Baru-baru ini, tular satu gambar menunjukkan bekas-bekas pemimpin politik terdahulu yang dilihat ‘berlakon sakit’ bagi meraih simpati orang ramai dalam kalangan netizen di media sosial.

Antara pemimpin tersebut adalah bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Datuk Seri Azeez Abdul Rahim, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim serta bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang masing-masing dilihat sakit hingga menggunakan kerusi roda dan terlantar di atas katil hospital.

Berdasarkan apa yang dikatakan netizen, rata-rata dari mereka dilihat memperlekeh bekas pemimpin politik tersebut dengan mengatakan mereka hanya berpura-pura sakit untuk melengah-lengahkan kes mereka di mahkamah.

Sumber: Robb Report Malaysia

Gambar tersebut bukan sahaja menjadi perbualan netizen malah selebriti masakan popular negara, Chef Wan, melalui Instagramnya turut sama berkongsi gambar tersebut hingga menyebabkan pertelagahan di antara netizen.

Sebelum ini, Chef Wan bukan sahaja dilihat hanya mahir dalam bidang masakan malah beliau juga dilihat aktif berpolitik di mana beliau lantang bersuara dalam sesuatu isu yang sedang hangat diperkatakan oleh masyarakat.

 

Wajar Atau Tidak Tular Gambar Pemimpin Dengan Mendakwa Mereka Hanya ‘Berlakon’?

Sebagai manusia, siapalah kita untuk menghukum sesuatu yang sedang menimpa seseorang.

Ada netizen menganggap, penyakit yang diturunkan Allah kepada beberapa bekas pemimpin politik itu sebagai pengajaran buat mereka setelah apa yang mereka telah lakukan kepada negara.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan, sakit yang ditunjukkan mereka itu hanya sekadar lakonan semata-mata untuk meraih simpati masyarakat serta melambat-lambatkan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Sumber: Berita Harian

Mana tidaknya, sebelum ini, kejadian sama berlaku kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang pada mulanya dikatakan jatuh sakit dan berada di hospital tetapi selang beberapa hari, beliau menghilangkan diri dengan alasan mahu mengeluarkan duit di Tabung Haji (TH) sebelum melarikan diri ke sebuah ladang kelapa sawit di Indonesia.

Sumber: Berita Harian

Kejadian yang sama juga berlaku ke atas bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dikatakan melarikan diri ke luar negara tanpa mengikut saluran yang sah.

Mungkin disebabkan kejadian yang pernah berlaku sebelum ini, ramai netizen menyifatkan perkara yang sama ke atas empat bekas pemimpin tersebut sebagai satu tindakan ‘berpura-pura’.

 

Sebar Gambar Adalah Satu Tindakan Tidak Matang

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini turut sama menyifatkan tindakan individu yang menyebarkan gambar tersebut sehingga menjadi viral sebagai satu tindakan yang tidak matang.

Beliau yang juga Presiden Parti Amanah Negara berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang memperlekeh dan menyebarkan gambar beberapa bekas pemimpin yang kini sedang berdepan pendakwaan di mahkamah dengan menyatakan mereka ‘berlakon sakit’.

Tindakan yang dilakukan netizen di media sosial jelas tidak mencerminkan budaya politik yang matang yang telah dijadikan sebagai budaya dalam kalangan rakyat Malaysia walau sekecil mana isu tersebut.

Walaupun bekas pemimpin itu kini sedang bergelut dengan pelbagai tuduhan yang dikenakan oleh mahkamah, sebagai rakyat, kita seharusnya mendoakan kesejahteraan yang baik kepada pemimpin tersebut daripada terus mengkritik dan memperlekehkan mereka.

Hal tersebut jika dibiarkan berterusan, ia dijangka boleh menggugat keharmonian dalam masyarakat yang terus mengkritik kerajaan terdahulu sehingga hilangnya rasa hormat kepada mereka.

 

Disebalik Sakit Pemimpin Umno

Sebelum ini, tersebar khabar angin yang mengatakan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dikatakan masuk ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat sakit.

Bagaimanapun, beliau dimasukkan ke hospital disebabkan membuat pemeriksaan rutin dan bukannya sakit seperti yang ditular pihak tertentu.

Bagi, bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Datuk Seri Azeez Abdul Rahim pula, beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah mengalami kesan sampingan akibat ditumbuk oleh penyokong Pas di Port Dickson pada Oktober lalu.

Akibat dari itu, Abdul Azeez mengalami lebam di leher dan mukanya sehingga terpaksa memakai alat bantuan sokongan di bahagian leher.

Bagi, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilihat menggunakan kerusi roda hanya untuk meraih simpati orang ramai.

Beliau hanya mengalami penyakit gangguan saraf pada bahagian kaki yang dijangka sembuh dalam tempoh terdekat hingga terpaksa menggunakan kerusi roda.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah netizen di media sosial melabelkan 'sakit' yang dialami beberapa pemimpin poliitk terdahulu sebagai satu perbuatan berpura-pura untuk melengah-lengahkan kes mereka?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN