Manusia diciptakan untuk berpasang-pasangan dan mereka akan melahirkan rasa cinta sesama pasangan mereka.

Ada pasangan yang sudah berpuluh-puluh tahun hidup bersama namun cinta tetap kukuh dan mekar. Ada pula yang berpaling kepada cinta lain selepas berbelas tahun bersama.

Sumber: lifestyle sindonews

Realitinya, putus cinta merupakan sesuatu yang menyakitkan. Selain dirundung kesedihan, seseorang yang mengalami putus cinta juga pasti akan kecewa hingga mengalami tekanan perasaan.

Mereka susah untuk melupakan pasangan dan memerlukan masa yang lama untuk ‘move on’ di masa yang mendatang. Jangan terkejut di negara jiran kita, Indonesia dikatakan menawarkan perkhidmatan untuk melupakan bekas kekasih dengan bayaran hanya 12 ribu Rupiah bersamaan RM3.50 sahaja.

 

Khidmat Kaunseling

Memetik sebuah ruangan di Detik.com, pemilik Jasa Melupakan Mantan (JMM), Khoirul Anam yang berasal dari Magelang, Jawa Tengah memaklumkan perniagaannya mempunyai sijil dan tiga orang pekerja profesional dalam bidang terapeutik.

Sumber: SinarHarian

Terapeutik ini juga tergolong dalam bidang perubatan dan ia lebih kepada memberi kaunseling kepada pesakit.

Amat sesuailah jika ada antara anda yang mengalami masalah putus cinta, berjumpalah dengan pakar cinta supaya boleh ‘move on’ untuk melupakan bekas kekasih anda.

 

Kedai Gunting Rambut Rupanya…

Memetik laporan Sinar Harian, bagaimanapun itu hanyalah helah yang digunakan Khoirul untuk menarik lebih ramai orang berkunjung ke kedai kawannya yang mengusahakan sebuah kedai gunting rambut sahaja.

Sumber: Youtube

Gambar yang menjadi tular di Facebook itu hanyalah parodi. Kain rentang dan nama kedai itu adalah hasil cetusan ideanya.

Tetapi adakah cetusan idea itu baik untuk orang ramai? Ramai orang tertipu dengan ‘iklan’ tersebut dan ada antara mereka merasa malu dan marah dengan perbuatan tersebut.

Strategi pemasaran yang digunakan dilihat memperlekehkan perasaan orang ramai. Bimbang ia akan memberi kemudaratan yang lebih teruk kepada mereka yang putus cinta ini.

 

Merupakan Gimik Murahan

Rata-rata orang ramai kesal dengan tindakan lelaki berkenaan yang sanggup mempermainkan perasaan orang ramai dengan menyiarkan iklan yang disifatkan sebagai tidak bijak.

Sumber: Brilio

Mungkin bagi dia, ia satu gurauan biasa tetapi tidak bagi mereka yang benar-benar memerlukan perkhidmatan untuk melupakan bekas kekasih.

Dimana-mana negara pun, terdapat banyak kes bunuh diri dan mencederakan anggota badan kerana tidak dapat melupakan bekas kekasih mereka.

Penyebab mereka membunuh diri ini biasanya kerana sudah tidak mahu berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap sukar untuk ditangani.

 

Bimbang Kes Bunuh Diri Meningkat

Kejadian membunuh diri ini lazimnya berlaku kepada mereka yang menghadapi tekanan sama ada dari segi mental mahupun fizikal.

Sumber: Viva

Mereka ini akan bertindak di luar pemikiran akal yang waras. Selalunya individu yang mengalami bermasalah seperti masalah dalam keluarga, putus cinta, dan sebagainya.

Bagi semua agama, membunuh diri dianggap tidak baik. Malah, menurut agama Islam, Kristian, dan Yahudi, membunuh diri merupakan satu dosa besar.

 

Kes Bunuh Diri Selain Cinta

Kadang-kadang kita meraskan seseorang itu kelihatan normal seperti tiada masalah yang menimpanya. Namun, itu hanyalah pada luaran sahaja, sebenarnya mereka penuh dengan kedukaan yang kita sendiri tidak boleh jangka.

Kes bunuh diri ini bukan sahaja melibatkan cinta, ia termasuklah putus asa dalam bidang pekerjaan, masalah kewangan, kemurungan dan lain-lain yang berkaitan.

Sumber: Viva

Misalnya, negara China merekodkan kejadian paling ramai rakyatnya membunuh diri dan dianggarkan lebih 300,000 penduduk China membunuh diri setiap tahun.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati setiap tahun, satu juta orang akan meninggal dunia kerana membunuh diri, dengan anggaran purata sebanyak 3,000 kejadian setiap hari.

Sumber: Tribun Pontianak

Bunuh diri adalah kelakuan spontan yang timbul apabila seseorang itu putus asa dan beranggapan kehidupan tidak lagi berguna. Bagi mereka, kematian adalah satu-satunya jalan penyelesaian.

 

 

 

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda antara individu yang sukar untuk melupakan bekas kekasih?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN