Apabila seseorang itu menjadi ‘public figure’ atau orang yang dikenali masyarakat, pastinya setiap tingkah laku dan percakapan mereka akan diteliti oleh masyarakat atau lebih tepat lagi warganet.

Hari ini, kita lihat segelintir warganet di media sosial suka bertindak mengecam artis di laman sosial mereka tanpa memikirkan perasaan artis berkenaan.

Lebih teruk apabila artis sering dilabel jahat dan bawa pengaruh buruk tanpa melihat sisi baik mereka. Warganet hanya ingin tahu tentang ‘cerita sampah’ artis dan tidak

Sumber:OhBulan

peduli tentang perkembangan dalam karier mereka sebagai anak seni.

Itulah juga yang berlaku kepada pelakon filem Paskal, Hairul Azreen yang telah membuat naik satu video di laman Twitternya, yang telah mengundang ketidakpuasan hati warganet.

 

Nak Buat Anak Ketiga

Menerusi video tersebut, Hairul berpesan kepada isterinya, Hanis Zalikha supaya menjaga diri serta anak sementara dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran.

Di akhir video tersebut, Hairul turut menyatakan hasrat untuk menambah anak ketiga.

Bagaimanapun, warga Twitter rata-ratanya beranggapan ianya agak kurang sopan untuk dikongsikan.

Ada Dakwa Tak Hormat Maruah Isteri

Wargenet nampaknya masih tidak berpuas hati dengan video ucapan yang diberikan Hairul kepada Hanis, mereka merasakan tindakan Hairul tidak menghormati maruah isterinya yang kini sarat mengandung anak kedua mereka.

Sumber:www.rotikaya.com

Mereka tidak menolak ucapan itu, namun biuarlah ia diberikan secara terus kepada isterinya tanpa diumumkan di kalayak umum. Ia sangat memalukan bagi isetrinya.

Pelik betul lah warganet hari ini, urusan rumahtangga orang sibuk dicanang sana sini. Mungkin Hairul sekadar bergurau dengan isterinya.

Isterinya tidak melenting, warganet pula yang terasa panas.

Tak Ada Salah Bergurau Begitu

Bagaimanapun, ada juga warganet yang terhibur dengan kenyataan Hairul itu dan menganggapnya sebagai guarauan terhadap isterinya. Tambahan pula, dia kini sedang menjalankan satu pengambaran jauh dari isteri dan anaknya.

Sumber:Baituljannah.com

Video itu mungkin dapat menceriakan isteri dan anaknya yang merinduinya. Tak salah pun nak bergurau begitu.

Masih ramai suami yang bergurau nak tambahan anak dan itu bukan satu perkara yang mengaibkan pun. Ada-ada sahajalah wargenat ini. Yang komen pun masih bujang lagi, budak-budak pula tu.

Tak salah menegur tetapi tidak perlulah keterlaluan ya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah warganet mengkritik Hairul berkenaan video untuk isterinya itu?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN