Sumber: Twitter Muhammad Farizal

Kecantikan, keindahan dan keunikan pantai di Seberang Takir pastinya menjadi bualan ramai. Dengan berlatar belakangkan pemandangan Jambatan Drawbridge, pantai ini mampu menarik perhatian umum khususnya rakyat Malaysia.

Masakan tidak, panorama pemandangan yang dikongsi di media sosial menggamit minat ramai pihak memandangkan pemandangan di situ seolah-olah seperti berada di luar negara. Namun begitu, kawasan tersebut masih belum dirasmikan kepada orang awam.

Peniaga Mula Dirikan Tapak Niaga

Apa yang dikesali, keindahan panorama di pesisiran pantai dicemari dengan imej buruk peniaga. Mereka berkelakuan tidak beradab dengan mendirikan bangunan niaga sesuka hati tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan. Tindakan mereka telah menyebabkan pemandangan pantai tersebut terjejas.

Sumber: Ohbulan

Bukan itu sahaja, peniaga menjadikan laluan berbasikal dan pejalan kaki sebagai tapak niaga mereka dengan mendirikan khemah niaga. Jelas tindakan ini menghalang laluan khas yang disediakan bagi pejalan kaki dan berbasikal di sepanjang pesisir pantai.

Beri Imej Buruk Kepada Pelancong

Perkara ini tidak sewajarnya dilakukan. Bukan setakat mencacatkan pemandangan, dalam masa yang sama memberikan imej buruk peniaga tempatan kepada pelancong asing seolah-olah golongan peniaga tidak terikat dengan peraturan dan bebas berniaga di mana-mana.

Malah, ia turut dikecam oleh warga maya. Ada yang berpendapat golongan peniaga suka mengambil kesempatan dengan berniaga secara haram. Ini kerana sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan, sentimen perkauman akan dimainkan.

Perkara ini bukan perkara baru, malah kerap berlaku di kawasan-kawasan lain. Melihat sesuatu kawasan berpotensi untuk menjana keuntungan maka berjaja secara haram dilakukan. Yang pasti, sentimen perkauman sempit yang dimainkan peniaga akan menjadi senjata utama dalam meraih simpati ramai pihak, meskipun mereka tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sumber: Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus

Taktik Peniaga Untuk Dapatkan Premis

Dalam masa yang sama, ia juga merupakan taktik peniaga dalam usaha mendapatkan perhatian pihak berkuasa. Ini kerana, sekiranya konflik mula timbul, mereka mengharapkan agar nama mereka tersenarai dalam senarai awal mendapatkan premis perniagaan yang sah. Yang pasti, perkara ini perlu dikekang sebaik mungkin.

Berdasarkan gambar yang diterima, Pihak penguatkuasa Jabatan Daerah dan Tanah Kuala Nerus bertindak pantas dengan mengeluarkan notis amaran kepada para penjaja untuk mengosongkan tanah kerajaan yang telah diceroboh. Sekiranya tidak pihak penguatkuasa akan mengambil tindakan kepada sesiapa yang ingkar.

Sumber: Pejabat Tanah Daerah Kuala Nerus

Sikap Proaktif Pihak Penguatkuasa

Tindakan yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa tepat pada masanya. Sekiranya lewat, maka kita akan melihat akan ada bangunan yang didirikan, kawasan yang disimen, dikorek, dipagar yang pasti menyakitkan mata memandang. Ditambah pula dengan sampah sarap yang dibuang para peniaga.

Bagi para peniaga, anda bukan tidak boleh berniaga, apa pun perniagaan yang ingin dijalankan, perlulah melalui peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Jangan kita mengambil jalan yang singkat untuk menjana keuntungan yang tidak berkekalan. Sekiranya barang dirampas, hilang sudah hasil pencarian. Sudahlah hilang hasil pencarian dikenakan pula kompaun yang perlu dijelaskan.  

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda mengenai isu peniaga tempatan?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN