Sumber: Sir MNM

Setelah tiga tahun diharamkan penggunaanya di Malaysia, nampaknya usaha untuk memperkenalkan semula aplikasi ‘e-hailing’ atau seru-pandu menggunakan motosikal sedang dalam penelitian.

Ketika ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang mendapatkan respon dari rakyat Malaysia dalam usaha memperkenalkan aplikasi tersebut.

Membuka Ratusan Ribu Pekerjaan

Langkah ini dilakukan selepas melihat ratusan ribu pekerjaan baru berjaya dicipta kurang setahun diperkenalkan di negara Singapura dan Thailand. Sekiranya ia berjaya direalisasikan, golongan yang menaiki motosikal mampu menambah pendapatan sampingan mereka, dalam masa yang sama membuka pekerjaan-pekerjaan baru yang seterusnya dapat atasi masalah pengangguran.

Sumber: Elogistik.id

Menerusi makanlena.com, pada November 2017, Nabil Faizal Bamadhaj telah menjadi pengasas aplikasi seru-pandu Dego Ride bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam teksi bermotosikal di sekitar Lembah Klang.

Malaysia Pernah Cipta Tapi Diharamkan Kerajaan

Pengenalan aplikasi tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan pengguna. Namun begitu, Dego Ride diarahkan untuk dihentikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berikutan kementerian tidak mengeluarkan sebarang permit ataupun lesen untuk penunggang motosikal membawa penumpang awam di negara ini.

Sumber: World Of Buzz

Dalam masa yang sama, Menteri Pengangkutan pada waktu itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementeriannya akan mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik Dego Ride sekiranya meneruskan perkhidmatan tersebut kerana melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Indonesia Negara Pengasas

Indonesia merupakan negara pertama yang telah memperkenalkan perkhidmatan seru-pandu di Asia Tenggara pada tahun 2010. Berdasarkan laporan Berita Harian, Go-Jek merupakan syarikat rangkaian pengangkutan dan permulaan logistik yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi tersebut.

Sumber: Ri-Techno

Go-Jek bukan sahaja berperanan membawa penumpang, dalam masa yang sama memberikan perkhidmatan pembayaran bil, penghantaran makanan serta pembelian barangan dapur.

Berdasarkan undian di laman twitter miliknya, sebanyak 88 peratus menyatakan persetujuan pengenalan perkhidmatan tersebut di Malaysia. Manakala 12 peratus lagi menentang.  

Sumber: Twitter Syed Saddiq

Dijangka, beberapa undang-undang khas akan digubal oleh Kementerian Pengangkutan bagi memastikan perkhidmatan tersebut dapat dilaksanakan secara sah di sisi undang-undang. Dalam masa yang sama terdapat kebimbangan mengenai perkhidmatan ini memandangkan kadar kematian melibatkan penunggang motosikal meningkat saban tahun.

Jika Dibenarkan Siapa Yang Akan Uruskan?

Sekiranya perkhidmatan seru-pandu motosikal akan dibenarkan di negara ini siapakah yang akan memulakan perkhidmatan tersebut? Adakah Dego Ride yang pernah diilhamkan oleh anak tempatan atau meminta perkhidmatan Go-Jek dari Indonesia? Ini memandangkan desas-desus untuk membawa Go-Jek ke Malaysia telah bermula pada Mei yang lalu.

Memetik artikel Gempak.com, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Go-Jek akan berada di pasaran Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan sama. Namun begitu, ia masih di peringkat perbincangan.

Sumber: Free Malaysia Today

Sehingga hari ini tidak dapat dipastikan perkembangannya. Namun begitu adalah diharapkan agar pihak kerajaan memberi peluang kepada anak tempatan untuk memulakan langkah yang pernah diharamkan pada satu ketika dahulu.

Tidak salah belajar daripada syarikat terkemuka Indonesia tersebut, namun begitu, memperkenalkan aplikasi Indonesia secara sepenuhnya akan meminggirkan kemampuan rakyat tempatan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju sekiranya perkhidmatan seru-pandu diperkenalkan di Malaysia?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN