Baru sahaja hari pertama perbicaraan, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi dikatakan cuba menangguhkan perbicaraannya dengan menfailkan notis usul terhadap tuduhannya ke atas kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.Â
Semalam, bekas Perdana Menteri itu hadir ke Mahkamah Jalan Duta bagi menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram milik SRC International Sdn Bhd yang berjumlah RM42 juta.
Namun, pada saat-saat akhir, pihak pembelaan menfailkan notis usul kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.Â
Tindakan itu bagaimanapun telah mengundang reaksi Peguam Negara Tommy Thomas yang menyifatkannya sebagai satu usaha untuk melengahkan perbicaraan.
Benarkah begitu?Â
Â
Tommy Dedah Najib Guna Pelbagai Cara Lengahkan Perbicaraan
Jika sebelum ini, perbicaraan Najib terpaksa ditangguhkan hanya disebabkan tangan kiri peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah patah selepas bermain dengan anjing.Â
Kini, apa pula alasannya?Â
Menurut apa yang diperkatakan Tommy, tindakan Najib itu jelas sekali memperlihatkan satu cubaan untuk melengah-lengahkan kes.
Mana tidaknya, sebelum ini, kedua-dua belah pihak (pendakwaan dan pembelaan) sudah bersetuju dan tidak pernah bertelagah untuk membicarakan kes tersebut di mahkamah.
Tetapi pada saat akhir, ada sahaja isu yang dibangkitkan pihak pembelaan untuk melewat-lewatkan perbicaraan pada setiap peringkat.
Alasan tersebut diperkukuhkan lagi dengan usul sebelum ini yang mana Najib merayu keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mendapatkan perintah larangan tehadap media dan orang ramai daripada membincangkan dan menerbitkan kenyataan mengenai merit kes SRC International dihadapinya.
Bukan itu sahaja, beliau turut merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk mendapatkan beberapa dokumen mengenai kes itu, rayuan terhadap pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah untuk mengetuai pendakwaan serta rayuan mengenai sijil pindahan kes daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi oleh pendakwaan.
Diikuti pula dengan alasan anjing…
Sekiranya alasan demi alasan diberikan, sampai pilihan raya akan datang pun, kes ini tidak akan selesai!
Â
Shafee Nafi Dakwaan Tersebut
Biarpun kenyataan Tommy itu dipersetujui ramai pihak namun Shafee menafikan dakwaan yang diperkatakan itu.
Katanya, notis usul yang dibuat semalam adalah kerana pertuduhan yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri itu tidak sempurna memandangkan ucapan pembukaan pendakwaan Tommy tidak mengikuti prosedur di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC).
Jelasnya lagi, ketika perbicaraan bermula, Tommy dilihat lebih kepada membaca kembali pendakwaan yang tidak lebih dari ucapan politik.
Jadi, disebabkan itu, pihaknya bertegas untuk menfailkan notis usul berkenaan.
Boleh terimakah alasan sebegini?Â
Â
Cubaan Untuk Ubah Persepsi Dan Raih Simpati Masyarakat?
Walaupun Shafee menafikan dakwaan tersebut, namun tindakan yang dilakukan mereka ketika ini tidak memungkinkan salah satu cubaan untuk mengubah persepsi dalam masa yang sama meraih simpati masyarakat.
Jadi, daripada isu anjing sehingga ke isu ucapan yang dijadikan ‘modal’ untuk melambatkan kes, cara sebegitu tidak ubah seperti mahu meraih simpati daripada masyarakat.
Sampai bila mahu meraih simpati masyarakat. Sekiranya benar tidak bersalah, buktikan perkara yang betul dan mengapa harus melengah-lengahkan kes dengan pelbagai alasan?Â
Dan jika tidak terbukti bersalah, mengapa harus takut?
Apa-apa pun rakyat tetap berharap supaya kes ini tidak diselindungkan lagi pada 15 April dengan pelbagai jenis alasan yang memuakkan.Â
KATA ORANG
Perbuatan sengaja melengah-lengahkan perbicaraan ini semakin menjadi-jadi dalam kes Najib Razak. Adakah badan kehakiman akan menari mengikut rentak tipu helah Najib dan peguamnya? @chedetofficial @anwaribrahim pic.twitter.com/q7nTS9p16t
— Rusty Blade (@PisauKarat) March 12, 2019
bosskur daa goyang leww tueeww 🤧🥵
— Shayzrul Shah 🛫💕 (@ShayzrulS) March 18, 2019
aikk Pahlawan Bugis @NajibRazak takut ke nak lawan bicara kat Mahkamah? awat takut? Kan kata tak ngaku salah curi duit rakyat 2.6 bilion masuk akaun. So buktikan la kt rakyat sbb kami nK tgk bukti to pulak ckp x salah kan @chedetofficial @anwaribrahim @Khairykj @ahmadmaslan
— planetselebriti (@AzwanAliHaktuih) March 18, 2019
Ramai kot yang cakap macam tu. Kalau Najib yakin tak bersalah dan pembelaan pun yakin boleh menang, kenapa nak lengahkan trial?
— ⚪ (@dloptre) April 3, 2019
Patutnya minta cepatkan trial. Bentang bukti semua depan hakim, menang case, settle terus. Tak payah fikir nak pusing².