Kecoh di portal hiburan mengenai sikap suami kepada pelakon, Siti Saleha iaitu Ahmad Lutfi yang berang dengan tindakan seorang tukang masak di sebuah restoran.

Difahamkan, Lutfi berada di sebuah restoran untuk berbuka puasa bersama isterinya itu. Namun, berlaku kejadian yang menyebabkan Lutfi bengang dengan tindakan tukang masak berkenaan.

Potong Barisan Punca Berang

Menurut laporan berkenaan, Lutfi berang dek kerana tukang masak berkenaan sewenang-wenangnya memberikan juadah apam balik kepada tetamu yang memotong barisan, sedangkan suami Saleha sudah beratur lama untuk mendapatkan juadah berkenaan.

Sumber:Astro Gempak

Ini adalah sikap yang tidak sepatutnya diamalkan oleh masyarakat kita pada hari ini. Kalau ya pun lapar sangat, bersabarlah sedikit. Beratur seperti orang lain dan ikut tatatertib yang baik.

Tindakan Lutfi itu mengundang rasa kurang selesa tetamu lain apabila dikatakan mengherdik tukang masak berkenaan dihadapan orang ramai yang disifatkan sebagai berat sebelah ataupun tidak peka dengan tetamu yang sudah lama beratur.

Tunjuk Lagak

Mengenai insiden berkenaan, rata-rata orang ramai yang berada di tempat kejadian menyatakan Lutfi menunjukkan lagak didepan pekerja restoran berkenaan.

Sumber:Resepi Viral

Mereka merasakan tindakan Lutfi itu tidak wajar kerana sekeping apam balik dia sanggup mengherdik tukang masak berkenaan.

Sepatutnya Lutfi boleh cakap baik-baik kepada tukang masak berkenaan kerana dia tidak sepatutnya memberikan apam balik kepada tetamu yang memotong barisan.

Dan sepatutnya yang perlu diherdik adalah tetamu yang kurang ajar itu yang tidak tahu malu memotong barisan.

Difahamkan kejadian itu berlaku sekitar jam 8 malam dan hidangan itu kebarangkalian menjadi juadah pertama Lufti berbuka puasa.

Calarkan Imej Saleha

Ada antara mereka menyifatkan tindakan Lutfi itu telah mencemarkan imej isterinya sebagai pelakon yang dikenali ramai. Sepatutnya Lutfi menjaga air muka Saleha dan tidak bertindak demikian.

Sumber:RotiKaya

Kerana sikap suami, isteri mendapat tempiasnya. Mungkin Lutfi perlu jaga adab ditempat orang ramai walaupun ada orang yang menyakitkan hati seperti memotong barisan atau apa sahaja yang berlaku.

Umum tahu Saleha seorang artis yang selama ini bersih daripada sebarang gosip liar. Namanya pun tidak pernah terpalit dengan kontroversi-kontroversi yang ada dalam dunia hiburan Malaysia.

Ramai Juga Sokong Tindakan Lutfi

Bagaimanapun, ada juga yang memahami situasi Lutfi apabila berlaku situasi sedemikian dalam keadaan yang tenang seperti mengejar waktu berbuka puasa.

Siapa yang tidak marah kalau ada orang yang bersikap biadap memotong barisan. Kalau kita lihat dalam masyarakat kita kejadian seperti ini banyak berlaku cuma tidak dihebahkan kerana orang biasa-biasa sahaja dan tidak dikenali.

Apa-apa pun, semoga perselisihan faham ini diselesaikan dengan cara baik.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa patut sikap suami Siti Saleha begitu?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN