berlaku kemalangan
  18. Dalam ambulans dan perjalanan ke premis kesihatan, rawatan kesihatan akan diberi kepada pesakit yang dilakukan oleh PPP. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah apa yang dilakukan oleh pembantu perubatan ini dengan memberhentikan ambulans di tepi jalan untuk memberi rawatan primer dan sekunder kepada mangsa kemalangan, satu tindakan yang salah?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN