Masyarakat Orang Asli di Malaysia yang terdiri daripada 18 suku kaum semestinya sangat unik kerana setiap suku mempunyai bahasa dan budaya yang berbeza-beza.

Orang Asli di Malaysia dipecahkan kepada tiga kumpulan utama iaitu Melayu Proto, Senoi dan Negrito serta terdapat enam suku Orang Asli bagi setiap kumpulan utama.

Tetapi pada akhir-akhir ini telah timbul kebimbangan di mana bahasa Orang Asli ini terancam dan menghampiri kepada kepupusan.  

 

Bahasa Orang Asli Terancam?

Suku kaum Semai merupakan kumpulan yang terbesar dengan jumlah lebih daripada 50,000 orang manakala suku yang paling sedikit ialah Kensiu, Kintak, Lanoh, Mendriq , Che Wong dan Kanaq yang kurang daripada 1,000 orang.

sumber: The Star

Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM), Bah Tony berkata, suku kaum tersebut akan mengambil langkah tersendiri dalam memelihara bahasa mereka daripada pupus.

Masyarakat Orang Asli ini sering mengalami kesukaran dalam memelihara identiti mereka kerana dipaksa untuk berpindah ke kawasan yang telah ditetapkan.

Tony menambah lagi, masalah akan muncul apabila pihak kerajaan mula memindah dan mengumpul semula mereka dan merasakan Orang Asli sebagai satu kumpulan yang sama.  

 

Mengapa Bahasa Boleh Pupus?

Proses kepupusan bahasa ini akan berlaku selepas sesuatu bahasa itu hanya dituturkan oleh beberapa orang yang sudah lanjut usia serta generasi baharu tidak lagi mahu mempelajari dan mewarisi bahasa kaumnya.

sumber: JAKOA

Mereka akan memilih bahasa utama negaranya yang menjadi bahasa perantaraan, mungkin bahasa itu bertaraf bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara dan juga bahasa pendidikan.

Dalam jurnal bahasa, kajian David Crystal terjemahan oleh Azizah Md. Hussin “Mengapa Bahasa Mati’ menyatakan bahasa boleh mati disebabkan keghairahan semasa tentang penggunaan bahasa Inggeris secara global, asimilasi global dan juga penjajahan budaya, namun sikap masyarakat penutur terhadap bahasa mereka sendiri menyebabkan kematian bahasa.

Suatu bahasa akan mati jika penutur jati bahasa berkenaan sudah tidak lagi wujud dan ancaman ini sering berlaku kepada bahasa minoriti.  

 

Usaha Pengekalan Budaya Dan Bahasa

Masyarakat yang prihatin terhadap bahasa yang hampir pupus, sudah semestiya mahu sesuatu tindakan diambil. Berikut merupakan antara usaha yang dibuat demi memelihara budaya dan juga bahasa sesuatu masyarakat.

  1. Pendidikan

Bah Tony berkata, lebih ramai anak Orang Asli yang mendapat pendidikan, sudah menjadi tanggungjawab sekolah dalam memastikan bahasa mereka terus terpelihara.

sumber: mStar

Tambahnya, bahasa seperti Temiar dan Semai diajar di sekolah yang majoritinya pelajar Orang Asli tetapi mengalami kesukaran kerana kekurangan tenaga .

Tetapi masih ramai lagi yang tidak mendapat pendidikan formal dan tidak bersekolah. Adakah ini kerana tiada sekolah diwujudkan untuk mereka?

Hal ini disebabkan segelintir ibu bapa tidak membenarkan anak mereka bersekolah kerana jarak antara sekolah dengan kampung mereka yang jauh menyebabkan anak-anak mereka perlu tinggal di asrama.

sumber: FMT

Walaupun pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menyediakan kenderaan untuk mengangkut murid ke sekolah pada setiap seminggu sekali, tetapi ibu bapa tidak mahu juga membenarkan anak mereka tinggal di asrama kerana beranggapan anak mereka tidak pandai menguruskan diri sendiri di asrama.  

 

 

 

2. Penerbitan Kamus Bahasa

Pihak JAKOA menghasilkan kamus daripada 18 bahasa dengan kerjasama Dewan Bahasa untuk memastikan bahasa dan juga budaya Orang Asli ini terus terpelihara. Tetapi sejauh mana keberhasilan kamus tersebut dalam memelihara bahasa dan budaya ini?

Bagi penyelidik dan juga aktivis mengenai Orang Asli, Colin Nicholas berpendapat keberlangsungan budaya komuniti itu lebih penting berbanding menerbitkan kamus bahasa.

Bagi Colin, selagi masyarakat ini berada di bawah pemilikan dan kawalan tanah adat mereka, budaya dan keberlangsungan kaum mereka akan terjamin dan dengan cara ini bahasa, budaya Orang Asli dapat bertahan.  

 

3- Melalui Perkahwinan

Demi memastikan pengekalan budaya dan bahasa bagi golongan minoriti ini ialah dengan ikatan perkahwinan.

sumber: berita harian

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) antara pihak yang komited dalam menjaga masyarakat Orang Asli dengan menganjurkan program Nikah Perdana pada setiap tahun di perkampungan Orang Asli.

Kini, mereka (Orang Asli) sudah tidak berkahwin sesama suku dan lebih terbuka untuk berkahwinan dengan suku yang lain. Hal ini sedikit sebanyak membantu mengekalkan budaya serta bahasa untuk generasi yang akan datang.

 

 

Antara Bahasa-Bahasa Yang Hampir Pupus Di Dunia

-Ainu

sumber: towncryyers

-Apiaka

sumber: haikudeck

-Chamicuro

sumber: lastspeakers

-Dusner

sumber: the funny beaver

-Kaixana

sumber: pikroll

-Lemerig

sumber: pinterest

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah perlu pihak JAKOA melantik guru bahasa daripada setiap masyarakat Orang Asli untuk memastikan pengekalan bahasa itu berterusan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN