Heboh baru-baru ini di Thailand apabila seoarang wanita yang dilihat seperti lelaki melahirkan anak di tepi jalan. Difahamkan wanita tersebut bekerja sebagai petugas parkir berpakaian seluar jeans dan t-shirt seolah-olah seperti seorang lelaki. Berdasarkan laporan media tempatan, kejadian tersebut berlaku di wilayah Chumpon, Thailand.

Apa yang mengharukan ialah wanita terbabit bersalin dalam keadaan berdiri, namun orang awam yang ada sewaktu kejadian itu hanya melihat sambil membuat rakaman menggunakan telefon bimbit tanpa memberikan sebarang bantuan.

Sumber: Lobak Merah

Lebih Suka Ambil Gambar Berbanding Membantu

Mujur seorang individu yang menerangkan bahawa mangsa adalah wanita dan harus diberikan bantuan, akhirnya, orang ramai mula membantu.

Yang menjadi kekesalan ialah ketidakwajaran masyarakat yang lebih suka mengambil gambar untuk dimuatnaik ke media sosial berbanding membantu ketika insiden kejadian berlaku.

Paling tidak pun, bantulah mangsa dengan menelefon pihak ambulans untuk dihantar ke hospital yang berdekatan. Trend sebegini bukan perkara baru, malah semakin merebak seolah-olah menjadi barah dalam kalangan masyarakat dunia pada hari ini. 

Sumber: Suara TV

Bersalin Tepi Jalan Sebab Tidak Ditemani Penjaga

Sifat kemanusiaan bukan semata-mata hilang di kalangan masyarakat, tetapi juga oleh pihak hospital.

Berdasarkan laporan dari Suara TV, seorang remaja wanita terpaksa bersalin 30 meter di hadapan hospital kerana pihak hospital tidak membenarkan remaja terbabit bersalin tanpa ditemani penjaga. Kejadian tersebut berlaku di India di Hospital Chandil.

Isu Kemanusiaan Perlu Atasi Isu Anak Luar Nikah

Difahamkan, remaja terbabit mengadakan hubungan sulit bersama teman lelakinya sehingga mengandung. Keengganan teman lelakinya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku, ditambah pula dengan penolakan ibu bapa remaja wanita terbabit menerimanya, menyebabkan remaja wanita terbabit datang ke hospital secara bersendirian.

Sungguhpun mengandung anak luar nikah, tetapi itu bukan isu yang perlu diberi perhatian ketika waktu kecemasan sedang berlaku.

Seorang pegawai perubatan hospital terbabit hadir memberikan bantuan selepas remaja terbabit selamat bersalin. Walaupun pihak hospital telah menjelaskan situasi sebenar kerana kesibukan anggotanya menyambut kelahiran bayi kembar, namun penjelasan tersebut masih tidak memadai bagi menjawab persoalan kenapa remaja terbabit mengambil tindakan bersalin di luar hospital, tetapi tidak di dalam hospital.

Hanya Bertindak Sekiranya Waktu Syif

Insiden sama yang melibatkan hospital turut berlaku di New Zealand.  Menurut mStar, seorang wanita yang dikenali sebagai Jamie terpaksa melahirkan bayinya sendiri dan memegang bayinya yang mati itu selama 25 minit tanpa diberikan rawatan perubatan.

Sumber: Staff.Co

Dikhabarkan pihak Hospital Rotorua menyuruh mangsa pulang kerana tiada kakitangan yang berkelayakan. Apa yang menyedihkan, pekerja di hospital terbabit akan membantu mengikut waktu syif mereka sahaja.

Hal ini menyebabkan Jamie terpaksa bersalin sendirian dengan ditemani ibunya di hospital terbabit. Berdasarkan senario yang berlaku, secara jelas dunia pada hari ini telah hilang kewarasan dan sifat kemanusiaan.

Semua pihak memahami kesibukan seorang doktor serta kakitangan di hospital. Sesiapa yang bekerja di sektor terbabit tentu sudah dilatih untuk menerima sesiapa pun yang menjadi pesakit untuk dibantu walaupun di luar waktu kerja.  

Peristiwa-peristiwa yang berlaku tersebut merupakan persitiwa yang sangat menyedihkan dan di luar norma kemanusiaan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah nilai kemanusiaan masih ada pada hari ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN