Sumber: Mstar

Jenayah kejam dan bunuh dikalangan ahli politik dan pihak berkuasa merupakan isu yang semakin berleluasa. Hampir setiap tahun, pasti ada kes-kes samada melibatkan atau tidak melibatkan kematian berlaku di Malaysia.

7 Januari lalu, bekas calon AJK Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shah Alam, Thiyahu Marimuthoo, 30 tahun maut ditetak oleh sekumpulan lelaki yang datang menyerang mangsa di Flat PKNS Seksyen 7 Shah Alam.

Kejadian yang belaku sekitar jam 5 petang itu telah meragut nyawa mangsa ketika sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam, Selangor.

Mangsa yang ditetak dengan parang cedera parah di bahagian kepala, muka, tangan dan kaki menerima bantuan dari penduduk sekitar dan dibawa ke Hospital Shah Alam,Selangor.

Menurut individu yang melaporkan kejadian, terdapat tiga orang lelaki yang terlibat dalam serangan tersebut yang menaiki kereta proton waja berwarna silver ketika kejadian.

 

Kerana Dadah M. Thiyahu Ditetak

Setakat ini belum lagi dikenalpasti punca sebenar kes pembunuhan M. Thiyahu namun menurut sumber dari Harian Metro memberitahu mangsa terlibat dalam kegiatan membanteras penyalahgunaan dadah di kawasan tersebut.

Sumber turut menyatakan bahawa motif kejadian mungkin berpunca atas ketidakpuasan hati penjenayah tersebut kerana mangsa cuba menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti penjualan dadah yang mereka jalankan.

 

Rakyat Persoal Cara Polis Jalankan Tugas

Sumber : Facebook (Khairul Nizam Osman)

Walaupun kes ini merupakan kes berat dan serius, namun masih ada sesetengah individu yang tidak sensitif dan mempertikaikan cara anggota polis dalam menjalankan tugas mereka.

Ramai netizen yang merpersoalkan kepantasan pihak polis memberkas suspek tidak sampai 24 jam, sedangkan untuk kes arwah Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang terkorban dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield Subang Jaya masih lagi tidak dapat dikenal pasti dan masih bebas tanpa sebarang tindakan dan hukuman.

Sumber : Facebook (Archa Arjuna)

Lebih menyedihkan, ada sesetengah pihak cuba menukar dan menokok tambah cerita sebenar sehingga menimbulkan kekeliruan kepada pihak berkuasa dan juga masyarakat.

Selepas hampir tiga minggu bertarung nyawa akhirnya arwah Adib menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 pada jam 9.14 malam.

Sehingga kini, walaupun telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh namun individu yang bertanggungjawab terhadap kematian arwah Adib masih bebas dan keadilan terhadap arwah tidak dapat ditegakkan.

Sumber : Mstar

Sumber : Bernama

 

Kes-kes Bunuh Melibatkan Ahli Politik Di Malaysia

Pada tahun 1993, Malaysia digemparkan dengan pembunuhan ahli politik UMNO, Dato’ Ahmad Mazlan oleh Mona Fandey dan suaminya serta pembantunya yang dikenali sebagai Juraini. Mayat mangsa dijumpai ditanam di dalam rumah milik Mona Fandey di Kampung Peruas, Ulu Dong Raub Pahang.

Polis menyatakan motif pembunuhan mangsa yang dikerat 18 dipercayai dibunuh kerana duit. Sebelum kematian, mangsa sempat memberi pasangan tersebut wang berjumlah RM 300,000 diatas pujukkan bahawa mereka boleh menggandakan wang tersebut dengan ilmu hitam.

Kes kedua yang boleh diklasifikasikan sebagai pembunuhan kejam iaitu pembunuhan Morais yang dipercayai dimasukkan kedalam guni dan diletakkan di dalam tong dram dan disemen. Kemudian dicampakkan kedalam paya di Subang Jaya.

Salah seorang suspek pembunuhan iaitiu seorang ahli patologi terlibat dengan kes saman yang diuruskan oleh Kevin Morais.

 

Hukuman Bagi Kes Pembunuhan Di Malaysia

Kes M.Thihayu jatuh di bawah Akta 302 Kanun keseksaan dan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang untuk kes begini adalah hukuman gantung sampai mati.

Namun begitu, untuk menjatuhkan hukuman tersebut kadang-kadang mengambil masa yang lama sebelum disabit bersalah.

Lihat saja kes pembunuhan oleh Mona Fandey, selepas 8 tahun barulah hukuman dijatuhkan kepada ketiga-tiga pembunuh yang terlibat.

Ooziran M. Deevan (suspek yang dicari)
Sumber : Utusan Online

Susulan dari kes tetak M. Thihayu, polis masih lagi mencari seorang lagi suspek bagi membantu penyiasatan. Suspek yang dikenali sebagai Ozziram M. Devan dikatakan dikesan beralamat terakhir di Taman Karupiah, Padang Jawa, Klang.

Diharapkan semoga setiap jenayah yang berlaku dapat dituntut keadilan bagi mangsa yang terlibat. Masyarakat jugak diharap tidak mengaitkan isu-isu serius seperti ini dengan isu perkauman bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.

 

Rondaan Polis Lebih Kerap

Adun Rawang merangkap Setiausaha Pengelola AMK Malaysia, Chua Wei Kiat turut bersimpati dengan nasib yang berlaku keatas Thiyahu.

Katanya, ini suatu tindakan jenayah yang sangat serius dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana melibatkan nyawa manusia.

Jesteru, beliau menggesa pihak polis untuk mengawal keselamatan orang awam dengan mengadakan rondaan lebih kerap di kawasan perumahan atau tersembunyi dengan lebih kerap lagi tidak kira siang atau malam.

Bayangkan penjenayah pada hari ini sudah berani untuk melakukan jenayah pada siang hari dan di tempat awam, tidak lagi seperti pada malam hari dan tempat yang tersorok atau terpinggir dari laluan orang ramai.

Berapa lagi pula nyawa yang akan melayang ditangan penjenayah sebegini selepas ini?

KATA ORANG

KATA ANDA

Pembunuhan ini bermotifkan politik atau jenayah dadah?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN