Sumber:Kosmo

Tidak sampai sebulan penyanyi Bella Astillah bercerai dengan Aliff Aziz, ramai pula netizen yang tidak puas hati dengan Bella kerana didakwa tidak menjaga iddah selepas bercerai dengan bekas suaminya itu pada 16 Mei lalu.

Rata-rata netizen mahu Bella menghormati tempoh iddah selama tiga bulan yang ditanggungnya itu.

Perlu Bekerja Demi Anak

Kata Bella, dia terpaksa bekerja demi menyara anaknya, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Sumber:buzzkini.com

Kehidupannya kini sebagai ibu tunggal bukan mudah kerana terpaksa menyara anaknya sendirian.

Katanya, netizen hanya pandai bercakap dan melihat tanpa memahami apa yang terpaksa ditanggungnya. Dia tidak boleh duduk berdiam diri tunggu duit jatuh begitu sahaja. Dia perlu bekerja untuk membeli keperluan anaknya itu, terutama susu dan lampin anaknya.

Soalnya kepada netizen, jika dia berkabung selama tempoh iddah itu, adakah orang akan hulurkan bantuan kepadanya? Kalau tidak ada, baik netizen diam sahaja.

Tidak Adil Jika Langgar Kontrak

Mengulas lanjut, Bella juga berkata kontrak yang ditandatangani bersama usahawan di Instagram membuatkan dirinya terpaksa juga bekerja mempromosi produk mereka.

Sumber: IG Bella Astillah

Katanya, alasan bercerai bukan sebab utama untuk dia harus berhenti kerja dan melanggar kontrak yang sudah ditandantanganinya itu.

Prinsipnya adalah mudah, jika sudah berjanji dengan seseorang harus tunaikan dan tidak adil jika Bella berhenti bekerja.

Apa Maksud Iddah?

Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya.

Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya.

Sumber:Smart Legal ID

Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya.

Iddah sebenarnya mempunyai hikmah yang besar kepada perempuan dan lelaki. Walaupun dalam tempoh iddah ini, perempuan dilarang berkahwin lain dan dia juga dikenakan beberapa peraturan lain, iddah sebenarnya memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Hak-Hak Isteri Yang Diceraikan

Isteri yang berada dalam iddah Raj’ie berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal selama tempoh iddah.

Iddah Raj’ie iaitu iddah yang membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya. Ia hanya untuk talak satu dan talak dua sahaja.

Manakala Isteri yang berada dalam iddah Bain ( iddah yang tidak membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya melainkan dengan akaq nikah yang baru) adalah seperti berikut :

1) Isteri yang tidak hamil hanya berhak mendapat tempat tinggal

2) Isteri yang hamil berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah

3) Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal sebagaimana semasa kematian suaminya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah tindakan Bella bekerja semasa iddah ini salah?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN