Kepada peminat kumpulan popular K-pop, Bangtan Boys atau BTS di Malaysia pasti teruja dengan pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam.

Ini berikutan Syed Saddiq dikatakan bakal membawa kumpulan ikonik ini ke Malaysia bagi membuat persembahan tahun depan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Sumber : Astro Gempak

Namun disebalik keterujaan peminat BTS ini, timbul persoalan adakah dengan membawa kumpulan dari Korea Selatan ini mampu untuk memberi manfaat kepada rakyat dan negara ataupun sebaliknya?

 

Bukan Melalaikan , Beri Keuntungan

Menurut Syed Saddiq, kehadiran kumpulan muzik luar negara ke Malaysia bukan bertujuan untuk melalaikan generasi muda, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu pelaburan yang menguntungkan buat negara.

Sumber : CNBC.com

Katanya, industri hiburan Malaysia mencatatkan keuntungan kira-kira AS$4 bilion selain menarik lebih 250,000 pengunjung ketika penganjuran MotoGP baru-baru ini.

Malah katanya, baru-baru ini ketika konsert hiburan terbesar Ed Sheeran diadakan yang mana 45,000 orang hadir dan dalam tempoh tiga hari tiket habis dijual dan ia dijalankan sangat baik.

Malah, terdapat netizen juga sependapat dengan Syed Saddiq bahawa konsert ini akan memberi keuntungan kepada peminat dan negara kerana mereka tidak perlu untuk keluar negara bagi menyaksikan konsert artis kesayangan mereka ini.

 

Netizen Bantah

Disebalik yang menyokong, ramai juga netizen membantah untuk membawa kumpulan BTS ini ke Malaysia.

Netizen menganggap ia satu pembaziran dan lebih baik menggunakan wang yang ingin dilaburkan itu kepada perkara yang lebih bermanfaat.

Malah ada juga netizen yang memberi cadangan jika ingin membuat pelaburan, lebih baik bawa pasukan bola sepak antarabangsa, Barcelona terutama melibatkan menteri belia dan sukan.

Sumber : Facebook

Malah kata netizen tersebut, secara tidak langsung boleh memberi motivasi kepada anak muda untuk berjaya dalam sukan bola sepak.

 

Pastikan Industri Hiburan Kedepan

Jika dilihat perkembangan industri hiburan tanah air, kita masih kebelakang dan sebab itu Syed Saddiq bertekad untuk memastikan industri hiburan Malaysia tidak berada di belakang Singapura.

Ini memandangkan ramai peminat muzik telah beralih ke negara itu bagi menyaksikan konsert.

Ramai rakyat Malaysia dan Indonesia sanggup membeli tiket penerbangan pergi ke Singapura untuk menyaksikan konsert dan negara kita hilang pendapatan dan tidak kompetitif

 

Beri Tanggungjawab Kepada Tony

Selain itu pihak Kementerian Belia dan Sukan juga ingin menjadikan Perbadanan Stadium Malaysia menjadi hab industri hiburan yang bakal memberi pulangan kepada negara.

Syed Saddiq juga katanya kini telah memberi tanggungjawab kepada Pengerusi Perbadanan tersebut, Tan Sri Tony Fernandes untuk merealisasikan impian army BTS.

Sumber : The Coverage

Ini kerana katanya, Tony telah melakar kejayaan besar dengan sambutan Hari Terbuka di Perbadanan Stadium Malaysia apabila 200 orang tokoh-tokoh dunia hiburan hadir.

 

 

 

Fakta BTS

BTS juga telah melakar sejarah dengan lagu baharu ‘Boy With Luv’ yang kini menjadi muzik video paling banyak meraih jumlah tontonan dalam masa 24 jam untuk sejarah YouTube.

Ia bukan hanya mencipta rekod bagi kategori K-pop malah ianya termasuk di dalam keseluruhan video di YouTube yang mencapai jumlah tontonan sebanyak itu.

Setakat ini, jumlah tontonan muzik video ‘Boy With Luv’ sudah mencecah sebanyak 197 juta tontonan sejak dimuat naik di YouTube sejak 12 April.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah keputusan membawa BTS ke Malaysia akan memberi keuntungan?
27 votes · 27 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN