Â
Jika sebelum ini, etika pemakaian membabitkan baju Melayu dijadikan isu. Kini, timbul pula isu membabitkan pemakaian blazer putih pada sidang DUN semalam.
Kedua-dua teguran itu dibuat oleh individu yang sama iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim yang menegur mengenai tatacara pemakaian oleh beberapa ADUN yang dilihat tidak mengikut etika pemakaian yang ditetapkan.
Teguran yang dibuat itu turut ditujukan kepada ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping yang ketika itu memakai kot berwarna putih dengan kain biru muda serta kasut but merah.
Teguran tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati Elizabeth sehingga beliau memuatnaik beberapa status bergambar di akaun Facebook miliknya hingga menarik tumpuan netizen di media sosial.
Â
Salahkah Pakai Blazer Putih?
Bukan Elizabeth sahaja yang ditegur oleh Suee Lim, tetapi ADUN Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin turut sama ditegur mengenai telefon beliau yang tidak berada di dalam mod senyap ketika sidang dun berlangsung.
Namun, Elizabeth pula dilihat masih tidak berpuas-hati dengan teguran tersebut dengan turut berkongsi gambarnya yang memakai blazer putih yang sama ke sidang DUN Selangor pada tahun 2016, 2017 dan 2018.
Selain itu, beliau turut memuat naik gambar notis asal pemberitahuan mesyuarat daripada pejabat Speaker yang didakwanya tidak menyatakan wanita harus mematuhi peraturan warna pakaian.
Dalam notis tersebut, hanya tertulis pakaian semasa persidangan adalah lounge suit gelap bagi pegawai lelaki dan tertib serta memakai blazer bagi wanita.
Tiada pula peraturan yang melarang wanita memakai baju berwarna terang.
Mungkin bagi Elizabeth, asalkan apa yang dipakai itu sopan dan tertib, , ianya tidak menjadi masalah.
Pun begitu, jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini, memang kita dapat lihat cara pemakaian Elizabeth sedikit berbeza yang mana tahun ini, beliau memakai pakaian yang sedikit berwarna-warni.
Namun, adakah disebabkan pakaian berwarna-warni yang dipakai itu menyebabkan beliau menjadi sasaran untuk ditegur oleh Speaker Dewan?
Â
Speaker Tetap Pertahan Hanya Blazer Gelap Sahaja
Walaupun dalam notis tersebut tidak menyatakan secara spesifik mengenai peraturan warna pakaian bagi wanita namun Suee Lim tetap mempertahan peraturan blazer hanya dibenarkan berwarna gelap sahaja.
Dalam isu ini, teguran dibuat Suee Lim adalah mengenai soal disiplin dn tidak timbul isu tidak menghormati wanita mahupun mengawal pemakaian wanita.
Katanya, sebagai ADUN mereka sepatutnya menghormati dan memahami etika pemakaian lebih-lebih lagi ketika sidang DUN berlangsung.
Â
Apa-Apa Pun, Bila Sudah Ditegur Kena Ikut Peraturan
Melihat kepada apa yang dilakukan oleh Suee Lim, jelas memperlihatkan bahawa beliau sangat tegas dalam soal disiplin dan komited terhadap tugasnya.
Jadi, selepas ini bagi mana-mana ADUN yang sudah ditegur dan diberi amaran, supaya mengambil teguran itu secara terbuka.
Apa yang dilakukan oleh Speaker bukan suatu yang memalukan tetapi untuk mendisiplin ADUN supaya menghormati sidang DUN dan juga ahli-ahlinya.
KATA ORANG
ikt je laa ckp speaker.. follow the rule of law kalo nk menjadi kerajaan yg produktif.. kalo x 5 tahun lg lupekan je la
— Mohd Rizwan (@onewan3608) March 20, 2019
Lol.. Suruh pakai warna yg formal je pun. Susah sgt ke nak ikut cakap speaker? 😅
— yuyu (@anhesya) March 20, 2019
Adun bukit lanjan tu dia ingat dia nak pegi karaoke kot. Sebab tu pakai baju kaler kaler.
— Tizzue (@tizzue_ib) March 20, 2019