Tahun lalu, isu mengenai penggunaan ganja telah mencetuskan polemik berikutan seorang pengamal perubatan alternatif, Muhammad Lukman Mohamad dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan memiliki, memproses dan mengedarkan minyak diperbuat daripada ganja atau kanabis bagi tujuan perubatan.

Sumber: iluminasi.com

Bila bercakap mengenai ganja, mungkin ramai di antara kita yang membuat tafsiran bahawa ganja tidak berbahaya untuk kesihatan dan memberikan manfaat dalam bidang perubatan.

Sebaliknya, ada juga yang beranggapan bahawa ganja tidak baik untuk kesihatan dan perlu diharamkan memandangkan ia sejenis dadah yang boleh memberi kesan buruk terhadap diri seseorang itu.

Sumber: The Economist

Sehinggakan penanamannya diharamkan di negara ini walaupun beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

Mana satu yang betul ini, adakah penggunaan ganja dilihat mampu untuk merawat penyakit kanser mahupun penyakit lain atau sebaliknya?

 

Tidak Ada Bukti Kukuh Ganja Mampu Rawat Penyakit

Bagi menjawab segala persoalan beberapa pihak yang mendesak supaya kerajaan membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Beliau mengatakan bahawa ganja sememangnya tidak boleh digunakan dalam bidang perubatan sebagai ubat rawatan untuk merawat penyakit.

Sumber: OhBulan

Malah, penggunaan ganja juga tidak diiktiraf sebagai ubat untuk merawat kanser atau pelbagai penyakit lain.

Walaupun kita tahu bahawa ganja tidak termasuk di dalam dadah jenis sintetik disebabkan ianya berasal daripada tumbuhan namun sehingga ke hari ini, tidak ada bukti kukuh mengatakan bahawa ganja boleh merawat penyakit.

 

Tidak Boleh Digunakan Untuk Rawatan Alternatif

Melihat kepada kes Muhammad Lukman, walaupun beliau tidak mempunyai niat untuk mengedar dadah dan hanya mahu membantu pesakit yang mendapatkan rawatan dengan tetrahydrocannabinol (THC atau bahan aktif dalam ganja), namun ia tetap menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: WORLD OF BUZZ

Dalam peruntukan undang-undang tersebut, mana-mana individu yang ditangkap memiliki 200 gram dadah atau lebih boleh dituduh melakukan pengedaran dadah yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Walaupun ganja tidak boleh digunakan dalam perubatan, namun minyak kanabisnya dibenarkan untuk tujuan penyelidikan sahaja.

Tetapi bukan untuk tujuan rawatan alternatif kepada pesakit walaupun tumbuhan tersebut mempunyai banyak kelebihan termasuk 36 elemen dalam perubatan kanser.

 

Kesan Pengambilan Ganja

Sumber: Hello Doktor

Walaupun ganja tidak tergolong sebagai dadah sintetik namun sekiranya ia diambil, seseorang itu akan menjadi kuat makan dan kerap kali berkhayal.

Apa yang merisaukan, sekiranya ganja ini diambil dalam jangka masa panjang ia boleh menggugat kesihatan seseorang individu tersebut.

Sumber: Astro Awani

Lain pula dengan dadah jenis sintetik yang telah diubah suai, ianya akan memberi kesan ketagihan yang jauh lebih kuat sehingga boleh mengakibatkan kerosakan otak ke atas penagih.

Berbanding pula dengan ganja, penagih akan menjadi seorang yang kuat makan dan selalu berkhayal tetapi jika diambil pada jangka masa panjang, ia juga boleh mengundang kemudaratan kepada kesihatan penagih itu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah kerajaan perlu mengkaji dan membenarkan penggunaan ganja di negara ini dalam bidang perubatan sepertimana yang telah dilakukan oleh beberapa negara lain?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN