Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan berita mengenai seorang guru kaunseling yang terpaksa dibawa ke hospital Banting selepas sebilah pisau tertanam pada bahunya dipercayai ditikam oleh pelajarnya sendiri.

Sumber: World Times News

Difahamkan, kejadian yang berlaku itu dilakukan oleh pelajar tingkatan lima sebuah asrama di Banting disebabkan tidak berpuas hati kerana dikenakan tindakan buang sekolah atas kesalahan disiplin.

Ada kemungkinan juga, pelajar itu berdendam kerana guru tersebut menetapkan peraturan ketat di sekolah berkenaan hingga menyebabkannya bertindak di luar kawalan.

Kejadian yang menimpa guru tersebut bagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kesal terhadap generasi Z masa kini yang tidak boleh menerima teguran.

Tidak kurang juga, ada yang menyarankan golongan pendidik agar tidak keterlaluan dalam mendidik pelajar yang bermasalah sekiranya tidak mahu perkara buruk berlaku.

 

Jadi Guru Memang Besar Cabarannya

Dalam zaman yang serba mencabar ini, tugas guru bukanlah semudah yang disangka lebih-lebih lagi guru disiplin dan juga guru kaunseling.

Setiap hari, ada sahaja cabaran tertentu yang perlu ditempuhi mereka kerana proses mendidik dan mengajar itu pastinya dipenuhi dengan karenah pelajar yang pelbagai.

Gambar sekadar hiasan

Ditambah pula perlu membimbing beratus-ratus pelajar pada satu-satu masa. Jadi tidak hairanlah, ada guru yang hilang sabar dengan sikap pelajar walaupun sudah diberikan amaran dan juga sesi kaunseling.

Jika pelajar terbabit masih bersikap sedemikian dan tidak mahu berubah, guru itu perlu mengekalkan sikap tegas tetapi dalam masa yang sama lembut dari segi tutur kata dalam memberi nasihat.

Maklumlah, sikap remaja zaman kini makin menjadi-jadi. Bagi yang pantang ditegur, cepat saja mereka naik angin!

 

Ibu Bapa Perlu Main Peranan

Walaupun anak dihantar ke sekolah asrama dan jauh daripada pandangan mereka, ianya bukanlah tiket untuk ibu bapa melepaskan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak.

Sekurang-kurangnya, ambil tahu mengenai perkembangan anak bersama pihak sekolah dari semasa ke semasa bersama pihak sekolah.

Sekiranya sikap anak itu masih tidak mahu berubah, ibu bapa serta guru itu perlu berbincang kerana segala permasalahan yang dilakukan oleh anak itu pasti dapat diselesaikan dengan cara yang baik tanpa meninggalkan tekanan terhadap pelajar itu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN