Sebuah kejadian berlaku di Pekan Pahang apabila seorang lelaki datang dan menyerang bekas keluarga mertuanya dengan sebilah parang dipercayai ketika dibawah pengaruh dadah.

Ramai yang mendakwa kerana dendam lama yang membuatkan lelaki berkenaan bertindak menetak bekas adik iparnya sehingga paru-parunya cedera dan putus jari kelingking.

Bekas ibu mertuanya yang juga dikatakan cuba meleraikan pergaduhan tersebut ditetak di bahagian kepala sehingga cedera teruk dan menerima 9 jahitan.

Suspek yang dikenali sebagai Rosghazali bin Sapie dikatakan masih bebas dan belum dapat diberkas. Suspek yang menginap di sebuah kediaman di Melaka kini menjadi buruan polis dan orang ramai kerana dipercayai boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

 

Anak-anak Maut, Suspek Cuai

Mengikut perkongsian orang ramai yang mengenali mangsa dan keluarganya, beliau sangat dikenali dengan sikap yang tidak baik dan sering mengamuk tak tentu pasal.

Seorang individu di laman Facebook turut mendakwa anak-anak suspek dan bekas isteri maut di dalam kejadian kebakaran di rumah lama mereka kerana sikap cuai suspek dan gagal menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dengan baik.

Bekas isteri suspek juga dikatakan bekerja di luar negara dan hanya si isteri yang bekerja bagi menanggung setiap kos perbelanjaan anak-anak dan keluarga.

Perkahwinan mereka yang akhirnya terhenti dengan penceraian dikatakan berpunca dengan sikap suspek yang tidak bertanggungjawab dan sering membuat onar sedang isterinya membanting tulang mencari rezeki .

Di zaman sekarang, sudah semakin ramai lelaki yang mengambil kesempatan dan tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai suami dan ayah dengan baik.

Layakkah orang seperti ini digelar suami? Tuntutan agama semestinya sudah diabaikan, inikan nak mendidik anak dan isteri? Belum tentu mampu.

 

Isteri Mudah Bagi Peluang

Jika diikutkan rasa sakit bersuami individu-individu seperti ini, sudah tentulah ingin saja lari dan tinggalkan semua kenangan yang ada. Namun apa kan daya, ramai isteri-isteri yang terperangkap kerana tidak sanggup melihat anak-anak membesar tanpa kehadiran seorang bapa.

Lihat sahaja kisah-kisah rumahtangga yang dikongsi di laman-laman sosial, terlalu ramai wanita yang terpaksa berdiam diri walaupun mereka dicurangi, dikhianati, ditipu dan didera secara emosi mahupun fizikal.

Seperit mana pun penderitaan yang dihadapi, mereka tetap berdiam diri dan menutup aib suami.

Sampai bilakah wanita perlu berdiam, dan terus menerus menjadi mangsa lelaki durjana yang seperti tidak pernah mengenal erti cinta dan penghargaan?

 

Campur Tangan Keluarga, Punca Cerai

Mengikut statistik penceraian, campur tangan keluarga juga merupakan faktor tertinggi mengapa sesebuah pasangan itu membuat keputusan untuk bercerai.

Kadang-kadang, pasangan itu sendiri tidak mempunyai masalah, namun kerana sikap segelintir ahli keluarga yang suka menjadi batu api, runtuhlah sesebuah masjid yang dibina.

Sikap ibu dan mertua yang terlalu sibuk ingin mengambil tahu tentang setiap aspek kehidupan anak-anak menantu mereka, menjadi punca perbalahan dan pertelingkahan.

Adakah kes tetak di Pekan Pahang ini berlaku kerana wujudnya campur tangan keluarga si mertua sehingga membuat kan si bekas menantu menyimpan dendam yang teramat dalam?

Sehingga sanggup mencederakan orang lain tanpa belas kasihan.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, mengapakah suspek bertindak sedemikian?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN