Aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Pahang kini dibenarkan semula selepas moratorium (penangguhan sementara) selama tiga tahun berakhir pada 31 Mac ini tidak akan disambung.Â
Semua aktiviti melombong dan pengeksportan bauksit boleh diteruskan dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat.
Dalam kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakuar berkata, aktiviti tersebut dibenarkan namun perlu mengikut prosedur operasi standart (SOP) yang baharu.
Industri Bauksit Berpotensi Besar
Kata Dr Xavier, galian ini mempunyai permintaan dan potensi besar serta memberi keuntungan kepada kerajaan negeri Pahang.Â
Beliau juga menjelaskan bahawa dalam perbincangan dengan semua pihak berkepentingan sebelum ini, tidak ada yang menyatakan industri bauksit di Pahang perlu dihentikan.
Hal ini kerana, perbincangan antara pemimpin politik tempatan mahupun kerajaan negeri beranggapan industri ini mempunyai potensi yang besar dan ianya perlu diteruskan.
Selain itu, Dr Xavier menyatakan jika SOP ini berjaya tanpa masalah, SOP industri bauksit ini akan diperluaskan ke negeri Terengganu dan juga Johor yang turut menjalankan aktiviti perlombongan bauksit ini.
Kesan Jika Bauksit Diteruskan
Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh, merupakan individu yang lantang mengkritik aktiviti perlombongan bauksit ini sejak aktiviti itu bermula. Â
Beliau menzahirkan kebimbangan jika aktiviti tersebut dibenarkan, ketika pemprosesan bahan mineral tersebut menyebabkan air yag digunakan untuk membersihkan bijih bauksit akan menyebabkan berlakunya pencemaran air.
Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat negeri itu. Bagi mereka, mimpi ngeri yang dialami mereka dahulu kini kembali.
Sudah pastinya akan berlaku semula pencemaran disebabkan debu dari aktiviti perlombongan itu beterbangan dan menjadikan kawasan berhampiran bertukar menjadi merah dan kenderaan juga akan menjadi kotor.
Perkara ini juga mendapat perhatian daripada ahli politik yang lain seperti YB Khairy Jamaluddin dan YB Young Syefura Othman di laman twitter mereka.
Walaupun pihak kerajaan telah menyediakan SOP yang baharu yang menjamin tidak mencemarkan alam sekitar, YB Fuziah turut menegaskan bahawa SOP yang digariskan itu perlu dipamerkan kepada awam dengan cara yang telus.
KATA ORANG
Well YB @xavierjayakumar ..i would say the chance of @pakatanharapan_ to be #kerajaansepenggal is higher and higher
— Datuk Seri Ir Dr Tg. Babiterbang Phd JKKK PLKN (@babyflyingparty) February 19, 2019
Dah boleh start buka bisnes car wash dekat jalan kuantan/kemaman
— Rosairi Rojalai (@RosairiRojalai) February 19, 2019
I remember when all bauksit operation stopped, in less than 7 days, we all noticed that the air is clearer and cleaner, something like you don't know things that you're missing it until you get it.
— 🌻 thirstae 💦 (@taeyong) February 19, 2019
‘Kuantan MP Fuziah Salleh says the government must be '100% sure' that lifting the moratorium on bauxite mining will not cause environmental problems’
— Eyda Dantes (@Eyda40382969) February 19, 2019
—
Dah jadi MP dalam kerajaan, corak penceritaan pun berubah. Dulu diteriak-teriaknya BAUKSIT sampai berbuih mulut.
LOL!