Sejak kebelakangan ini, selepas kejadian yang menimpa palu dan puluhan gempa bumi berskala besar yang berlaku telah menimbulkan banyak spekulasi hebat tentang bakal tiba hari kiamat tidak lama lagi.

Malahan setiap bencana dan musibah yang berlaku juga dikatakan merupakan tanda bahawa Allah sedang murka dengan kita mahkluknya.

Dengan sikap dan perlakuan umat Islam yang semakin hari semakin teruk dan berbagai, adakah ini tanda memang kiamat akan berlaku?

Jika sebelum ini sekitar Januari 2019, kota suci Mekah dikunjungi oleh ribuan ekor belalang dan cengkerik yang dikatakan memenuhi seluruh kawasan tempat beribadat tersebut sehingga memerlukan 22 orang anggota pembersih untuk menghalau serangga-serangga tersebut.

Dan kini, tular isu penghijrahan belalang ke kota Syria dan mengakibatkan kerosakan tanaman di beberapa buah kampung di Syria.

Namun apakah kaitan belalang dan hari kiamat?

Mengikut fahaman seorang penginjil Amerika Syarikat Paul Begley, melalui petikan sebuah ayat di dalam buku Perjanjian Baru menjelaskan bahawa kedatangan belalang  ke Tanah Arab mendatangkan ketibaan Nabi Isa yang bakal muncul tidak lama lagi. Dan akan datang ribuan belalang yang menuju ke Laut  Merah dan Tanah Suci.

Menurut tafsiran buku ilmu berkaitan haiwan dalam perspektif Al-quran sains,ia menjelaskan keadaan sewaktu tibanya hari kebangkitan dengan keluarnya sekumpulan belalang dari tanah berpasir.

 

Thathayur itu Haram

Namun ada yang berpendapat ia sebagai Thathayur.

Tahukah anda apa itu Thathayur? Pernah dengar mitos-mitos seperti apabila terlanggar kucing mahupun terbunuh binatang akan membawa ‘sial’ ataupun keburukan kepada diri.

Selain itu, kepercayaan  seperti  kucing hitam yang melangkah jenazah akan membangkitkan jenazah yang sudah mati juga sering diperkatakan.

Apabila seseorang mempercayai sesuatu bencana yang terjadi itu akan membawa keburukan juga boleh terjatuh didalam hukum thathayur ini.

Seolah-olah hilang perasaan tawakal kepada Allah, dan hukumnnya ialah haram.

Menurut penerangan beberapa ilmuan agama berkaitan isu penghijrahan belalang di Tanah Arab ini merupakan tanda kiamat tidak wajar dipercayai bulat-bulat.

“Maka kami kirimkan kepada mereka topan, belalang, kutu, katak dan darah (air minum berubah menjadi darah) sebagai bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa,” (Al-A’raf 7:133).

Tidak dinafikan, di dalam Al-quran sendiri ada disebut tentang belalang namun, keseluruhan surah tidak dapat dipastikan dan kita tidak patut mereka-reka sesuatu perkara yang berlaku tanpa kajian yang mendalam.

 

Ilmu Sains dan Agama, Mana Yang Perlu Diikut?

Mengikut penjelasan beberapa orang pakar ilmu alam, kemunculan belalang dan beberapa serangga lain seperti cengkerik merupakan perkara biasa yang berlaku tiap tahun di kawasan Mekah dan beberapa Tanah Arab, terutamanya jika kawasan tersebut mengalami musim sejuk.

Fenomena yang berlaku ini merupakan fenomena biasa tetapi orang ramai menyebarkan cerita yang bukan-bukan sehingga menakutkan orang lain.

Jika anda pernah pergi menunaikan umrah dan haji, di musim yang tertentu pasti anda akan berpeluang melihat fenomena semulajadi ini sendiri.

 

Tanda-tanda Besar Kiamat Yang Perlu Anda Tahu

Semakin hari pelbagai bencana alam berlaku dan kekerapan fenomena-fenomena ini menjadi tanda tanya bagi sesetengah orang bahawa kiamat memang akan berlaku tidak lama lagi.

Memang benar, sebagai seorang muslim, kita wajib percaya kepada hari kiamat dan beriman dengannya. Namun bila kiamat akan berlaku itu, tiada siapa yang tahu. Malah kita tidak boleh sesuka hati meramal dan menakutkan orang ramai dengan fakta-fakta yang tidak sahih.

Menurut Ustaz Zulkifli, seorang pendakwah dari Indonesia menjelaskan inil adalah 10 tanda-tanda besar kiamat yang akan berlaku sebelum bumi ini hancur dan hilang dari alam semester.

  1. Dukhon – asap tebal yang akan menyelubungi dunia dan mematikan orang-orang kafir
  2. Kemunculan Dajjal
  3. Turunnya Nabi Isa
  4. Kemunculan Yakjuj & Makjuj
  5. Matahari Terbit di sebelah Barat
  6. Dabatul Ardi
  7. Angin lembut yang akan bertiup dari timur Yaman yang akan mewafatkan orang yang beriman walaupun imannya hanya dihujung kuku
  8. Negara timur akan tenggelam dari bumi
  9. Negara barat akan tenggelam dari bumi
  10. Api muncul dari Jazeera, mengejar setiap manusia dan tiupan sangakalan akan berlaku.

Setakat ini, masih belum ada tanda-tanda besar yang berlaku, namun tanda-tanda kecil seperti gempa bumi, maksiat yang berleluasa sudah semakin banyak dan meningkat.

Selagi matahari masih belum timbul di barat, pintu taubat inshaAllah masih terbuka dan belum terlambat kita bertaubat dan memohon keampuanan kepada Allah.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda percaya bahawa kemunculan belalang secara berkumpulan ini merupakan tanda dajjal akan muncul?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN