Beli rumah dahulu atau kereta? Itu antara dilema terbesar anak muda yang baru saja tamat pengajian dan mendapat pekerjaan.

Apabila kita sudah bekerja, sudah pasti kita memasang impian untuk memiliki sebuah rumah mahupun kereta sebagai jaminan pelaburan dan tempat tinggal untuk masa depan namun disebabkan harga rumah yang semakin meningkat saban tahun, ramai yang memilih untuk membeli kereta terlebih dulu dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah sewa.

Kedua-dua perkara ini sudah pasti menjadi dilema terbesar dalam hidup seorang individu yang baru saja bekerja kerana bagi mereka pembelian rumah pada usia muda dilihat bukan jalan mudah.

Malah, ada yang risau jikalau membeli rumah, pinjaman bank yang dibuat itu tidak mendapat kelulusan dari pihak bank kerana masih mempunyai tunggakan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menyebabkan mereka dikenakan tindakan CCRIS dan CTOS.

Jadi, sebelum anda membuat keputusan sama ada ingin membeli kereta mahupun rumah, anda terlebih dahulu harus menyemak status sama ada dikenakan tindakan tersebut oleh pihak bank atau tidak.

Jika tidak, anda sememangnya bernasib baik kerana boleh membuat pinjaman dari pihak bank untuk memiliki kedua-dua kereta dan juga rumah.

 

Adakah Kereta Yang Lebih Utama?

Sumber: Perodua

Dalam perkara ini, kereta sememangnya merupakan satu keperluan yang banyak membantu orang ramai dalam urusan seharian mereka terutamanya kepada generasi muda.

Mungkin ada yang berasa lebih selesa jika mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi ke tempat kerja berbanding menggunakan pengangkutan awam.

Namun, perlu dilihat juga skop pekerjaan seseorang itu di mana jika anda seorang wartawan mahupun jurugambar, sudah pasti anda perlu memiliki kenderaan sendiri kerana anda akan banyak bergerak untuk membuat liputan luar berbanding hanya duduk di pejabat saja.

Tidak salah sebenarnya untuk membeli kereta pada usia muda sekiranya anda betul-betul memerlukannya tetapi anda perlu mengambil kira soal insuran kenderaan, cukai jalan, penyelenggaraan dan juga minyak.

Itu belum lagi termasuk barangan aksesori kereta bagi mereka yang benar-benar berminat untuk menyolek kenderaan mereka untuk kelihatan lebih ‘sporty’ dan bergaya.

Jika anda berkemampuan untuk membayar kenderaan secara bulanan serta gemar menyolek kenderaan, ia bukanlah mustahil bagi anda untuk memiliki kenderaan sendiri.

Namun jika anda kurang berkemampuan, seeloknya elakkan berbelanja tinggi untuk kenderaan dan hanya beli kereta murah terlebih dulu melainkan anda mempunyai gaji yang besar.

 

Adakah Beli Rumah Lebih Berbaloi Berbanding Kereta?

Sumber: Yoiso Web

Pembelian rumah ketika ekonomi negara tidak menentu pastinya memberi kesan kepada seseorang apatah lagi harga rumah dan hartanah semakin meningkat.

Malah, ada yang mengeluh harga rumah pada masa kini terlalu mahal sehingga menyebabkan generasi muda tidak mampu membeli rumah dan membuat keputusan untuk menyewa saja.

Ada juga yang berpendapat jika membeli rumah, mereka akan terikat dengan beban hutang yang tinggi kerana apabila membuat pinjaman bank, mereka sememangnya perlu membayar rumah itu sehingga mereka tua.

Namun, perkara itu bukanlah satu halangan buat generasi muda untuk memiliki rumah kerana ia adalah satu aset yang amat bernilai dan bukan satu perkara yang merugikan.

Perlu diingat, rumah merupakan aset berharga kerana harganya akan meningkat setiap tahun dan berpotensi besar untuk dijual kepada pemilik yang akan datang.

Sumber: Tips Hartanah

Generasi muda jangan risau untuk memiliki rumah kerana kerajaan kini sudah banyak membantu merealisasikan impian mereka mahupun individu yang berpendapatan sederhana atau rendah dengan menyediakan rumah seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) kepada mereka.

KATA ORANG

Siapa yang mempunyai ciri-ciri di bawah, please PM akak yer ✅ nama dah blacklisted ✅ ptptn tak habis bayar ✅ nak beli kereta pertama ✅ nak beli rumah pertama, kena cari duit downpayment PM jer atau whatsapp terus 01118879235. Terus direct to the point ciri ciri apa yer

Takde. biasa aku beli makan dalam kereta atau tunggu makan kat rumah

test Twitter Media - Takde. biasa aku beli makan dalam kereta atau tunggu makan kat rumah https://t.co/KxDAQTsWEX

Dan sedar diri. Beli rumah, kereta, gajet, dan travel haruslah dengan ukur baju di badan sendiri. Jangan dengan taraf gaji sebagai miskin bandar tu selamba tembak loan Civic atau Polo. Rumah nak yang ada swimming pool. iPhone nak yang ada tiga camera. Travel nak stay hotel saja.

KATA ANDA

Apakah yang anda akan beli dahulu sebagai aset pertama?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN