Keris bukanlah sekadar besi tetapi ia juga memiliki jiwa, karakter serta falsafahnya tersendiri. Bermula dari proses pembuatannya sehinggalah kepada pemilikan, keris yang juga lahir dari alam Melayu Nusantara yang memiliki keunikan dan penuh misteri.

sumber: tokopedia

Keris memiliki harga yang sangat tinggi dalam dunia Melayu dan Nusantara dan makna sebilah keris terletak pada pemikiran, fasafah dan nilai kepercayaan yang ada pada keris tersebut.

Dalam setiap penciptaan keris, ada tiga perkara yang diterapkan iaitu falsafah, adab dan rahsia. Walaupun begitu, falsafah keris dicipta walaupun bukan niat untuk membunuh, tetapi keris tetap sebagai senjata.

 

Keris Mampu Berdiri Sebab…

Pasti anda pernah terlihat atau menonton di media sosial mahupun menyaksikan secara dekat aksi keris berdiri ini. 

sumber: tokopedia

Perasaan tidak percaya dengan apa yang dilihat timbul kerana bagaimana keris yang mempunyai bahagian hulu yang lebih berat berbanding bilahnya mampu berdiri?

Sejak dari dahulu lagi, ramai yang mengaitkan perkara ini dengan unsur mistik di mana keris yang mampu berdiri disebabkan adanya khadam atau jin yang dimasukkan ke dalam keris.

Tetapi pada hakikatnya keris yang mampu berdiri ini adalah disebabkan oleh empu atau tukang besi mempunyai kepakaran yang tinggi serta ketelitian dalam menghasilkan keris.

Disebabkan faktor ini, sebilah keris yang dihasilkan mempunyai titik keseimbangan yang sangat sempurna sehingga mampu menjadikannya boleh berdiri tegak.

Bukan keris sahaja, parang dan senjata besi yang lain juga dapat ditegakkan sekiranya cara pembuatannya betul dan tidak mengalami sebarang kecacatan semasa proses tempaan senjata dilakukan dan bergantung kepada kemahiran.

sumber: singhasariresidence.wordpress

Namun tidak juga dinafikan keris juga mempunyai kuasa kekebalan disebabkan jin yang dimasukkan ke dalam keris berkenaan yang bertujuan untuk menjaga keselamatan termasuk ketika berlawan dengan musuh pada zaman dahulu.

 

Perbezaan Falsafah Orang Jawa Dan Orang Melayu

Terdapat perbezaan falsafah dalam gaya dan cara pemakaian keris antara orang Melayu dan juga orang Jawa. Orang Melayu sentiasa mensisipkan keris dipinggang, iaitu di bahagian hadapan badan dengan menaruhkan harapan dan ketuahan kepada keris lebih utama daripada diri mereka sendiri.

sumber: pinterest

Apabila dipandang dari hadapan, musuh atau pihak lawan sudah beranggapan bahawa si pemakai keris sudah siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Manakala bagi orang Jawa pula, keris disisipkan dibahagian belakang badan mereka dengan tujuan untuk sentiasa berjaga-jaga. Keris yang disembunyikan dibelakang badan juga bertujuan untuk mengelirukan pihak lawan ataupun musuh.

sumber: blog angah sunan

Meskipun begitu, terdapat persamaan falsafah di antara orang Melayu dan orang Jawa dalam menentukan kedudukan hulu keris semasa disisipkan di pinggang.

Apabila hulu keris dihadapkan ke arah badan, iaitu sama ada di bahagian hadapan ataupun di belakang si pemakai, ia membawa maksud ‘aku datang dengan aman’ dan sekiranya hulu keris dihadapkan keluar, ia merupakan tanda amaran kepada musuh dan membawa maksud ‘aku siap untuk bertarung’.

Keris merupakan warisan atau lambang keberanian serta perjuangan orang Melayu yang perlu dijaga untuk tatapan anak cucu kita nanti. Namun, apa jua tanggapan kita terhadap fenomena keris berdiri ini, janganlah kita terlalu taksub sehingga mensyirikkan Allah. 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda mengamalkan budaya tiup lilin diatas kek semasa hari jadi?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN