Dalam kita sibuk berpuasa, waktu berbuka adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh semua umat Muslim.

Pasti pelbagai jenis hidangan dan juadah yang disediakan oleh ibu mahupun dibeli di bazaar ramadan tidak sabar untuk dijamah bersama anak-anak dan suami.

Namun begitu, insiden yang baru berlaku baru-baru ini perlu dijadikan iktibar terutamanya buat ibu dan bapa yang mempunyai anak-anak kecil.

Baru-baru ini seorang lelaki berkongsi di Facebook pengalamannya menyaksikan cubaan untuk menculik seorang kanak-kanak perempuan ketika sedang berada di bazaar ramadan bersama ibunya.

Si ibu yang sibuk dengan si adik dan memegang banyak plastik juadah berjalan dihadapan dan membiarkan si kakak berjalan bersendirian di belakang.

Tiba-tiba, seorang individu asing dilihat memegang tangan si kakak dan cuba mencelah melalui lorong kecil antara kedai-kedai disitu. Namun dek kerana terlanggar sesuatu, tangan si kakak terlepas dan cubaannya untuk melarikan si kakak terbatal.

Namun begitu, si ibu masih tidak perasaan keadaan yang berlaku dan meneruskan perjalanan seperti biasa.

Sampai ke sudah insiden yang hampir membahayakan nyawa anaknya tidak diketahui.

Apa-apa pun keprihatinan yang ditunjuk lelaki ini perlu diberikan penghargaan walaupun tidak mempunyai kaitan mahupun sebarang pertalian.

 

Bukan Tak Boleh Tapi Kurang Sesuai

Tahun lepas, tular isu tentang ibu bapa yang datang ke bazaar ramadan dengan membawa anak-anak kecil mereka menggunakan stroller.

Pasti ramai yang sudah maklum, saiz stroller yang agak besar selalunya akan menyukarkan perjalanan apabila kita berada di kawasan yang sesak seperti di bazaar mahupun pasar malam.

Tambahan pula jika jalan berkenaan digunakan untuk dua arah yang berbeza, pastinya akan menimbulkan kesesakan.

Kritikan kasar sesetengah netizen itu cukup untuk membuatkan ibu bapa yang mempunyai anak kecil terasa dan berkecil hati.

Namun begitu, memang ada betulnya. Jika kita lihat keadaan di kawasan-kawasan seperti ini, pasti sesak, panas dan kurang sesuai untuk anak-anak kecil. Malahan ia boleh membuatkan mereka meragam dan berasa tidak selesa seterusnya akan membuatkan si ayah dan ibu lebih tertekan dengan keadaan sekeliling.

Tidak dinafikan, dengan adanya bazaar ramadan, ianya sangat memudahkan kerja si ibu dari segi persiapan juadah untuk berbuka. Lagi-lagi bagi ibu yang bekerja, bazaar ramadan lah penyelamat mereka.

Mungkin si ibu dan ayah boleh saling bekerjasama dan mewakilkan seorang sahaja untuk membeli di bazaar ramadhan jadi tidak perlulah untuk anak-anak kecil mereka dibawa sekali.

Pastinya akan mempercepatkan proses membeli dan memudahkan urusan-urusan orang ramai yang turut berada di lokasi berkenaan.

 

Terlalu Banyak Kes Anak Hilang Belum Selesai

Sebelum bulan puasa tiba lagi, sudah ada banyak kes-kes penculikan kanak-kanak yang masih belum selesai. Dan banyak kes yang berlaku di lokasi yang sama. Tidak dapat dibayangkan apa yang dilalui oleh anak-anak yang menjadi mangsa-mangsa penculikan ini.

Malahan, pastinya cukup berat untuk si ibu dan ayah untuk melaluinya.

Perkongsian lelaki ini cukup bermakna dan wajar dijadikan peringatan untuk semua orang yang sering membawa anak-anak mereka ke tempat-tempat yang ramai orang.

Taktik licik si penculik yang pelbagai pastinya mampu mengaburi mata ibu dan ayah dengan sekelip mata.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah anak-anak kecil dibawa ke bazaar ramadan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN