Sebelum ini pelbagai cerita kemalangan ngeri melibatkan kanak-kanak dan eskalator berlaku bukan sahaja di Malaysia malah banyak negara-negara luar. Samada berpunca daripada kecuaian ibu bapa sendiri ataupun tidak disengajakan.
Seperti ramai sedia maklum, walaupun eskalator berfungsi bagi memudahkan pengguna bergerak dari satu tingkat ke tingkat yang lain namun ada bahayanya terutamanya bagi kanak-kanak kecil.
Baru-baru di sebuah pusat membeli-belah di Beijing,China seorang bayi berusia dalam lingkungan empat bulan maut apabila terlepas dari pegangan ibunya ketika mereka sedang turun eskalator.
Kejadian tersebut berlaku apabila ibunya dikatakan hilang keseimbangan dan terlepas bayi tersebut ke luar eskalator dan tercampak ke tingkat paling bawah bangunan berkenaan.
Â
Macam Sengaja Jatuhkan
Ramai yang mempersoalkan adakah insiden tersebut betul-betul tidak disengaajkan atau sudah dirancang. Ini kerana melalui rakaman video CCTV kompleks berkenaan, tidak terlihat sebarang masalah atau penyebab ibu tersebut boleh terlepas bayinya dari pegangan.
Ramai yang mengaitkan isu ini dengan polisi negara cina iaitu polisi ‘1 keluarga 1 anak’ yang diamalkan sejak tahun 1979 apabila diperkenal dan dijalankan oleh pihak kerajaan China kerana populasi penduduk china yang meningkat secara mendadak.
Selain itu, kos taraf hidup yang terlalu tinggi juga merupakan salah satu faktor mengapa polisi ini dianggap relevan oleh rata-rata warga di sana.
Walaupun terdapat daerah yang membenarkan untuk mana-mana pasangan mempunyai anak kedua namun mereka diarah untuk membayar sejumlah wang bagi membolehkan mereka mempunyai anak yang kedua.
Adakah kerana polisi dan kekangan kewangan mempunyai kaitan dengan insiden maut ini? Boleh dilihat jelas, ibu tersebut seperti sengaja mengerakkan badannya kearah tepi eskalator dan melepaskan bayinya. Namun begitu, kita tidak layak untuk menilai mahupun menghukum sesuatu kejadian itu kerana itu bukanlah bidang kuasa kita.
Malah, ibu mana yang sanggup kehilangan anak yang dikandung walau apa jua masalah dan kekangan yang dihadapi. Ekoran dari insiden ini, cukup untuk menjadi pengajaran buat semua ibu bapa dan orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan kemudahan ini.
Â
Lif Sesak Punca Terpaksa Pilih Eskalator
Salah satu faktor mengapa kemalangan yang melibatkan kanak-kanak semakin meningkat adalah kerana kemudahan lif yang sepatutnya diberikan keutamaan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan warga tua telah didominasi oleh individu-individu yang kurang bertanggungjawab dan tidak peka dengan keadaan sekeliling.
Isu ini sudah banyak kali diutarakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil, ibu mengandung, pengguna kerusi roda warga tua namun seperti tiada perubahan yang dilakukan kerana keadaannya masih sahaja sama.
Hampir setiap pusat membeli-belah akan mengalami masalah yang sama, takkan lah benda asas macam ni pun perlu diajar lagi. Bagi orang yang tidak mempunyai masalah kesihatan dan tidak mempunyai keperluan untuk menggunakan lif, gunalah eskalator supaya boleh memberi ruang kepada orang yang lebih memerlukan.
Bayangkan, ibu bapa yang membawa anak-anak kecil terpaksa menunggu lama untuk menggunakan kemudahan ini.
Kerana itulah ramai ibu bapa yang membuat keputusan untuk menggunakan eskalator walaupun membawa anak-anak kecil dan stroller, walaupun bahaya namun mereka terpaksa memilih jalan itu bagi menjimatkan masa.
Siapa yang patut kita salahkan? Dan adakah faktor lif yang penuh membuatkan bayi yang tidak berdosa di China itu menjadi mangsa sikap tidak bertanggungjawab sesetengah golongan masyarakat? Selagi ada masa, ubah lah. Perubahan bermula dari anda.
KATA ORANG
Bayi Jatuh dari Lantai 3 Setelah Terlepas dari Genggaman Ibunya
— Berita Info Kriminal & Lalu Lintas (@BeritaKrimLaLin) 2 April 2019
Kejadian ini terjadi saat seorang ibu tengah menggendong anaknya yang berusia 3 tahun di sebuah mal di Dongguan, China, Sabtu (30/3/2019).
Saat turun dari eskalator, tiba-tiba bayinya terlepas dari genggamannya pic.twitter.com/OnZxI7baDZ
Ajaib, Bayi ini jatuh dari eskalator setinggi 6 meter tanpa luka, Kok bisa, penasaran? simak video selengkapnya di https://t.co/monZN7VYKY
— meTube.ID (@MeTubeID) 22 February 2019
https://t.co/bFssATD6TY pic.twitter.com/hIOnCoPArV
Bayi ini jatuh dari eskalator, ketika orang tuanya tengah sibuk selfie. Begini kronologinya simak di https://t.co/1d1asaGIh2 https://t.co/j5RsUyT4tY
— Harian SURYA Tribunnews Family (@portalSURYA) 17 May 2018