Baru-baru ini, pengguna diberi amaran bakal berdepan masalah mendapatkan petrol dan diesel apabila semua tangki penyimpanan di stesen minyak dijangka kering menjelang 1 Januari 2019.

Ia berikutan, pengumuman kerajaan untuk menetapkan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan bagi memberi manfaat kepada pengguna.

Pun begitu, walaupun pengumuman kerajaan itu merupakan satu berita baik kepada pengguna, namun ia dilihat tidak adil kepada pengusaha minyak yang terpaksa menanggung kerugian akibat keputusan tersebut.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini, keputusan yang dibuat kerajaan itu terus menjadi bualan hangat di antara pengguna dan pengusaha minyak dengan ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang membantah keputusan itu.

Malah, ada juga yang dilihat memperlekehkan keputusan kerajaan itu dengan menyifatkannya sebagai ‘meniru’ pentadbiran kerajaan terdahulu dengan menetapkan harga minyak secara mingguan.

 

Penetapan Harga Minyak Mingguan Jejas Pengusaha Stesen Minyak

Sumber: MStar

Walaupun pengumuman kerajaan bahawa harga minyak runcit akan kembali ditetapkan secara mingguan mulai awal tahun depan mungkin menjadi berita baik kepada rakyat, tetapi tidak kepada pengusaha stesen minyak.

Hal ini sekaligus bakal mendatangkan kerugian kepada pengusaha minyak apabila pihak kerajaan mahu menggunakan semula apungan harga bahan api secara mingguan berbanding secara bulanan yang dilaksanakan kini.

Disebabkan itu, banyak pengusaha minyak kini difahamkan enggan menambah simpanan dalam tangki mereka menjelang penghujung bulan ini memandangkan mereka perlu membeli minyak pada harga yang mahal, namun terpaksa menjual mengikut kadar yang lebih murah kepada pengguna berkuat kuasa awal tahun depan.

Malah sehingga kini, beberapa pengusaha minyak dilihat menuntut supaya kerajaan berunding bersama mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh merugikan mereka.

Sumber: Astro Awani

Hal itu sekaligus mengundang beberapa pengusaha minyak yang mendesak kerajaan untuk menggunakan penetapan harga bahan api di pasaran secara bulanan bagi memudahkan pengusaha stesen minyak menguruskan pembelian simpanan dan kadar penjualan kepada pengguna.

 

Harga Minyak Secara Mingguan Lebih Baik Berbanding Bulanan?

Sumber: Permohonan.my

Sejak pemerintahan kerajaan terdahulu, rakyat dilihat sudah terbiasa menggunakan kaedah bahan api secara mingguan berbanding kaedah harga bahan api baru secara bulanan yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini.

Memang tidak dinafikan, kaedah bahan api secara bulanan yang digunapakai kerajaan kini dilihat kurang mendapat sambutan dari masyarakat memandangkan masih ramai lagi tidak cakna mengenainya.

Sumber: Mypt3.com

Ramai di antara mereka lebih menyukai kaedah bahan api yang dibuat secara mingguan memandangkan ianya lebih memudahkan pengguna untuk melakukan penjimatan setiap minggu mengenai pasaran harga minyak mentah dunia yang kadangkala naik dan turun.

Dalam isu ini, sekiranya harga minyak turun, ia pastinya memberi banyak manfaat kepada rakyat untuk menikmati penjimatan serta-merta jika ada kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia.

Selain itu, ia juga dilihat memudahkan rakyat untuk membuat semakan terhadap harga jualan petrol pada masa depan malah membolehkan pengguna untuk membuat perancangan kewangan bagi penggunaan petrol.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk kembali kepada kaedah penetapan harga minyak secara mingguan dilihat mampu wujudkan situasi menang-menang di antara pengguna dan pengusaha minyak?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN