Bayangkan tinggal di sebuah rumah yang mempunyai sejarah silam yang menakutkan, sering diganggu oleh makhluk halus dan sebagainya.

Siapa yang sanggup hidup dalam ketakutan setiap hari? Umpama hidup di alam mistik dan menyeramkan.

Lain pula bagi sepasang suami isteri dari Mexico, Cory dan Jennifer Heinzen yang sanggup membeli rumah ladang yang menjadi lokasi penggambaran filem seram The Conjuring di Rhode Island, Amerika Syarikat.

Sering Diganggu

Pasangan berkenaan yang juga merupakan penyelidik paranormal sejak 10 tahun lalu bagaimanapun masih enggan meninggalkan rumah itu yang dibeli mereka pada Jun lalu.

Mereka mengakui mengalami gangguan misteri dan kejadian aneh selepas membeli rumah ladang tersebut.

Sumber:I Am Lejen

Hampir dua bulan menetap di rumah itu, Cory mengakui berdepan gangguan misteri dan keadaan mulai seram.

Tambahnya, mereka pernah terdengar bunyi suara-suara pelik, hentakan kaki dan ketukan di sekitar rumah selain daun pintu terbuka dan tertutup dengan sendirinya.

Mungkin bagi mereka ini cabaran buat paranormal yang ingin menjalakan kajian tentang keseraman rumah ladang berkenaan, tetapi tidak untuk orang lain.

Akan Buka Kepada Orang Ramai Dan Ahli Paranormal

Sementara itu, Jennifer tetap optimis tentang projek mereka untuk membuka rumah mereka kepada penggemar paranormal.

Sumber:I Am Lejen

Walaupun agak menakutkan sebenarnya tinggal di rumah ini kerana banyak perkara yang berlaku, namun ia tetap selesa bagi pasangan tersebut.

Mereka dikatakan merancang untuk melestarikan sejarah rumah ini sebelum membukanya kepada pengunjung dan penyelidik paranormal hujung tahun ini.

Strategi Untuk Kaut Untung

Rata-rata majoriti masyarakat menganggap tindakan pasangan paranormal membeli rumah ladang tersebut bukan sahaja untuk merasa pengalaman mistik tetapi lebih kepada membuat keuntungan.

Ini adalah strategi yang bijak dilakukan pasangan tersebut. Mereka dapat balik modal beli rumah mistik itu. Semestinya orang ramai ingin juga merasai pengalaman yang sama dengan pasangan tersebut dan ingin tahu kewujudan benda-benda halus.

Menyeramkan betullah! Tetapi pengalaman itu sangat mahal, jika anda bertemu dengan hantu didalam rumah itu, ia adalah bonus.

Mungkin Tipu Ada Hantu

Bagaimanapun, ada pihak yang merasakan ini hanya taktik untuk menarik orang ramai dan ahli paranormal untuk berkunjung ke rumah seram berkenaan. Pengalaman itu hanya diceritakan tetapi tidak dirakam.

Sumber:zouzou101.wordpress.com

Mereka merasakan ini hanya tipu helah pasangan tersebut sahaja. Sekiranya penggambaran cerita seram tersebut dilakukan, ia mungkin dilakukan didalam studio dan menganggap teknologi di Amerika Syarikat lebih canggih dan boleh manipulasi segala-galanya.

Itu hanya pandangan pelbagai pihak, dan kalau rasa hendak alami keadaan yang menyeramkan, boleh cuba kesana.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda sanggup beli rumah berhantu semata-mata nak kaut keuntungan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN