Saat kelahiran merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh semua ibu bapa kerana akhirnya mereka bakal bertemu dengan cahaya mata yang lama dinanti selama lebih 9 bulan.

Dalam mereka melalui fasa yang mengerunkan itu, doktor dan kakitangan hospital yang akan membantu dari awal sampai hari proses kelahiran.

Betapa besarnya jasa doktor dan kakitangan hospital, dalam memudahkan setiap urusan bakal ibu.

Sumber : Facebook

Namun, terbaru dua orang kakitangan hospital di luar negara mengemparkan dunia maya apabila mereka didakwa menganggu seorang bayi yang baru lahir dengan memegang dan memaksa bayi tersebut menari seiring lagu yang dipasang.

Sumber : Facebook

Malah salah seorang dari mereka turut memuatnaik gambar berlatarbelakangkan bayi tersebut dengan simbol biadap.

Membahayakan Keselamatan Bayi

Isu itu mendapat kecaman orang ramai kerana menganggap tindakan mereka tersebut sangat tidak wajar dan bayi tersebut tidak patut diperlakukan sedemikian.

Malah ianya boleh membahayakan keselamatan bayi itu sendiri. Dengan kuku yang panjang, risiko untuk kuman merebak sangatlah tinggi.

Orang ramai mempertikaikan prosedur penjagaan bayi di hospital berkenaan dan mula mempersoalkan kredibiliti kakitangan hospital ini dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Pastinya ibu bapa yang memilih untuk bersalin disitu meletakkan kepercayaan penuh kepada doktor dan kakitangan hospital yang terlibat untuk menjaga dan merawat bayi mereka sehabis baik.

Namun ini yang mereka lakukan?

 

Dibuang Serta Merta

Perlakuan dua orang kakitangan tersebut dianggap tidak wajar dan pihak hospital telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah dipecat kerana dianggap tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

Malah kesalahan tersebut tidak wajar diberi toleransi kerana ianya melibatkan nyawa bayi yang baru lahir.

Selain telah mencalar imej dan reputasi hospital berkenaan, pihak hospital bimbang ibu bapa dan orang ramai memilih untuk tidak menerima rawatan kesihatan mereka di situ.

 

Bukan Sekali Dua, Tapi Berkali-kali

Ini bukan kali pertama kesalahan sebegini dilakukan oleh kakitangan hospital. Sebelum ini pernah berlaku kes dimana gambar peribadi pesakit yang sedang dibedah pernah tersebar tanpa kebenaran sehingga memburukkan imej pesakit itu sendiri.

Sumber : Fox2now.com

Malah ada bayi yang baru lahir pernah terjatuh ketika diuruskan oleh seorang doktor kerana sibuk ingin merakam rawatan yang dilakukannya.

Wajarkah golongan-golongan profesional ini berbuat sedemikian?

Melanggar etika kerja mereka hanya kerana ingin mencari bahan untuk dimuatnaik di media sosial mereka?

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda mengenai isu ini?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN