Sebut sahaja chef selebriti Chef Wan, semua orang pasti mengenali diri beliau disebabkan kehebatannya dalam bidang masakan tetapi juga kelantangannya mengkritik sesuatu isu yang dilihat salah pada pandangannya.
Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kedudukan kerajaan, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail dilihat semakin aktif menggunakan laman sosialnya terutama Instagram untuk meluahkan isi hatinya.
Jika dahulu beliau kerap kali mengutuk dan menulis panjang lebar mengenai tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta pelakon Ellie Suriaty yang sering turun padang membuat bantahan akibat bengang dengan kerajaan PH.
Kini, timbul pula isu baru yang mana beliau mengeluarkan kenyataan mahu menampar muka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai, Cameron Highland pada Sabtu lalu mengenai isu Felda sehingga mendapat perhatian netizen di media sosial.
Mahu Tampar Kerana Berang Imbuhan Peneroka Felda
Mungkin ada di antara kita mempertikaikan mengapa Chef Wan dilihat begitu berang sekali apabila menyentuh soal Felda sehingga berani mengeluarkan kenyataan mahu menampar bekas Perdana Menteri itu bukan?
Puncanya adalah Chef Wan tidak merestui langkah Felda yang memberi imbuhan kepada peneroka yang dianggap sebagai rasuah.
Sebagai anak yang membesar di Felda, beliau sememangnya tidak boleh menerima langkah agensi kerajaan itu serta kerajaan BN dalam manifesto mereka yang memberi imbuhan sebanyak RM5,000 kepada peneroka Felda sebelum pilihan raya lalu sehingga boleh menyebabkan agensi tersebut jatuh muflis.
Dalam hal ini, rasanya bukan setakat Chef Wan sahaja yang geram serta kecewa dengan kerajaan BN yang boleh membiarkan Felda disalah urus serta dibelenggu hutang yang tinggi oleh bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad malah rakyat juga turut sama menyatakan kekecewaan mereka memandangkan peranan agensi tersebut adalah untuk mengurangkan masalah peneroka yang pada masa ini sangat susah disebabkan harga sawit yang rendah.
Akibat itu, agensi kerajaan itu terpaksa menjual aset mereka termasuk hotel, pangsapuri dan asrama pelajar berjumlah kira-kira RM2.2 bilion untuk mengurangkan hutangnya.
Sudah lah peneroka Felda dihimpit dengan masalah disebabkan harga sawit yang rendah, kemudian timbul pula masalah hutang sehingga mencecah billion ringgit.
Najib Nafi Bantuan Tersebut Sebagai Rasuah
Selepas berbalah mengenai isu tersebut, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya tampil memberi penjelasan bahawa imbuhan tersebut bukanlah rasuah sebaliknya untuk membantu peneroka ketika pentadbiran BN sebelum ini.
Najib mengakui ramai peneroka Felda mengalami masalah kewangan disebabkan pendapatan mereka yang rendah dan dihimpit pula dengan masalah keperitan hidup.
Oleh yang demikian, mana-mana bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan terdahulu bukanlah satu rasuah tetapi adalah untuk membantu kesemua peneroka Felda tanpa mengira parti mana sekalipun.
Jika dilihat sebelum pilihan raya umum yang lalu, lebih 112,000 peneroka Felda di seluruh negara menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan di bawah Manifesto Barisan Nasional (BN).
Antaranya termasuklah pemberian insentif khas RM5,000 kepada setiap peneroka Felda ini.
Chef Wan Mohon Maaf Kerana Terlepas Cakap
Walaupun tidak berpuas hati terhadap bekas Perdana Menteri itu, Chef Wan akhirnya membuat permohonan maaf dan mengaku terlepas cakap berhubung kenyataannya itu.
Dalam kenyataan di Instagram, Chef Wan memohon maaf secara terbuka kepada Najib dan menjelaskan kenyataan yang dibuat itu adalah disebabkan beliau sedang beremosi.
Malah, beliau juga turut sama mengaku silap apabila menyifatkan dirinya seperti dirasuk syaitan dan naik marah sehingga terlepas cakap mahu menampar muka Najib.
KATA ORANG
Bukan Chef Wan sorg jek teringin. Jika aku diberi ruang & peluang... nak jugak merasa. Haha
— Amirul Azhan (@amirulazhan7) January 20, 2019
Sabooor ..Chef Wan, jgn cari pasal nak tampar Najib...disaman nanti
— Ramli Jaafar (@RamliJaafar3) January 20, 2019
Tak perlu nak mintak maaf la chef wan. Politicians ni mmg mintak ditampar pun. Lps tampar najib tlg la tampar LKS & LGE kaki klentong. Lps tu tlg tampar mujahid.. kurang2 3X.. kulit dia tebal. Last sekali tampar diri tu sendiri..
— Glau Rungdafast (@glaurungthe1st) January 21, 2019
layan sikit chef tu @NajibRazak tolong bagi publisiti kat dia macam khalid samad.semua nak menumpang populariti bossku sekarang
— non (@nonnonnonons) January 20, 2019