Penganjuran Bazaria Larut Malam (BLM) merupakan satu konsep dalam menyediakan sebuah tapak bagi tujuan penjualan di waktu dinihari yang diwujudkan bagi memberi peluang kepada wargakota dan golongan peniaga untuk menambah pendapatan.

Peningkatan secara mendadak peniaga di Bazaria Danau Kota telah berlakunya peningkatan permasalahan dan pengaduan awam masyarakat setempat bermula tahun 2009.

 

Jarak dekat dengan stesen minyak

Isu ini dipandang serius oleh pengusaha stesen minyak Petronas, Mohd Hairul Anuar menyatakan pelanggan stesen minyaknya hanya ada satu laluan sahaja disebabkan peniaga menutup laluan keluar dengan memasang gerai.

sumber: sinar

Bukan itu sahaja, peniaga bazar larut malam langsung tidak mempedulikan aspek keselamatan kerana mereka berani memasak bersebelahan dengan stesen minyak yang jaraknya cuma lebih kurang 50 meter sahaja.. 

Anda bayangkan jika berlaku kebakaran , pasti amat dasyat letupan yang berlaku di stesen minyak, bukan satu, tetapi dua stesen minyak yang terletak hanya bersebelahan sahaja.

 

 

Kebimbangan Pihak Bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, M Letchumanan  turut tampil memberi penerangan terhadap apa yang berlaku.

Menurut M Letchumanan, jika berlakunya kebakaran di stesen minyak, keadaan tersebut akan menyukarkan pihaknya untuk sampai dengan pantas.

Hal ini disebabkan oleh keadaan yang sesak dan padat menyukarkan jentera bomba untuk sampai ke tempat kejadian jika berlaku kecemasan.

Selain itu, risiko berlakunya letupan yang dasyat boleh berlaku berpunca daripada tong-tong gas peniaga yang meletup ditambah pula ada dua buah stesen minyak yang bersebelahan dengan bazaria tersebut.

Walaupun teguran pernah dibuat kepada peniaga-peniaga, tetapi mereka tetap beroperasi tanpa menghiraukan aspek keselamatan dan risiko yang bakal berlaku kepada mereka dan juga orang lain.

Tambahnya lagi, beliau mengharapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil peranan dengan mangatasi masalah ini dengan kadar segera sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini.

Penduduk Setempat Tidak Tenteram

Kewujudan tapak Bazaria Danau Kota ini telah mendatangkan rasa tidak senang kepada penduduk setempat.

Kedudukan tapak dilihat menyusahkan penduduk setempat malah mereka terpaksa menanggung masalah kesesakan lalulintas serta risiko jenayah pecah rumah.

Kata Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Islam (PKPI) Surau Al- Amin, Mohd Nordin Sulaiman berkata, aktiviti niaga yang menyebabkan penduduk terdedah kepada risiko jenayah pecah rumah disebabkan oleh terlalu ramai orang luar yang mengunjungi kawasan terebut. 

Tapak Bazaria Danau Kota Akan Dipindahkan

Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Datin Paduka Dr Tan Yee Kew menyatakan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan kawasan perniagaan yang lebih kondusif yang terletak di Jalan Genting Klang sebagai tapak kekal operasi perniagaan tersebut. 

sumber: women news

Namun, projek pembinaan di lokasi baharu itu mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun enam bulan untuk siap dan peniaga akan ditempatkan ke tapak sementara di Taman Setapak Indah selepas Ramadan tahun ini.

Pemindahan ini juga bakal memberi nafas baru kepada penduduk setempat yang telah menderita sejak 11 tahun lalu serta penyusunan semula tapak niaga ini juga untuk menyelesaikan eksploitasi oleh penganjur kepada peniaga.

Katanya, setelah DBKL mengambil alih pengurusan bazar larut malam itu, tiada lagi penganjur yang akan masuk campur dan tiada eksploitasi peniaga akan berlaku.

Tindakan kerajaan bukanlah untuk menghalang mereka untuk mencari makan, tetapi caranya tidak berapa betul kerana menjejaskan penduduk sekitar.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajar atau tidak tapak Bazaria Larut Malam Danau Kota ini ditutup terus?
12 votes · 12 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN