Umur baru menjangkau usia enam tahun tetapi sudah mampu untuk membalas jasa ibu bapanya.

Bayangkan usia paling muda sudah mempunyai pendapatan yang sangat lumayan dan mampu membeli bangunan bernilai RM33 juta kepada ibu bapanya.

Sumber:Metro

Hanya dengan membuat ulasan atau review produk mainan kanak-kanak yang berada di pasaran sahaja, kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Boram mampu memperoleh pendapatan yang tinggi.

Pendapatan RM12.8 Juta Sebulan

YouTube cilik dari Korea Selatan itu sangat popular dalam kalangan orang ramai dan dia dianggarkan menerima pendapatan kira-kira RM12.8 juta (3.7 bilion won) setiap bulan.

Menurut laporan Korea Times, Boram yang berusia enam tahun kini mempunyai lebih daripada 30 juta pengikut di dua saluran YouTube miliknya.

Salurannya yang dikenali sebagai “Boram Tube Vlog” sahaja telah berjaya menarik 17.6 juta pengikut, manakala saluran review mainannya iaitu Boram “Toy Review” pula mempunyai 13.6 juta pengikut.

Jadi, tidak mustahil untuk si cilik Boram mampu menghadiahkan keluarganya sebuah kediaman lima tingkat di daerah Gangnam, Seoul.

Keluarga Boram Kendali Akaun Youtube

Menurut laporan itu juga, syarikat Boram Family merupakan syarikat yang menguruskan kedua-dua saluran YouTube Boram.

Dengan teknik pengeditan video yang menarik, Boram berjaya menarik sejumlah besar penonton di Korea Selatan.

Malah, kedua-dua saluran YouTube itu juga menduduki tangga teratas bagi akaun berpendapatan tinggi di negara itu.

Ini bermaksud, pengeditan video itu dilakukan oleh keluarga Boram termasuk kedua-dua ibu bapanya. Mereka bekerjasama dalam Youtube Boram itu.

Boram Dieksploitasi Ibu Bapanya?

Namun, berita pembelian rumah mewah itu menjadi bualan rakyat negara itu yang mendakwa Boram dipergunakan oleh ibu bapanya.

Sumber:The Korea Herald

Bangunan yang seluas 258.3 meter persegi dan terletak di Gangnam itu dibeli pada 3 April lalu oleh syarikat Boram Family.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai yang berpendapat bahawa kanak-kanak itu dieksploitasi oleh ibu bapanya.

Rasanya tidak salah untuk ibu bapa Boram menggunakan hasil pendapatan Boram kerana yang mengedit dan operasi perlukan kos. Ibu bapanya ada hak terhadap pendapatan Boram.

Antara Si Cilik Jutawan

1) Ryan ToysReview

Sumber:Know Your Meme

-Pendapatan sehingga $22 juta (±RM92 juta). Ryan mempunyai seramai 17 juta subscribers. Setakat ini jumlah terkumpul tontonan video Ryan sudah mencecah 26 billion semenjak video pertamanya disiarkan.

2) Natthanan

Sumber: NextShark

-Mampu membeli kereta mewah jenama BMW bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-12 dengan hasil usahanya sendiri. Difahamkan, Natthanan berjaya menjana pendapatan yang banyak selepas menjadi jurusolek professional. Popularitinya sebagai jurusolek telah melonjak selepas video tutorial di YouTube menjadi tular beberapa tahun lalu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah ibu bapa Boram eksploitasi anak untuk kaut untung?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN