Semalam, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan fenomena belalai air yang merentasi perairan berhampiran Tanjung Tokong, Georgetown, Pulau Pinang.

Kejadian belalai air selama 10 minit itu sempat dirakam penduduk sekitar sebelum tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

Akibat kejadian itu, beberapa bumbung di kawasan perumahan sekitar kawasan terbabit didapati tercabut hingga menyebabkan beberapa penduduk lari berselindung mencari kawasan selamat.

Sehingga ke hari ini, kejadian yang berlaku itu masih menjadi bualan netizen di media sosial yang menyifatkan kejadian itu sebagai kejadian dahsyat dan luar biasa yang dihadapi dunia akhir zaman. 

Tidak kurang juga, ada yang mengaitkannya dengan politik yang ketika ini sedang diterajui oleh parti DAP.

Sangat tidak masuk akal! 

 

Apa Itu Fenomena Belalai Air?

Fenomena belalai air yang berlaku semalam adalah fenomena puting beliung kecil yang kebiasaannya berlalu di kawasan persisiran pantai dan akan hilang apabila menghampiri permukaan darat.

Sumber: OhBulan

Malah, kejadian ini bukanlah kejadian puting beliung yang besar seperti yang biasa berlaku di negara luar hingga mengorbankan banyak nyawa.

Malah, Jabatan Meteorologi Malaysia turut memaklumkan bahawa belalai air tidak mendatangkan bahaya kepada manusia memandangkan kejadian itu disebabkan kejadian ribut petir dalam keadaan awan yang rendah.

Secara kebiasaannya, fenomena ini hanya terjadi dalam skala yang sangat kecil dan berlaku dalam masa singkat dan akan berlaku di laut, tasik mahupun sungai.

 

Bagaimana Boleh Berlaku?

Sumber: Astro Awani

Seperti yang kita pelajari disekolah, kejadian belalai air ini terjadi apabila pertembungan antara udara sejuk di lapisan tinggi bergabung dengan udara panas dan lembap di lapisan bawah sehingga membentuk pusaran air.

Meskipun negara kita berada dalam zon selamat yang tiada gempa, tornado, gunung berapi serta bermacam-macam lagi, namun tidak mustahil kejadian puting beliung kecil boleh berlaku di Malaysia. 

 

Antara Kejadian Yang Pernah Berlaku Di Malaysia

Untuk pengetahuan umum, kejadian belalai air ini bukan kejadian kali pertama berlaku di Malaysia.

Sumber: Utusan Online

Malah, sebelum-sebelum ini juga, kejadian seperti ini turut sama dilaporkan berlaku di Jambatan Pulau Pinang pada Mac 2017.

Tidak kurang juga, pada Disember 2013 yang mana fenomena belalai air ini turut berlaku di perairan Selat Tebrau, Johor.

Dan pada 15 Julai 2014, penduduk serta pelancong di sekitar Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang juga dikejutkan dengan fenomena belalai air yang berlaku di persisiran pantai pusat peranginan tersebut sebelum ini.

 

Apa-Apa Pun Orang Ramai Perlu Berhati-Hati

Walaupun fenomena belalai air ini tidak membawa bencana kepada orang awam, namun ia boleh mendatangkan bahaya kepada bot serta kapal-kapal kecil yang berada di kawasan tersebut.

Sumber: YouTube

Lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini. Ada kemungkinan, kejadian belalai air ini boleh berlaku dengan keadaan cuaca yang sukar diramal.

Sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya kejadian ini berlaku di tempat anda, cari kawasan selamat untuk berlindung serta elakkan berada di luar kawasan rumah kerana angin kuat serta ribut itu pastinya boleh membuatkan apa sahaja objek melayang ke arah anda.

Sekiranya berada di luar rumah, cuba elakkan melalui kawasan yang mempunyai banyak pokok besar kerana ia dikhuatiri akan tumpang setelah ditiupkan angin yang agak kuat.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah kejadian belalai air yang melanda Pulau Pinang semalam disifatkan sebagai satu fenomena yang luar biasa?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN