Tahun lalu, bas dua alam atau lebih dikenali sebagai Amphicoach pernah dijadikan bahan jenaka pelbagai pihak berikutan terkandas serta mengalami kerosakan ketika sedang dipandu uji di Sungai Terengganu.

Sumber: funtasticko.net

Sejak kejadian itu, ramai pihak mempertikai projek bas tersebut yang bernilai RM3 juta dengan mengaitkan ketahanan serta kelasakan bas yang tidak setimpal dengan harganya.

Tidak kurang juga, ada yang melihat projek tersebut hanya ‘menghabiskan duit rakyat’ sahaja walaupun ianya digunakan bagi kerja-kerja menyelamat mangsa banjir selain membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar. 

Kini, kerajaan Terengganu pula dikatakan telah membatalkan pembelian bas dua alam meskipun sudah membayar RM2.7 juta untuk bas itu.

Keputusan tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi masyarakat yang menyifatkan pembatalan pembelian bas itu sebagai satu projek gah yang sia-sia! 

Namun, persoalannya di sini, adakah keputusan yang dibuat kerajaan ketika ini suatu keputusan yang tepat meskipun bayaran sudah dibuat?

 

Apa Yang Menariknya Mengenai Bas Dua Alam 

Sumber: NSTP

Yang menariknya, bas dua alam yang pertama kali ada di Malaysia ini berukuran lebih 12 meter panjang, yang boleh menampung 47 penumpang dengan kelajuan 110 kilometer sejam di darat.

Bukan itu sahaja, bas ini juga digerakkan dengan enjin jenis MAN yang berkapasiti 300 kuasa kuda dengan jet marin berkembar yang mencapai kelajuan maksimum sehingga 8 knot di dalam air.

Sumber: mStar

Difahamkan, projek bas dua alam ini telah diilhamkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said (Barisan Nasional) untuk diguna pakai sebagai kenderaan komersial bagi membantu mangsa banjir sekaligus merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri itu.

 

 

Kerajaan Batal Projek Disebabkan Isu Dalaman

Mungkin ramai yang tidak dapat menerima keputusan pembatalan projek ini yang mana ia telah merugikan kerajaan sebanyak RM2.7 juta.

Keputusan tersebut dibuat disebabkan isu dalaman yang dihadapi kerajaan bersama pihak kontraktor. 

Kontraktor yang dilantik itu gagal mematuhi syarat dan terma kontrak selaras Klausa 20 (a), Penamatan Penggajian Kontraktor, selain Amphicoach gagal mendapat kelulusan pendaftaran JPJ serta Jabatan Laut bagi membolehkannya beroperasi di darat dan air.

Sumber: thestartv.com

Jika dilihat secara fizikalnya, reka bentuk bas dua alam ini sememangnya telah diubah suai yang mana pengubahsuaian tersebut dilihat tidak memenuhi spesifikasi dan diragui oleh Jabatan Penganngkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut.

Sudahlah tidak memenuhi spesifikasi keselamatan, malah terdapat juga beberapa masalah teknikal lain di mana 42 tempat duduk penumpang itu juga didapati gagal dalam ujian keseimbangan bas yang boleh mengundang bahaya.

Tidak kurang juga, masalah ‘overheating’ yang kerap kali dialami ketika beroperasi di darat dan di dalam air.

 

Lebih Baik Batal Dari Perlu Tanggung Kos Kerosakan Yang Tinggi

Biarpun berhabis wang sebanyak RM2.7 juta, namun keputusan tersebut tetap disambut baik oleh rakyat.

Ada di antara mereka menyokong penuh pembatalan projek terbabit yang dilihat sangat merugikan kerajaan. 

Sumber: Malaysiakini

Jika dilihat tujuan asal penempahan bas ini, ia sama sekali mencerminkan kesungguhan kerajaan sebelum ini, untuk  meneroka pendekatan baharu dalam menjana sektor pelancongan tetapi sekiranya projek tersebut tidak membawa sebarang keuntungan, maka ia sewajarnya dibatalkan sahaja.

Sekiranya diteruskan, kerajaan mungkin terpaksa menanggung kos penyelenggaraan serta risiko yang lebih tinggi sekiranya projek ini terus dilaksanakan. 

Meskipun projek ini pada awalnya dilihat untuk menjana pendapatan sektor pelancongan, tetapi sekiranya ia mengancam nyawa dan keselamatan penumpang, tiada gunanya juga.

Apa-apa pun, keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah tepat pada masanya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah kerajaan Terengganu membatalkan pembelian bas dua alam walau sudah membayar sebanyak RM2.7 juta?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN