Isu keganasan rumah tangga merupakan satu topik yang tiada kesudahannya. Setiap hari, ada sahaja kes keganasan atau penderaan terhadap isteri dilaporkan.

Walaupun isu tersebut sentiasa mendapat perhatian daripada pelbagai pertubuhan wanita sehingga melaksanakan pelbagai kempen memerangi keganasan suami terhadap isteri, namun statistik terhadap permasalahan ini terus meningkat saban tahun.

Ada isteri yang diseksa secara fizikal seperti dipukul, ditumbuk, diterajang, ditikam, dikelar, disimbah asid dan sebagainya.

Sumber: Astro Awani

Dan yang terbaru, kes seumpama ini berlaku di Kuala Terengganu di mana seorang peniaga, Mohd Shahril Md Ross, 38, dijatuhi hukuman penjara 26 bulan atas pertuduhan memukul dan mengugut untuk membunuh isterinya.

Tertuduh juga dikatakan bertindak menampar dan menumbuk isterinya di bahagian kepala dan muka serta ditendang di belakang badan hingga mendatangkan kecederaan selain mengugut untuk membunuh dengan sebilah pisau hanya disebabkan arahan untuk menghantar anak ke sekolah.

Sehingga ke hari ini, kes sebegini menjadi bualan hangat netizen di media sosial yang rata-ratanya mengecam teruk tindakan lelaki ini sebagai satu tindakan ‘bodoh’ dan memalukan kaum adam sahaja!

 

Suami Perlu Lindungi Isteri, Bukannnya Menyeksa

Sumber: mynewshub.tv

Sebaik sahaja seseorang wanita itu berkahwin, si suami telah diberi amanah untuk menjaga keselamatan dan kebajikan isteri serta anak.

Malah, suami juga perlu melindungi isterinya dan jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga!

Baik macam mana buruk pun perangai isteri serta anak itu, suami tidak sepatutnya naik tangan terhadap mereka kerana perbuatan tersebut adalah sama sekali mendukacitakan.

Malah, dalam Islam sendiri, si suami hanya dibenarkan memukul isteri untuk tujuan mendidik tanpa mencederakan serta menjatuhkan maruah isterinya.

Sumber: Bacasini.com

Namun, perlu diingat bahawa memukul isteri adalah cara terakhir yang boleh digunakan suami untuk mendidik sekiranya mereka masih mengingkari perintah suami.

Contohnya, enggan solat walaupun telah dinasihatkan berulang-kali atau keluar rumah tanpa izin suami.

Tetapi malangnya, dalam masyarakat kita, kes-kes memukul isteri ini selalunya bukan disebabkan perlanggaran hukum Allah sebaliknya kerana pertengkaran dan perselisihan faham hingga memberi tempias kepada anak-anak.  

 

Setiap Pasangan Perlu Ada Toleransi Sesama Sendiri

Sumber: https://www.beanahomequran.com

Melihat kepada kes ini, jelas sekali menunjukkan si suami terlalu mengikut emosi dan tidak dapat menahan sabar sehingga sanggup berbuat demikian kepada isterinya.

Dalam hal ini, kita mungkin tidak tahu hal sebenar yang berlaku di dalam rumah mereka.

Apa jua permasalahan yang berlaku itu perlu diselesaikan dengan cara baik tanpa memilih untuk memukul dan menyeksa.

Memang benar, dalam sesebuah keluarga, suami sebagai ketua keluarga memang kadangkala perlu menunjukkan kuasa veto mereka.

Sumber: Pesona Pengantin

Namun, tidak perlulah menggunakan kekerasan tersebut sehingga mendatangkan kemudaratan kepada isteri dan anak-anak. 

Sekiranya isteri sudah berhempas pulas memasak, membasuh baju serta mengemas rumah, apa salahnya sekiranya suami pula mengambil alih tugas untuk menghantar anak ke sekolah dan sebagainya. Tak begitu?

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah perbuatan si suami ini boleh disifatkan sebagai tidak masuk akal dan dayus?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN